Kena lelong sekor lagi kucing sebelum balik Malaysia. Semua kata aku patut jual kucing ni mesti dapat banyak duit kalau jual, tapi aku rasa takmau jual, kalau jual rasa macam jual anak sendiri pulak.
Meh aku cerita sikit pasal bucuk aku nan satu ini.
Nama : Luna bin Leo
Tarikh lahir: 21 March 2008
Status : Bujang trang tang tang
Riwayat keluarga: Lahir sebagai anak sulung dan anak paling besar dari 5 adik beradik. Suka berebut susu akhirnya adik-adiknya 3 ekor tak cukup susu lalu meninggal. Ibunya, Simone meninggal sewaktu dia berusia 1 tahun, meninggal mati syahid sebab sedang hamil masa tu. (sekarang bolehla melayan lagu Backstreet Boys Drowning kalau nak lebih terkesan dengan cerita sedih ni). Ayahnya Leo telah diberi kepada orang lain beberapa minggu yang lalu.
Hobi : Masa kecik suka main bola, masa besar suka buat bunyi nak mengawan
Luna adalah seekor jantan. Walaupun dia juga boleh membuat aksi-aksi tidak senonoh berbagai posisi seperti Luna Maya, tapi berkat didikan aku sebagai mak yang mithali, dia sekarang sudah dewasa tetapi tetap virgin.
Suatu petang yang hening ditiup angin sepoi-sepoi bahasa, sambil menghirup kopi aku berpesan kepada Luna..
"Luna, ekau kalo nak pilih awek, pilih betul-betul, jangan pilih yang tonggek sana tonggek sini! Yang tonggek2 tu la banyak kurap kau tau? Ekau jangan nak ngado-ngado poei ehem2 sebelum ekau nikah, aku cepuk kau!"
Mungkin sebab takut akan cepukan berbisa aku, Luna sampai sekarang masih mempertahankan virginitynya, semoga satu hari nanti dia bertemu true love dia. (Ok sekarang boleh tukar ke lagu Mariah Carey I Still Believe.)
Dulu aku namakan dia Luna sebab ingat dia ni betina. Walaupun jantinanya pernah diragu-ragukan, testosteronnya tetap terserlah. Luar kasar, dalam hati ada taman bunga taik ayam.
Untuk membuktikan kejantanan dia, dia tak perlu ada hobi tengok porn macam anak-anak jantan zaman sekarang ni, tapi dia sampai sekarang suka main bola. Eh walaupun dia hitam kau jangan nak racist ye. Hitam itu menawan. Buktinya kau tengok Drogba, menarik tertarik kau memang the bomb kan? Petang-petang pula hobi dia duduk depan pagar usha awek lalu lalang, kalau takde awek, usha lalang goyang-goyang pun cukup. Cukup jantan la tu.
Aku nak lelong, tapi bukan kepada sebarangan orang. Orang itu mesti
1. sayang kucing, suka kucing, pandai jaga kucing
2. kena main dengan Luna selalu kalau dah lama tak main dengan dia, dia mula gigit ibu jari kaki orang
3. kena carikan dia true love dia, kesian dia lama-lama boleh jadi gay.
4. kena sabar kalau nak mandikan dia sebab dia boleh menjerit satu kampung dengar kalau kena mandi.
Tiba-tiba aku rasa tak sanggup nak sambung menaip, satu sebab buku internal medicine sedang menunggu aku, kedua sebab aku sayang Luna tak sampai hati nak lelong dia. Tapi kalau kau rasa kau ada ciri-ciri tuan kucing yang aku cari, sila lah kontek aku. Satu hari nanti aku terpaksa lepaskan dia juga. (sekarang dengar lagu Demi Masa-Raihan pulak. Eh takde kaitan.)
Ok lah chiow, doakan aku lulus exam next week yeh!
P/S: Next week insyaAllah boleh balik cuti seminggu, sangat sangat bahagia sampai nak menangis. (^_^) Terengganu ku tercinta, wait for me bebeh!~