Showing posts with label Life Is Beautiful. Show all posts
Showing posts with label Life Is Beautiful. Show all posts
0

Bukan Luna Maya

Kena lelong sekor lagi kucing sebelum balik Malaysia. Semua kata aku patut jual kucing ni mesti dapat banyak duit kalau jual, tapi aku rasa takmau jual, kalau jual rasa macam jual anak sendiri pulak.

Meh aku cerita sikit pasal bucuk aku nan satu ini. 


Nama        : Luna bin Leo
Tarikh lahir: 21 March 2008
Status        : Bujang trang tang tang
Riwayat keluarga: Lahir sebagai anak sulung dan anak paling besar dari 5 adik beradik. Suka berebut susu   akhirnya adik-adiknya 3 ekor tak cukup susu lalu meninggal. Ibunya, Simone meninggal sewaktu dia berusia 1 tahun, meninggal mati syahid sebab sedang hamil masa tu. (sekarang bolehla melayan lagu Backstreet Boys Drowning kalau nak lebih terkesan dengan cerita sedih ni). Ayahnya Leo telah diberi kepada orang lain beberapa minggu yang lalu.
Hobi          : Masa kecik suka main bola, masa besar suka buat bunyi nak mengawan

Luna adalah seekor jantan. Walaupun dia juga boleh membuat aksi-aksi tidak senonoh berbagai posisi seperti Luna Maya, tapi berkat didikan aku sebagai mak yang mithali, dia sekarang sudah dewasa tetapi tetap virgin.
Suatu petang yang hening ditiup angin sepoi-sepoi bahasa, sambil menghirup kopi aku berpesan kepada Luna..
"Luna, ekau kalo nak pilih awek, pilih betul-betul, jangan pilih yang tonggek sana tonggek sini! Yang tonggek2 tu la banyak kurap kau tau? Ekau jangan nak ngado-ngado poei ehem2 sebelum ekau nikah, aku cepuk kau!" 

Mungkin sebab takut akan cepukan berbisa aku, Luna sampai sekarang masih mempertahankan virginitynya, semoga satu hari nanti dia bertemu true love dia. (Ok sekarang boleh tukar ke lagu Mariah Carey I Still Believe.)

Dulu aku namakan dia Luna sebab ingat dia ni betina. Walaupun jantinanya pernah diragu-ragukan, testosteronnya tetap terserlah. Luar kasar, dalam hati ada taman bunga taik ayam. 

Untuk membuktikan kejantanan dia, dia tak perlu ada hobi tengok porn macam anak-anak jantan zaman sekarang ni, tapi dia sampai sekarang suka main bola. Eh walaupun dia hitam kau jangan nak racist ye. Hitam itu menawan. Buktinya kau tengok Drogba, menarik tertarik kau memang the bomb kan? Petang-petang pula hobi dia duduk depan pagar usha awek lalu lalang, kalau takde awek, usha lalang goyang-goyang pun cukup. Cukup jantan la tu. 

Aku nak lelong, tapi bukan kepada sebarangan orang. Orang itu mesti
1. sayang kucing, suka kucing, pandai jaga kucing
2. kena main dengan Luna selalu kalau dah lama tak main dengan dia, dia mula gigit ibu jari kaki orang
3. kena carikan dia true love dia, kesian dia lama-lama boleh jadi gay.
4. kena sabar kalau nak mandikan dia sebab dia boleh menjerit satu kampung dengar kalau kena mandi.


Tiba-tiba aku rasa tak sanggup nak sambung menaip, satu sebab buku internal medicine sedang menunggu aku, kedua sebab aku sayang Luna tak sampai hati nak lelong dia. Tapi kalau kau rasa kau ada ciri-ciri tuan kucing yang aku cari, sila lah kontek aku. Satu hari nanti aku terpaksa lepaskan dia juga. (sekarang dengar lagu Demi Masa-Raihan pulak. Eh takde kaitan.) 

Ok lah chiow, doakan aku lulus exam next week yeh!



P/S: Next week insyaAllah boleh balik cuti seminggu, sangat sangat bahagia sampai nak menangis. (^_^) Terengganu ku tercinta, wait for me bebeh!~



0

Gerhana Bulan dan Lembaga Putih

Semalam adalah malam yang indah sebab aku dapat tengok eclipse dengan sangat jelas dari tingkap bilik aku. Dalam pukul 630pm (730pm waktu Malaysia), aku ke balcony rumah aku lepas dapat tahu akan adanya gerhana bulan. Sangat takjub melihat cahaya di bulan sangat terang sampai aku tak dapat fokuskan mata aku kepada bentuk bulan tu, silau. Bila tengok melalui lens kamera aku baru lah nampak bentuk bulan yang semilunar. Cantik, Subhanallah ♥ Tapi lepas tu mata aku tertangkap ada bayangan putih yang seakan-akan terbang kat atas bumbung rumah jiran aku, maka aku terus berlari masuk rumah dan tutup pintu dan melihat keindahan bulan dari tingkap yang tertutup rapat saje. Oh agak potong stim di situ, sial punya lembaga putih! (Sekarang berani la kata gini sebab dah siang)

Of course bukan aku yang mengambil gambar ni dengan DSLR aku, tetapi cuma mengambik dari google. Tadi aku search 'eclipse' kat google, page pertama keluar pasal Twilight Saga (Eclipse) yang bakal keluar tak lama lagi je. Hark tui. Kemudian aku search 'gerhana bulan' baru la keluar banyak berita pasal gerhana bulan malam tadi. Katanya 18 tahun sekali terjadi gerhana bulan partial macam ni, dan tahun ni 2 kali kita dapat tengok, yaitu semalam dan pada 21 Disember 2010.







P/S: Sangat suka bulan dan bintang. Boleh tak one day nak baring satu tempat yang lapang  dan tengok langit yang bulan yang cantik dan penuh dengan bintang yang berkelip-kelip dan tak ada lembaga putih yang mengganggu. ohh~~ (♥_♥)



Congratulations Puan Aemell

Bangga ok, kawan saye cun gile! Tak sangka budak kecik ni dah jadi isteri orang sekarang. Isk isk rasa nak menangis kegembiraan, dan nak menangis kesedihan juga sebab tak dapat pergi wedding dia. 

Aemell, congratulations to you and your significant half. He seems like a good guy, I'm sure he will take care of you. ;-)




P/S: Ko sangat sangat comel ok. Sekarang nak panggil ko chimpanzee pun dah tak boleh. =P
2

God Food

Another great article about food! Best jugak keje copy paste ni. Hey. Sharing is caring right. ;-)


This sounds like something God would do. Here is just a short list of examples of Whole Food Signatures.

A sliced Carrot looks like the human eye The pupil, iris and radiating lines look just like the human eye...and YES science now shows that carrots greatly enhance blood flow to and function of the eyes.


A Tomato has four chambers and is red. The heart is red and has four chambers. All of the research shows tomatoes are indeed pure heart and blood food.



Grapes hang in a cluster that has the shape of the heart. Each grape looks like a blood cell and all of the research today shows that grapes are also profound heart and blood vitalizing food.

A Walnut looks like a little brain, a left and right hemisphere, upper cerebrums and lower cerebellums. Even the wrinkles or folds are on the nut just like the neo-cortex. We now know that walnuts help develop over 3 dozen neuron-transmitters for brain function.

Kidney Beans actually heal and help maintain kidney function and yes, they look exactly like the human kidneys.

Celery, Bok Choy, Rhubarb and more look just like bones. These foods
specifically target bone strength. Bones are 23% sodium and these
foods are 23% sodium. If you don't have enough sodium in your diet the
body pulls it from the bones, making them weak. These foods replenish
the skeletal needs of the body.

Eggplant, Avocadoes and Pears target the health and function of the womb and cervix of the female - they look just like these organs. Today's research shows that when a woman eats 1 avocado a week, it balances hormones, sheds unwanted birth weight and prevents cervical cancers. And how profound is this? 
.... It takes exactly 9 months to grow an avocado from blossom to ripened fruit. There are over 14,000 photolytic chemical constituents of nutrition in each one of these foods (modern science has only studied and named about 141 of them).



Figs are full of seeds and hang in twos when they grow. Figs increase the motility of male sperm and increase the numbers of sperm as well to overcome male sterility.


Sweet Potatoes look like the pancreas and actually balance the
glycemic index of diabetics.

Olives assist the health and function of the ovaries


Grapefruits, Oranges, and other Citrus fruits look just like the mammary glands of the female and actually assist the health of the breasts and the movement of lymph in and out of the breasts.

Onions look like body cells. Today's research shows that onions help
clear waste materials from all of the body cells They even produce
tears which wash the epithelial layers of the eyes



P/S: I need walnuts. Ho yeahh I need walnuts. (-_-)




6

5 Love Facts



Oh yeah. I was wrong before. Totally agree with this. So now that you know this, you should not bother asking your loved one why he/she loves you. =)




P/S: In the past, what I've had with guys were mostly infatuation and pity. Just realized that I have never really been in love. (-_-)
3

Bersalin Itu Proses yang Menarik

Hari ni aku baru habis duty selama 2 minggu di 'kamar bersalin'.

Sudah agak bosan melihat ibu bersalin setiap kali on call, masa pertama kali tengok rasa nak menitis juga air mata ke'poyo'an kerana terharu. 2-3 kali tengok, rasa agak takut nak beranak dan terus membatalkan niat nak anak 10. Lepas dah berpuluh kali tengok, rasa macam bersalin itu adalah suatu proses yang paling natural yet magical yang Allah ciptakan. Subhanallah... =)

Here I thought I have seen the faces of 'true happiness' plenty of times in my life, yet when I first saw the bright smile that flashed across a face of a mother who had just delivered her baby safely, felt as if it was the very first time that I look and see the meaning of 'true happiness'. The mother might look awfully exhausted, somehow when they smile, lovingly hold their baby, they look just as beautiful as the newborn babies. (and of course pretty much opposite to how they may have looked like during the labour)

Satu benda yang aku tak paham sampai sekarang adalah, kenapa kat sini doktor pakar sakit puan boleh dikatakan 90% terdiri dari kaum lelaki, 70% of them are straight, 25% gay, 5% bisex (Suka suki aku je buat statistik sendiri) Aku heran macam mana mereka sanggup menghadap perempuan-perempuan dalam keadaan begitu setiap hari. Tak rasa nak muntah ke bila balik menghadap isteri sendiri pula?

Tapi menurut mereka, seorang doktor lelaki tu lebih memahami penderitaan seorang wanita, kerana mereka tak pernah boleh bayangkan kesakitan yang dialami wanita semasa nak beranak, sedangkan seorang doktor wanita, mereka pun pernah beranak, jadi ibu-ibu yang kerenah over-over tu biasanya tak kan dilayan. Ada pula yang bagi alasan bahawa lelaki lebih sesuai jadi pakar sakit puan, kerana kononnya mereka lebih kuat, jadi bila kena operation atau teknik-teknik ganas, mereka lebih mampu untuk buat.

Apapun menurut pandangan pesimistik aku, mereka ni sebenarnya nak melanjutkan tabiat pervert mereka sebagai career seumur hidup mereka. Jadi kamu-kamu yang nak bersalin atau yang isterinya nak bersalin, pilihlah doktor obgyn wanita! (terpaksa sedikit bias di sini kerana mungkin memilih untuk melanjutkan career sebagai seorang pakar sakit puan satu hari nanti) =P

Tapi aku nak survey dulu ni dengan kau orang especially kawan-kawan tercinta aku dari sekolah, andai kata aku jadi pakar sakit puan one day, agak-agak kau orang nak ke datang jadi client aku? (^_~)


 
P/S:  10 going down to 3. 3 is just nice. Yeah. (-_-")



Completely.. Unlike

Just had a brief conversation with my 4 year old niece on the phone.

Nurin     : Achik Irah! 

Me        : Ye Nurin..

Nurin     : Bakpe achik dok balik sini?

Me        : Esok achik balik!

Nurin     : Achik Irah beli mende ke Nurin?

Me        : Erk!


A while before I chatted with my other niece, Nilam, on facebook. She's 7 years old.

Me      : Nilam, jangan asyik main farmville je, pergi study. Kalau result bagus, achik belikan hadiah ye.

Nilam  : Takpe exam Nilam dah habis sebab tu Nilam main farmville.

Me      : Oo yeke? Nilam dapat berapa A?

Nilam   : Nilam dapat semua A, tapi tak payah kasi hadiah.

Me      : Wow congratulations! Kenapa taknak hadiah?

Nilam   : Sebab Nilam dah ada semua dah.

Me      : (Erk!)



Well, both of them left me in shock.
Nurin amused me with her spontaneous, greedy behavior. (She might as well had inherit that from me.)  ("-.-)
Nilam surprised me of how much she has grown up.



P/S: Time flies so freaking fast. Day by day, I'm feeling older and older.
6

Tak Larat....



Haih... 'tak larat' gile..a phrase that only my ex-schoolmate would understand, tidak akan di'elaborate' dengan lebih lanjut. =P




P/S:  Teringin sangat nak tengok tulip betul kat Holland. Bila yek.


0

Don't Let Me Fall

Don't Let Me Fall
(Lenka)



Underneath the moon
Underneath the stars
Here's a little heart
For you
Up above the world
Up above it all
Here's a hand to hold on to


But if i should break
If i should fall away
What am i to do
I need someone to take
A little of the weight
Or I'll fall through


You're just the one that I've been waiting for
I'll give you all that I have to give and more
But don't let me fall


Take a little time
Walk a little line
Got the balance right aha
Give a little love
Gimme just enough
So that i can hang on tight


We will be alright
I'll be by your side
I won't let you down
But i gotta know
No matter how things go
That you will be around


You're just the one that i've been waiting for
I'll give you all that i have to give and more
But don't let me fall
Don't let me fall


Underneath the moon
Underneath the stars
Here's a little heart
For you
Up above the world
Up above it all
Here's a hand to hold on to


You're just the one that I've been waiting for
I'll give you all that I have to give and more
But don't let me fall


You'll be the one that I'll love forever more
I'll be here holding you high above it all
But don't let me fall




















P/S: Saje gedik-gedik nak post lyric lagu gedik. Nape, tak boleh?? ;-P






4

Are You In Love?




Been in and out of love for..quite a few times, surely I know how it feels like, to love and to be loved by somebody. Hehee.. Dulu aku pernah jadi Dr Love ok kat sekolah, tapi client2 aku semua lari since aku masuk phase 'mati pucuk' for the past 2 years.

Well am I in love now?

Hmm to me, you're officially in love when....

When he makes you feel good about yourself, makes you love yourself and who you are inside, and all the things u do.

When you can accept him for who he is and all his flaws and he makes you feel loved just the same way.

When you don’t have to be anything you’re not when you’re with him, you feel the freedom to be yourself.

When.. just to have him by your side somehow makes you feel like, he took a little weight of what felt like a burden on your shoulder.

When u truly understand the meaning of sacrifice.

When you lose all control; you can’t control that tingling butterfly-in-your-stomach thing, you smile like an idiot every time you read his sms or even when look at his picture, you miss him like crazy when he’s not around.

This is the hardest part... When you can fully trust him...







P/S: So am I in love? Nahhh... I still have some unsolved trust issues.=P






2

To Laugh My Ass Off...



The classic ones...






LOL!





P/S: You are perfect just the way you are. Allah knows what's best for us. ;-)


2

Simply Happy

I'm so.. so.. so happy and relieved.

=)

=)

=)

I could smile all day!

As if I just escaped from hell.

Ok maybe that's too much for a metaphor.

But just let me enjoy this moment of temporary freedom.

=)

It's 1230 a.m. and I don't feel sleepy just yet. This is like the BEST weekend I've ever had in God knows how long.

And ayah and mak is arriving here tomorrow!

Weeee!

Feel like all bad things come to an end.

God did I hate my surgical rotation that much.

Well at least I'm grateful to know that it's just not my thing.






P/S: Will update again soon dear bloggy. I'm glad that I am me again. =)





2

An Old Doctor


“So many people walk around with a meaningless life. They seem half-asleep, even when they’re busy doing things they think are important. This is because they’re chasing the wrong things. The way you get meaning into your life is to devote yourself to loving others, devote yourself to your community around you, and devote yourself to creating something that gives you purpose and meanings” –Morrie Schwartz

I bet this old man above will be one of the very few people in this world, who have had a meaningful life before they die.

In his age of 82, he has to use a cane to walk, he has to sit on a chair to perform his solat.
But he still comes to the hospital everyday, to share what he can share, to give what he can give, to contribute what he can contribute.

What a great old man.
He do what he thinks he had to do, despite some of his students who don't appreciate him at all and just hope him to die.
Or some who couldn't help but giggling every time they saw his fake teeth nearly came out of his mouth when he was mad at the students.
Or even some who playfully snapped his picture in the middle of the lecture just to put it in their blog. =P

Ghong aaa.
I don't know you that much aa, but I'm sure that you've been a great doctor.
May Allah bless you for everything good that you've done in your life.







P/S: I, on the other hand, am sure as hell that I won't be going to the hospital to work, let alone to teach students if I will still be alive in that kind of age. =P










8

Congkak, anyone?

Reminiscing my childhood is one of my favourite activities. I was perfectly happy as a child and I'd swear to God if there is any possibility, I would do anything in my power to go back to my childhood.

I grew up in Kuala Ibai, a small village in Kuala Terengganu. The village wasn't that well known 20 years ago, but I think it has changed a lot since then. If people ask me where Kuala Ibai is, my answer would always be; "Ala Masjid Terapung yang warne putih tu kat Kole Ibai la." =P Ok lah takde kaitan antara Kuala Ibai dengan apa aku nak bebel lepas ni sebenarnye.

Budak-budak dulu tak sama dengan budak sekarang. I grew up in those times when kids used to enjoy playing Barbie and Tamiya cars as much as they enjoyed playing congkak and batu seremban.

Congkak is (or should I say 'was') known as one of our famous traditional games that can be played by 2 people. This game used to be my family’s favourite game. We would gather in the living room during evenings, either to play or just to watch enthusiastically. There were two competitors that I hate most, my father, who used to cheat on us by grabbing more guli than he should, full in his big hands which was hardly noticed by anyone until we realized in the end how he could win the game so easily. The other person was Dik Wan, because me and him would always end up baling guli to each other's face even before we finished the game, and such endings didn’t only occurred when we play congkak but pretty much through all other games we played together.


And I still remember, in my primary school, there was at least one papan congkak provided in each classroom for kids to play during their free times. I wonder if kids nowadays still have interest to play congkak, at all?


Budak-budak zaman sekarang, perghh you name it, Playstation? PSP? Xbox? Gameboy? Well I played Nintendo too when I was a kid. But now that I’ve grown up, I don’t appreciate it as much as I appreciate all the fun I had with my family and friends while playing congkak, batu seremban, galah panjang, layang-layang dan lain2.


Call me makcik ketinggalan zaman, or minah outdated, or a traditional freak, I don't care but I really do think that our traditional games are cool. Playstation, it keeps changing with time, it reforms about 10 times in a decade, whereas congkak, it stays exactly in the same form forever. See? I told you it's cool. =P






P/S: Rindu pulak nak main congkak.


7

Girls Outing dan Feng Shui

Hari ni saye dan kawan-kawan keluar untuk bergambar kat studio pula. Walaupun baju dan make up masing-masing tidak lah secanggih masa hari convo, tapi seronok la juge.

Di bawah adalah gambar2 saya yang agak merasa terhina di samping kawan-kawan yang cantik.

Ada yang berminat dengan kawan-kawan saye, silelah meninggalkan nombor kad pengenalan anda di bawah.





Lepas tu saye dan kawan-kawan yang takde kerja pergi main-main di arcade, naik kapal dan menjerit-jerit macam orang gila. Kat arcade ada booth Feng Shui. Kami lalu pergi ke situ pula setelah diajak-ajak oleh ibu Feng Shui di situ.
"Ayo masuk aja, saya lihat ramalan nasib kamu."
Mula-mula kami jual mahal.
"Kalian baru selesai wisuda ya? (wisuda=convo)"
Ele macam aku tak nampak dia tadi ternampak topi dengan jubah kitorang dalam paperbag. Bajet psikik habis la tu.

Walaubagaimanapun for the sake of having fun, kami setuju juga untuk masuk.

Nasib aku pun ditilik setelah dia menengok tulisan aku, nama aku, tarikh lahir aku dan tapak tangan aku, juga menyuruh aku memilih kad-kad yang tak make sense langsung tu.

1. Wajah kamu membawa keberuntungan.
Banyak la kau. Kalau beruntung apsal aku jinxed gile sejak akhir-akhir ni. Apsal tudung aku masa convo hari tu tak menjadi, bengkang bengkok? Cuba kau jawab.

2. Tahun 2009 dan 2010, rezeki kamu lancar. Umur panjang.
Siapa2 pun boleh kata camni kat aku.

3. Hari keberuntungan kamu adalah khamis dan sabtu.
Tak, lucky day aku adalah hari Rabu, sebab tiket wayang murah, Spa pulak diskaun 20%. Dan hari Jumaat, sebab itu hari last kuliah.

4. Kamu sesuai dengan apa jua pekerjaan kerana kamu orangnya tahu bersosial dan disukai ramai orang.
Kepala hangguk kau. Aku antisosial.

5. Ada seseorang yang mencintai kamu, dan bersedia untuk hidup selamanya dengan kamu.
Oh yeah? Mana mana mana?

6. Kalau kamu punya pendamping (husband) yang mempunyai huruf-huruf R,N dan H dalam namanya, kamu bakal kontrol kewangan dalam keluarga.
Melongo aku lepas tu. Aku tanya balik, "Ha? Berarti saya yang akan tanggung kewangan keluarga nanti?" Oh rupanya tidak.. Maksud dia adalah aku boleh kontrol duit suami aku. Sape kata aku nak kontrol duit laki aku. Do I look that rakus?

7. Kelemahan kamu, kamu terlalu cepat emosional, terlalu cepat marah.
Satu-satunya benda betul dia predict pasal aku.

8. Kamu akan berkahwin sekitar umur 25-30tahun.
No comment.

9. Jodoh kamu adalah orang yang sudah kamu kenal.
Ini memang hampeh la kalau betul. Aku boleh kira dengan jari je calon-calon jodoh aku kalau betul camtu.

10. Lepas tu aku mula tanya soalan-soalan bodoh.

"Adakah saya akan kaya satu hari nanti?"
-Itu rezeki, tergantung usaha kamu.

"Saya nanti ada berapa orang anak?"
-Itu belum bisa saya jawab, kamu harus bawa jodoh kamu ke sini.

"Ibu kira-kira saya sekarang ada mencintai siapa-siapa nggak?"
-Ya, kamu sedang mencintai seseorang, tapi kamu tidak mau mengaku.

"Apakah pekerjaan bakal suami saya?"
-Dia cuma tersenyum tanpa berkata apa-apa, mungkin menahan sabar dengan pertanyaan2 aku.



Sambil-sambil dia tilik nasib aku, aku sempat meneliti dan mendiagnose dia. Aku rasa dia ada Odontogenic Sinusitis. Satu, mulut dia bau busuk, dua aku yakin gigi dia ada yang rosak. Tiga, aku rasa dia selsema. Ha, tengok, sekarang ni siapa tilik siapa.







Moral: Jangan percaya tilik nasib. Bullshit.
5

Leo...Don't go! :'(

Hari ni cuti, aku akhirnya ada masa untuk bersantai-santai di rumah sambil melayan kucing-kucing aku yang sejak akhir-akhir ini sudah kurang perhatian dari aku.

Aku lepaskan Leo dan Luna dari sangkar. Sebenarnya setiap kali tengok sangkar tu aku masih teringat-ingat kat Mon . =(

Aku bersihkan litter box, aku refill makanan dan air mereka, dan aku biarkan mereka bebas dari sangkar lebih lama hari ni. Luna seperti biasa, sentiasa mengekori setiap langkah aku, walaupun kadang-kadang tersepak oleh kakiku, dia tetap mengikut ke mana saja aku pergi. Leo pula, sejak ketiadaan Mon, asyik termenung dan makin kurus.

Dari dulu aku selalu kata aku paling sayang Mon. Leo pula seperti dianaktirikan. Satu, sebab Mon kucing pertama aku beli sendiri. Dua, sebab Leo ni adalah kucing kesayangan ex-boyfriend aku dan dibeli oleh dia juga dan aku tahu alasan peribadi tu tak profesional untuk aku menganaktirikan Leo. Tiga, Leo ni tak suka orang peluk dia. Empat, Leo ni asyik gersang je menyampah aku tengok. Lima, Leo ni manja dengan semua orang, aku tak special, tak macam Mon dan Luna yang lebih kenal aku. Ok cukuplah 5 je dulu.

Tapi tadi berlaku satu kejadian yang telah menyedarkan aku...

Lepas aku bersihkan semuanya, aku duduk depan TV sambil membelai Luna yang tak nak berenggang dengan aku. Aku panggil-panggil Leo, aku tepuk-tepuk tangan, biasanya dia akan berlari-lari kepada aku. Tapi Leo tak juga muncul di sebelahku. Aku bangun dari lantai, aku cari dia di dapur, dia takde. Aku intai bawah meja, dia takde. Aku naik tingkat atas, dia takde di mana-mana. Aku ke balcony, intai di luar rumah, dia takde. Aku panggil dia, "Leoo..Leo!!" kali ni aku pula yang bunyi macam kucing gersang. Tapi Leo tetap tak menyahut, tetap tak berlari ke arahku, tetap tiada di mana-mana.

Akhirnya aku terduduk di atas tangga. Aku merenung jauh dan akhirnya air mata jernih menitis dari kolam mata ku. (Eh ayat novel mana entah aku cilok) Luna masih bergesel-gesel pada aku, masih mengharap aku membelainya. Air mataku kian deras, "Leo,..Mana Leo pergi." Makin kuat aku meraung, sehingga akhirnya Luna pun takut melihat aku dan menjauh dari aku.

Aku sms Aliaa untuk mengadu nasib. Toot toot. Aliaa reply. "Mana dia hilang? Kesian u. Sorry I can't be there for you right now. I kena pergi hospital."

"It's ok. I don't need anyone. I dah biasa kena tinggal macam ni."

Maka menangislah aku selama 10 minit di atas tangga. Jauh aku merenung nasib. Aku risaukan Leo, aku takut dia sakit, aku takut dia kena gigit tikus macam Doraemon, aku takut dia tak boleh survive kat luar sebab dia kucing manja dan tak pernah keluar rumah.

Aku teringat semua yang pernah pisah dengan aku sepanjang tahun lepas. Putus dengan bf yang memang layak diputuskan, pakcik aku meninggal, Mon pun meninggal, dan sekarang Leo pulak nak tinggal aku.

Dan aku dah mula rindukan Leo. Cuma Leo yang tahu menoleh bila aku panggil nama dia. Cuma Leo yang suka menghiburkan kawan-kawan yang datang lawat rumah aku dengan aksi manja dia tu. Sebab Leo punya sperm lah aku dapat Luna, satu-satunya pengubat rindu aku kat Mon. Cuma Leo lah boleh jadi pendengar setia aku dan tak pernah judge aku sebab setiap kali aku cerita ape2 dia cuma melihat aku dengan muka blur dia.

Sedang aku menangis dan merenung nasib, tiba-tiba aku teringat satu tempat yang belum aku cek. Aku berlari-lari turun dari tangga dan terus menuju ke tempat tersebut. Aku buka pintu, dan di situ dia, sedang duduk dengan sungguh selesa di tepi jamban. Oh fuck.

Aku terus membelai dia, sambil mengelap air mata di pipi dan tertawa sendiri dengan rasa yang teramat malu. Lantas aku meng'sms' Aliaa lagi untuk melaporkan kejadian sebenar yang sangat memalukan itu.





P/S: People usually don't know how much they appreciate someone, or something until they've lost it.








6

SPM Rawkkks!

Hari ni budak2 tahu result SPM. Aku ingat lagi 6 tahun lepas, masa aku berdebar-debar tunggu result SPM aku keluar.

Malam tu aku tak boleh tidur lena. Kejap2 terjaga. Aku tunggang terbalik sembahyang hajat, walaupun aku tahu, what done is done. Masalah aku dari kecik adalah, aku tak pernah yakin dengan diri sendiri. Aku tak pernah rasa apa yang aku usahakan dah cukup, sebab sebenarnya memang tak cukup pun. (See?)

Semua orang takut masa nak tahu result SPM. Walaupun kat luar nampak cool, kat dalam pasti bagai nak histeria, sebab masing-masing dibebani harapan oleh mak ayah, dan harapan oleh diri sendiri. Aku tak tahu mana yang lebih menakutkan, tengok result sendiri kat sekolah ataupun telefon dari rumah untuk tahu result. Disebabkan rumah aku dengan sekolah aku adalah beratus-ratus kilometer jaraknya, jadi aku tak ada pilihan lain selain dengan menelefon.

Dulu masa nak tahu result PMR, mak aku ada kat sebelah aku masa aku telefon untuk tahu result dan bila cikgu nak bagitahu result aku, aku hulur gagang telefon kat mak untuk mak dengar dan aku di sebelah bersedia untuk mendapat cubitan sekiranya result aku teruk. Tapi masa SPM, mak dan ayah aku pergi haji. Aku kena telefon sorang2. Aku ingatkan tanpa mak kat sebelah, aku lebih selesa, tapi rupanya aku lebih gelabah tanpa sokongan, atau ugutan daripada mak di sebelah.

Line telefon sekolah asyik engaged je. Tapi bila line masuk, aku pulak yang letak gagang cepat2 macam budak tak tentu hala. Tangan aku berpeluh dingin, perut memulas sampai berkali-kali aku terpaksa masuk toilet. Aku tahu mak ayah aku kat Mekah mesti doakan aku. Akhirnya aku cuba untuk telefon lagi. Puan Saidah (cikgu Sejarah aku) jawab, dan bagi tahu result aku satu-satu setiap subject. Seksa sungguh nak mendengar satu-satu sampai cukup 9 subjek. Lepas dia dah bagitahu semua pun aku masih tak percaya. Aku suruh dia cek betul2. "Dah betul dah tu Izyan, percayalah, saya tak salah dah. Tahniah ye."

Aku letak gagang, sambil senyum lega. Alhamdulillah, result aku betul2 di luar jangkaan aku.

Melihat di mana aku berada sekarang, aku boleh je nak kata SPM was nothing dan tidak menentukan apa2 untuk future. Tapi bila aku ingat balik, aku tak boleh kata macam tu. Pengalaman ambik SPM adalah pengalaman ambik ujian yang paling best dalam hidup aku, setakat ni.

Ujian kat Universiti, boleh repeat2, tapi SPM cuma sekali dalam hidup. Ujian kat Universiti, kebanyakannya aku ambik bersama orang-orang yang asing dan mementingkan diri sendiri di sekeliling aku, tapi SPM aku berjuang dengan kawan-kawan yang aku sayang dan dah kenal selama 5tahun. Ujian kat Universiti, kalau aku dapat result elok ada orang dengki, kalau aku dapat result tak elok, ada orang pandang rendah, tapi result SPM, elok atau tak elok, aku boleh kongsi kegembiraan atau kesedihan dengan kawan-kawan aku.

SPM was definitely..something.

Kau orang pulak macam mana pengalaman ambik result SPM? Ada yang ketar2 lutut, ada yang berlagak macho,ada yang terkencing dalam seluar, ada yang pengsan maybe? =P




P/S: Dik Ma, it doesn't matter how many 'A's you scored for your SPM. What does matter is, your life outside school is just about to begin, and you have to be prepared. Those grades seem to be pretty much nothing if we screwed up as a person in the end. So grow up and be a good girl, be good to yourself, and to mak and ayah.
You will meet all kind of crappy, nasty human being later in your life, but don't let them get in your way.

(Sekian dulu nasihat poyo untuk adik aku, dari seorang kakak yang poyo dan suka bagi ceramah.)

6

If I Die Tonight

Aku taip entry baru ni cuma kerana aku rimas melihat gambar Jehan Miskin menghiasi muka depan blog aku dalam entry sebelum ini. Seperti yang kamu lihat, blog aku kini telah bertukar wajah lagi dan kali ini malah bertukar tajuk. Di situ telah meng'kantoi'kan keperibadian diri aku yang cepat bosan dengan sesuatu.

Sebenarnya kalau kamu berada di dalam kasut aku sekarang, kamu juga mungkin sudah terjelepuk kebosanan di samping memberi komen kasutku besar. Aku dan mereka yang lain dipaksa pulang ke Surabaya, cuma untuk menghadiri satu event tak penting, yang diwajibkan oleh Universiti tercinta aku. Ptuih. Sekarang kelas aku belum bermula, dan sesungguhnya aku tak tahu bila ia akan bermula, jadi selain daripada tidur, menonton infotainment, DVD, internet dan membaca novel, aku tak tahu lagi nak buat apa.

Kalau kamu tahu hari ini adalah hari terakhir kamu hidup, macam mana kamu akan menghabiskan hari terakhir kamu ni? (Tiba-tiba saje mengajukan soalan cepumas, kurang kesopanan betul aku ni)

Mungkin ini yang akan aku buat.

1. Tidak berganjak dari tikar sembahyang.
2. Mengeluarkan semua duit dalam simpanan dan membeli batu nisan dan kain kapan sendiri sebelum sisanya disedekahkan pada fakir dan anak yatim.
3. Cium peluk orang-orang yang aku sayang puas-puas.
4. Cuba menghubungi musuh-musuh sekolah rendah yang aku pernah main tarik rambut dan sepak terajang dulu untuk meminta maaf.
5. Cuba menghubungi Brad Pitt untuk mengajak dia masuk Islam.
6. Membakar diary aku sebelum dibaca oleh sesiapa.
7. Berterima kasih kepada kawan2ku, kerana telah menjadi kawan aku dan tak perlu minta maaf, kerana mereka pasti memaafkan aku.
8. Memaafkan semua orang, yang pernah buat salah dengan aku.
9. Meminta mak masak sedap2 untuk aku makan kali terakhir.
10. Yang pasti aku takkan tidur dah walau satu saat pun pada hari terakhir aku boleh bernyawa.




Kesimpulannya, mulai hari ini, aku nak kurangkan tidur, dari 8 jam, menjadi 6 jam sehari.
Jangan nak kutuk. Ini dah kira antara pengorbanan besar aku dalam hidup.









12

A Treasure - Agenda Rasmi 2000

Cis. Selama ni kerja membaca diary orang adelah hobby aku, malam tadi baru aku dapat tahu yang mak aku rupanya selama ni duk baca diary aku. Bukan tu saje, dia juga dari dulu duk baca karangan2 aku masa sekolah. Hish. Memalukan.

Nasib baik dalam diary ni takde ape2 sangat. Walaupun aku tak tulis ape sangat, dah cukup untuk buat aku rindu gila ngan STF. And its content has obviously shown how much I've changed after 9 years.



Korang mesti ingat lagi kan, buku Agenda Rasmi yang kita dapat every year. This one was in milennium year, year masa batch aku PMR. Jom bukak jom bukak. Excited gila aku nak bukak buku ni balik semalam. Macam baru lepas jumpa harta karun. =P



Maju maju maju segera maju~ Our school song that we sang during assembly. Lirik lagu ni wajib ada in every Agenda Rasmi. Truthfully, aku suka gila lagu sekolah kita. =D



Wow. Monthly test result. God. Who was this girl? Ye, aku tahu result budak lain lagi banyak gempak, but as weird as this may sound, looking at this page makes me feel pretty much intimidated by Koyan Junior. =P



Ecece. Baru join silat. Masa ni diorang tengah explain pasal akad silat agaknye. "semua yang kita buat ada niat atau akad, begitu juga silat, bla bla bla.." Wah, masih dalam ingatan gua.



Hah, this one right now makes me feel even worse of my present self. I was so young and innocent back then. I was a good girl! In other words sebenarnye, I was kind of..'skema'. =P I was so motivated! Dah lame aku tak motivated camni. Oh niat taknak membazir tu rupanya wujud dari kecik lagi ye, tapi tak pernah tercapai.



Phewh! Finally there's one thing that has never changed. No matter where I go, home is still the only place in my heart. I will never forget my roots.



Oh ini tulisan panjang berjela yang mak aku baca. Pasal ayah aku accident, 3bulan before PMR. You can refer to my previous entry titled Homesick



This one aku kena type balik. This cakar ayam shows how bad I was feeling that moment. Tapi bila aku bace balik, serious kelakar. Sengih sorang2 aku.

15May2000
Bangun pagi..pergi blok D nak mandi..tunggu lame giller..bile nak masuk, ade senior form 5 pegi masuk dulu..aku cakapler ni turn aku, pastu dia cakap, "kalau kite masuk dulu, takleh ker hah??"
aku nak nangis kat situ gakk. ape salah aku?!
pastu turn aku, aku masuk.. aku try mandi cepat2 sebab sorang lagi form 5 (Kak Baya) after aku. aku dah nak siap2 nak pakai baju. tiba2 aku dengar Kak Baya kata, "Ish!cepatler sikit! Lembab betul! form 5 pulak yang kena naik toilet atas!"
isk isk. Kak Na n Kak Mia pun tak pernah marah aku camni. APE HAK DIORANG PULAK?!!! isk isk. Kak Na..Kak Mia...

Hahahhahaha..eh jap korang, Kak Baya tu bukan toing Fidah ke? Patutla aku tak pernah suke dia dulu. =P Olololo. Sian Koyan Junior kan.. I was so vulnerable and fragile.. and totally spoiled! Cengeng gila. But that was then. Kalau sekarang ada lagi orang berani tindih aku macam tu, I would have screamed "Shut the f**k up, bitch!!" to their face. Apapun, seniority kat STF has taught me how to respect others (and how to telan je bila dipijak2). I'm glad I had experienced all that. And yes, waktu pagi, when we had to wait for our turn to mandi, was the suckiest moments of all! I hated it so much.



Haha. This one aku clueless. Masa ni tarikh aku gi Mekah umrah ngan family aku kot. Yang herannya, aku tak sedar bila masa tah Aemell ade peluang mengeksploitasi diary aku sebelum aku gi umrah ni.

GI MEKAH
Mase ni aku mesti belikan Amalina Jubahs --> Tulisan Aemell

Boleh-BLAHH --> Tulisan aku.

Hahaha.



God..I miss old times...I really really miss old times.. :')







9

I've Got A Thing For...'Bapak Orang'

Sandy Cohen in O.C
Bapak kepada si nerdy Seth Cohen.
Mat ni cool gile lah beb. Macho cool bergaya charming romantic understanding.
Dia watak aku paling suka dalam O.C. walaupun kening dia tebal macam setompok ulat bulu.


Rufus Humphrey in Gossip Girl
Bapak kepada si whiny loser Dan Humphrey.
Ok aku masih follow Gossip Girl just for the sake of nak tengok Rufus and Lily.
Cerita tu sudah jadi sangat childish untuk aku yang makin tua dan makin matang ni. Nasib baik semua dalam tu cantik dan handsome, boleh aku tengok sambil2 mencuci mata.
Tapi aku betul2 ade crush dengan si Rufus ni. Hot daddy.

Ignacio Suarez in Ugly Betty
Bapak si hodoh Betty.
Pakcik ni lawak gile! Sukeeeee....(gedik sial aku)
Pakcik ni sangat comel bagi aku. Comel dan baik and charming in his own way.


Snoop Dogg yo!
Mamat ni sungguh aku tak sangka dia dapat jadik bapak budak.
It's really cool to see him as a father.
Apsal terkejut ke aku suka Snoop Dogg? Aku memang suka hiphop kalau kau nak tahu.
S'up nigga!


Norman Hakim
Mesti kau tengah nak kutuk aku kaw2 pasal ni.
Ok ini sebelum kes Memey la. Aku pernah kagum dengan si Norman ni pasal boleh jadi bapak kepada 3 orang anak dan tak buat hal dan nampak penyayang sangat dengan anak2 dia.
Tapi rupanya kau sangat ngokngek, Norman.
Hark tuih!





I have always got a thing for bapak orang. Kalau tengok drama atau filem, aku mesti tertarik kat pelakon yang pegang watak jadi bapak.
Weh tapi aku tak pernah duh tertarik dengan hidung kembang kempis Jalaludin Hassan.
Sebenarnye agak merisaukan jugak kadang-kadang.
Aku taknak la kawin dengan laki tua sangat beb. Tua sikit takpe lagi. Janganla sama umur dengan mak bapak aku pulak. Adoi mintak simpang. Semoga jodoh aku tak tua sangat.

Maybe the right phrase is, I've got a thing for older guys who love children! Yeah, that sounds much better. =D

Aku memang lemah kalau tengok laki pandai layan budak kecik. Kalau kau tengok aku usha laki main dengan budak kecik sampai budak tu gelak2, kau tengok mata aku masa tu confirm dua2 belah dah keluar bentuk heart warna merah ting ting tu!

Ok seriously aku tak tau mana datang bunyi ting ting tu.




Back to Top