Showing posts with label Cynicism. Show all posts
Showing posts with label Cynicism. Show all posts

Memualkan...

Sebenarnya aku tengah rasa mual dan jengkel yang amat dengan orang-orang tak dikenali yang cuba add aku di friendster atau facebook. Kebanyakannya mungkin adalah mat-mat rempit yang kurang kerja.


Kadang-kadang aku terpikir, apasal orang-orang ni sibuk nak add orang yang mereka tak kenal pun. Nak kata untuk tambah kawan, biasa kalau lepas aku approve tu takde pun follow up dengan message ke apa ke. Kalau ada pun, geli ketiak aku bila awal-awal dah flirt tah pape.


Jadi aku jarang approve orang yang tak dikenali. Friendster aku dah pasrah dan malas nak layan, memang penuh dengan rempit. Tapi facebook aku masih clean aku rasa.


Aku rasa diorang ni add sebab nak ngorat, tengok muka kat gambar cun sikit je terus nak add. Yang add sikit2 je tu mungkin aku boleh percaya lagi niat dia ikhlas nak berkenalan. Tapi kalau dah sampai 1000 contact dia penuh dengan perempuan, itu dah kira pervert tuh! Aku nak tanya.. apa ada pada rupa paras ha? Rupa je lebih, personaliti takde, best ke? Muka macam Fasha Sandha tapi otak kat kepala lutut, menarik ke? (Eh otak Fasha Sandha pun kat kepala lutut jugak.)


Tapi kenapa masih ramai laki memilih perempuan dengan cara, menengok muka dulu?


Itu lelaki. Perempuan pulak, amboi amboi amboi, kalau ada yang desperate tu bukan main lagi ditunjuk. Sungguh kurang keayuan. Ada aku terbaca dekat wall or photo comments laki, perempuan comment "Cutenyee u niii.. Nak ngorat bleh?". Gile laa macam mak nyah je gaya. Maknyah pun tahu jual mahal kadang-kadang. Apa la perempuan gi bagi ayat-ayat haram macam tu. Aku tahu laki mungkin suka, I mean..laki2 yang tak berkualiti mungkin suka la perempuan2 pesen ni kot. Tapi serious mual perut aku kalau tengok perempuan desperate macam ni. Pfftt!










P/S: Satu rahsia mengorat yang berkesan... Make her feel special. ;-)  Kalau kantoi kau treat dia exactly sama macam girls lain, serious turned off beb... Turned OFF.




9

10 Gaya Perempuan Tidak Cool

Aku rasa sangat tak adil kalau aku buat post pasal lelaki tidak cool saje. Jadi untuk menjadi adil, meh aku post pasal perempuan juga. Sila lah tambah kalau ada idea tambahan. Kerana aku tak suka jugak kutuk kaum aku lebih-lebih. 10 je cukup lah. =P

1. Perempuan Simpan Bulu Ketiak Panjang
...dan dengan riang ria keluar berjalan-jalan pakai sleeveless tanpa rasa malu. Ada weh perempuan macam ni. Aku sendiri pernah nampak!

2. Perempuan Yang Suka Sekeh Kepala Boyfriend/Suami di Khalayak Ramai
Ini jenis perempuan yang rasa dia sangat-sangat otai tapi sebenarnya tidak sama sekali, malah memalukan diri sendiri. Ok lah, boleh je kau sekeh kalau laki kau dajal macam Norman Hakim.

3. Perempuan Suka Angkat Middle Finger
Ini juga, sangat menjengkelkan sekiranya dijadikan tabiat. Jika kamu disinggung hati oleh sesiapa, tidak ada gunanya kamu mengangkat jari hantu kamu setinggi mana pun, lebih baik kamu tampar saje orang yang sakitkan hati kamu tu. Bukan ke lebih efektif dan lebih cool daripada angkat mid finger dan jerit f*** you. That just doesn't work babe, only makes you look even more pathetic.


4. Perempuan Suka Duduk Kangkang
Mungkin duduk kangkang kelihatan cool untuk perempuan seperti Ellen DeGeneres. Tapi sekiranya kamu seorang perempuan tulen, cubalah elakkan daripada duduk kangkang, kerana sebenarnya, ia kelihatan betul-betul tidak sopan. Cuba untuk tidak duduk kangkang, terutama ketika bertemu bakal mak mentua untuk pertama kali ye.

5. Perempuan Suka Cakap Kuat-kuat Di Tempat Crowded
Ada beberapa jenis gang perempuan yang suka cakap kuat-kuat dalam flight, dalam komuter, dalam bas, mahupun ketika melabur dalam toilet awam. Memang aku rasa mereka ni cakap kuat sebab bajet cool, nak tarik perhatian dan sengaja nak orang lain dengar. People like them, they don't realize, bila mereka cakap kuat macam pakai speaker, others can only hear their foolishness.
Contoh conversation yang aku pernah dengar dan terus diserang rasa mual dengan serta-merta.

Aku dalam flight dan 3 orang stewardess AirAsia tengah bercakap-cakap dengan kuat ketika sedang menjual makanan dan minuman.
Stewardess 1: I lapar laa you all, cepat la sampai Malaysia. Tak sabar dah!~
Stewardess 2: Jomla kita pergi makan McD bile dah sampai nanti.
Stewardess 3: Ha? McD? Eiii tak main la McD okeyyyyy! I nak pergi Starbucks.~
Stewardess 1: Entah you ni. Tak nak la McD. Takde kelassss okeyyy!
Stewardess 2: Oklah oklah Starbucks. Takpun Dome okeyy girls.~
(hikhik hikhik ekeke ekeke ) Mereka sambung ketawa macam bunyi dubuk. Fucking hell.

6. Perempuan Suka Gaduh Main Tarik-tarik Rambut
Cuba gunakan cara lain selain tarik-tarik rambut. Penumbuk kan ada. Penyepak pun ada. Penampar halilintar pun ada.

7. Perempuan Keluar Kedai Runcit Pun Make Up Tebal Seinci
Sangat tidak cool. Cuba lah sekali-sekala tunjukkan muka kamu yang cun tanpa secalit make up tu. Sampai bila nak bertopeng saje.

8. Perempuan Bertudung Yang Pakai Baju Lengan Pendek Ketat
Ini gaya minah rempit. Semenjak dua menjak ni aku tengok pemakaian sebegini sangat menyakitkan mata aku. Baju lengan pendek dengan jeans ketat gila, tapi pakai tudung. Aku sebagai bakal mak mentua orang 30 tahun lagi, tidak berkenan dengan pemakaian sebegini. Lebih baik tak payah pakai tudung.

Stok2 macam minah kat bawah ni ha. Tapi baju minah ni tak ketat ok, kau jangan nak mengata sangat. Sape entah dia ni. Tapi aku rasa sekarang dia tak pakai dah macam ni, kecuali kalau setakat nak keluar beli topup. =P


9. Perempuan Merokok in Public
Sori la, aku masih conservative untuk menganggap perempuan (terutama yang bertudung) merokok kat tempat awam itu adalah perkara biasa. Pemandangan kurang indah itu masih luar biasa bagi aku. Aku masih akan terkejut melihat mereka, seperti baru melihat naga betina baru sendawa keluar asap sambil minum kopi.

10. Mana-mana Perempuan Penggoda Suami Orang Macam Memey Suhaiza
Sebelum aku sendiri kelihatan tidak cool kerana mulut mencarut nak mengutuk, baik aku biarkan juga ini tanpa huraian. Babai~

13

Andartu

Disebabkan umur aku baru menginjak ke 18 tahun, maka beranilah aku untuk mengepost entri bertajuk begini tanpa segan dan silu. (Yela2, aku tipu, tahun ni umur aku dah nak masuk 24)

Semua perempuan mesti ada rasa nak kahwin dan ada anak. Aku bukanlah manusia luar biasa dengan super power bomoh Limah untuk menyangkal kenyataan tersebut pada diri aku sendiri. Aku pernah cakap2 angin dengan ayah aku, "Irah taknaklah kahwin. Nak beli kete Mini Cooper pastu naik sorang2." Ayah aku kata, "Hish jangan macam tu, Irah kena ada jugak cita2 nak kawin. Tau dok impian setiap ayah nak tengok anak perempuan dia bahagia dalam rumah tangga."

Jujur bila aku cakap aku pun macam kau orang jugak, aku pun ada rasa nak kahwin, malah aku lah melebih2 sebab aku nak anak 10 orang. Tapi jujur jugak nih bila aku cakap, aku tak kisah kalau jodoh aku lambat sampai. Aku pantang dengan orang tak punctual, tapi kalau jodoh aku tak punctual, takpe, aku tak kesah. Lantak kau la nak datang bila pun. Kamu datang la bila aku dah ready ye.

Yang aku kesahnya, bila makcik2, jiran2, kawan2, si polan dan si pulun, sibuk bertanya kat aku, "Irah bila lagi??", "Awak bila lagi nak kahwin?", "Haa lepas ni giliran kau la pulak yee." , "Jangan lambat2 sangat, perempuan tak elok kahwin lambat." sambil disertai hilai tawa pontianak diorang.

Aku yang muda mudi lagi ni pun diorang dah sibuk tanya macam tu. Rimas gua! The hell with andartu. Sumpah, I don't mind if I had to get married at the age of 30, or even beyond that age. Jodoh tu semua kan kat tangan Allah, who are we to question fates. We really shouldn't ask people that kind of question. Kalau tanya, "Apa plan kau dengan boyfriend kau? Bila agak2 nak settle down?" Itu aku boleh terima lagi, sebab apapun kita rancang, Tuhan yang tentukan. Tapi bila nampak perempuan kahwin lambat sikit, mula la soksek2, bisik2, jeling2, mengata kat belakang, or even kat depan2.

Happy sangat ke orang yang kahwin muda? Kalau happy kenapa ada laki baru setahun kahwin dah sibuk nak bini nombor dua, sibuk menggatal sana sini, ada laki keje tak senonoh duk pukul bini, ada perempuan masuk wad jiwa pasal frust dengan suami? Ok lah tak semua lah perkahwinan muda jadi macam gitu. I am being irrational. Tapi rasional ke kamu nak menilai andartu tu tak happy dengan life diorang? Rasional ke kamu nak kata diorang tu tak laku?

Jadi jangan lah kamu memandang serong kepada wanita yang kahwin lambat. Tak sampai jodoh diorang lagi, nak buat macam mana? Bukan semua antara diorang tu fussy, kuat memilih, atau takde orang nak, tapi dah namanya pun jodoh yang belum sampai.

Daripada duk sibuk jaga tepi kain orang, baik kau pergi buat kueh ke, basuh berak anak ke, cuci pinggan ke, masak untuk mak mentua kau ke.

Aku muda lagi. Chill lah. Oh ini aku yang perempuan kata camni, serious shit aku tak paham kenapa ada laki yang teringin sangat nak kahwin muda2.
2

Tak Malu Ke?

TV3 tengah tunjuk berita pasal Palestin, Astro Ria pulak sibuk tunjuk Mawi Ekin punya pesta kahwin kat Palace Of Golden Horses.

Artis2 semua sibuk bagi ucapan "Kepada Mawi dan Ekin saya doakan semoga kamu berdua jodoh ke anak cucu bla bla bla."

Hoi sampai kain buat baju Mawi Ekin berapa meter pun kau orang nak sibuk ambik tahu.

Geli cuping telinga aku dengar. Sibuk sangat doakan Mawi Ekin ada kau terpikir pasal kanak2 tak berdosa yang mati terbunuh kat Palestin?

Tak malu ke kau?

Banyak blog aku baca ajak kau orang boikot Israel, kau orang tak mau baca, tak mau hirau. Too political lah konon, takde kena mengena dengan kau orang lah konon. Tapi sibuk duk baca gosip2 bodoh, sibuk duk cerita kat blog kau pasal life kau yang konon happening habis tu. Self obsessed.

Tak malu ke?

Masa jemaah Islam kat Masjidil Haram beramai2 doakan rakyat Palestin, nangis sampai ketar2 lutut, kau orang pulak ketar-ketar kepala lutut duk menari, party sana sini.

Tak malu ke?

Mawi, jalan pun kengkang tonggek, ada hati nak berlagak macam raja Arab. Mana kampung kau, mana alim kau?

Tak malu ke kau?

Eh eh kuda yang bawak Mawi Ikin pun tak mau gerak. Kain veil Ikin yang panjang berjela tu pun sampai 2 kali tersangkut. (Ni post blog sambil tengok pesta kawin Mawi kat TV nih)

Uuuu malu gila kalau aku jadi kau.

MasyaAllah! Tengok tu tudung mak Mawi. Stok2 yang harga tak sampai rm10. Anak menantu duk pakai Valentino berbelas meter. Menantu kesayangan dia tak boleh ke belikan dia tudung Munawwarah selai dua? Duk shopping kat Armani sampai beribu2 habis. Ish. Tak boleh jadi ni. Aku kena buat post lain nak kutuk dua ekor tak tau malu ni. Ini sudah lari topik. Ok bye.















5

Orang Busuk

Aku pernah mengadu masalah aku pasal orang2 kat sekeliling aku dengan ayah.

Ayah kata, "Irah, dalam hidup ni memang kita akan sentiasa lalui proses mengenal manusia. Tapi Irah ingat pesan ayah sokmo, do to others as what you want them to do to you."

Aku ni tak la baik mana, tapi aku rasa aku dah cukup respect orang2 sekeliling aku. Tak pernah aku layan orang macam aku layan binatang. Mak ayah aku tak ajar aku jadi macam tu.

Cuma kat sini aku nak buat kesimpulan. Ada satu jenis manusia yang aku betul-betul tak boleh nak tahan.

Orang busuk.

Both literally and.. figuratively.

Orang busuk macam Mohinder Suresh memang confirm aku tak boleh tahan. Tapi aku rasa Shah Rukh Khan tak busuk. Sebab dia pakai minyak wangi Polo. Salman Khan pun tak busuk, sebab dia suka tukar seluar tiap2 hari, hari ni seluar oren, esok merah, lusa hijau.

Busuk ni penyakit aku rasa.

Masalahnya kadang-kadang orang busuk diorang tak sedar diorang busuk.

Diorang sembur perfume 360 darjah kat badan diorang, diorang rasa dah wangi. Tapi kita yang menanggung derita dan sengsara yang amat hebat.

Ada jugak, yang dah kena sound elok2 dah, "Namaste. Kau busuk. Please do something about it."

Tapi diorang tak dapat terima. Diorang kata diorang dah wangi.

Kalau aku bau busuk, tolonglah kau orang cakap kat aku terus terang. Aku sumpah tak kisah! Boleh aku pergi beli sabun kristal buat sapu ketiak aku. Dulu ada sorang ustazah sekolah aku promote, kata benda tu berkesan. Kalau kau busuk, aci cuba try test benda tu.

Kat sekolah setiap awal tahun masa budak2 form 1 baru daftar sekolah, surau sekolah aku kalau masa maghrib isyak, ya ampun. KEPAM!

Masing2 pakai telekung but I can't imagine what's underneath.

Naik form 2 baru kurang sedikit bau-bauan. Sebab masing2 dah start tunjuk macho selempang tudung pergi prep. Better ventilation.

Aku tak kutuk orang pakai tudung labuh, tapi kalau kau pakai tudung labuh, kau kena jaga hygiene extra la. Jangan comot sana comot sini. Ketiak kena tip top.

Ya, busuk memang penyakit.

Busuk hati pun sama. Masalahnya busuk hati tak dapat nak ubat dengan mana-mana sabun ajaib. Kau jangan senang kena kelentong dengan marketing strategy.

Dalam hidup aku, aku banyak jumpa orang busuk hati. Orang busuk di mana2. Kalau diorang tunjuk terang-terang, aku takde hal. Aku boleh avoid jauh-jauh.

Malangnya, busuk hati tak berbau.

Banyak yang depan2 baik, tapi kat dalam macam taik busuknya.

Kenapa orang nak busuk hati dengan aku? Diorang rasa diorang otai habis ke dapat busuk dengan orang baik macam aku?

Kat STF aku jarang jumpa orang2 busuk macam sekarang. Kepam tu ada la, tapi hati diorang wangi. Tak ada hasad dengki, tak ada riak takabur, tak ada rasa nak jatuhkan orang lain.

Keluar sekolah macam2 jenis orang aku jumpa. Ye ayah, ni memang proses mengenal manusia.

Tapi Irah tak tahan dengan orang busuk.

Aku kalau down, susah nak up balik.

Orang-orang busuk ni macam tahu je kelemahan aku. Aku kalau down, aku nangis, aku tidur macam baby, aku tak boleh buat apa.

Aku tak suka kena aniaya. Every time aku kena aniaya, hati aku jadi makin keras. Makin kering.
Bila hati kering, aku jadi kejam. Aku susah nak percaya orang. Macam Hulk. (Orang Indon panggil Huluk.)

Aku tak sempurna, tapi aku mintak dengan Allah, aku jauh daripada dua2 sifat busuk ni, busuk ketiak dan busuk hati.

Aku tak kacau hidup kau, kau jangan nak kacau hidup aku.
6

Poo Poo Land

Malam tadi aku terkejut tengok Ashraf Sinclair berlakon sinetron Indonesia.

Geli ketiak aku tengok. (Nasib baik tak garu masa tu jugak sebab kawan aku ada kat sebelah.)

Apa lagi bila dengar dia cakap Indonesia jauh lagi fasih dari aku yang dah 3 setengah tahun kat sini.

I don't know the right words to describe how I feel about him.

Yang aku tahu... Aku menyampah tengok dia...

Dengar cerita sampai jawab soalan wartawan Malaysia pun pakai bahasa Indon.

Apa barang weh?

Ikut bini macam kerbau kena cucuk... Eh apa tah peribahasa tu. Aku lupa.

Kalau aku belajar kat New York ke, London ke maybe aku pun boleh cultural shock dan lupa diri.

Entah2 aku balik Malaysia pun speaking Larndan! Bloody hell~ (dengan gaya paling gedik pernah aku buat seumur hidup aku.)

So budak study kat negara2 sana yang cultural shock aku takmau komen banyak2 lah.

Tapi ni.. Indonesia. Negara serumpun je dengan kita, only less developed. Less segala-galanya.

Apa yang jakun sangat Ashraf kat sini.

Maybe sebab dia lagi famous kat sini pasal kahwin dengan Bunga garik. Sebab tu sanggup jadi kerbau kena cucuk apa tah tu. (Seriously aku lupa, kena cucuk apa ha? )

Hari tu aku dengan kawan2 pergi Jawa Timur Park (sebuah theme park yang jauh panggang dari api dengan Genting Highlands). Jumpa sorang abang ni, orang KL, tapi kerja kat sini.

Dia dengan awek Indon dia.

Aku kalau jumpa orang Malaysia jadi overexcited, terus ajak bukak forum kutuk 'poo poo land' ni on the spot. Joyah spot pun Joyah spot la. Aku tak kira aku seronok jugak. Jumpa pulak kat theme park yang terpencil tu. Ingatkan kita orang je budak2 Malaysia sesat situ.

Tapi ternyata, aku syok sekor bila masuk bab nak kutuk poo poo land.

Aku tanye dia, "Dah lama ke tak balik cuti?"

"Lama gak laa.."

"Wah..Tak rindu nasi kandar ke?" -Aku tak tau kenapa aku tanya specific nasi kandar, padahal boleh je sebut nasi lemak yang lagi famous kat Malaysia nun. Mungkin sebab dia asal dari Kampung Pandan, tempat aku selalu gi makan nasi kandaq kari kepala ikan dengan family aku (Gulpp..).

"Tak pun.." dia geleng kepala.

Sial kau tak rindu???

Tanpa sedar, atau sebenarnya pura-pura tak sedar, aku terkasi dia fuck-you-face aku yang kurang menawan.

Aku turned off. Tak jadi nak bermesra alam. Rupanya ini kelompok2 manusia lupa daratan yang aku anti. Suka hati la kau orang nak cakap aku ni patriotik sangat ke conservative ke cynical ke. Aku memang anti.

Hoi kawan2 kat oversea! Kita semua wajib rindu nasi kandar ok!

Mana hangpa nak caghi nasi kandaq tu kalu bukan kat Malaysia hah? (eh eh where did that came from?)

Sini apa je kau makan. Tempe tauhu tempe tauhu. Last2 muka pun macam tempe. Tak percaya? Cuba tengok muka aku betul2, confirm korang jerit kegedikan, "Wuii Koyan.. Tempe gila muka ko!".

Aku sayang Malaysia.

Even kalau aku dapat rampas balak handsome macam Christian Sugiono dari Titi Kamal pun, aku tetap sayang Malaysia.

Walaupun aku tak ingat peribahasa kerbau cucuk tadi, aku tetap sayang Malaysia.

Walaupun aku sebenarnya suka gila tempe, aku tetap sayang Malaysia.

I do understand that people change. Aku tak kisah. Go change all the way you want!
But don't you ever forget your roots. Keep that one close to your heart where ever you go. You are not standing upon a secure ground like where you are right now, if it isn't your roots.


Hehe. Korang rasa aku boleh jadi Barack Obama Malaysia tak?

Oh shit. Bab garu ketiak tu tak lepas kot. Obama doesn't do that.
3

I Don't Give a F**k

"As long as people want other people to think of them in a certain way, as long as there is a need, a wanting from them, to have you or him or her to think of them in a certain way, then they will always be a slave.
They will never be free."

I love his words.
Took this from a blogger who is definitely not a 'bonehead' like you.
Yeah, shit happens. Childish drama happens.
But you know what. I think I'm old and matured enough to say that,
"I DON'T GIVE A FUCK".

Have it your way.
Woohooo!




Back to Top