Showing posts with label Travel. Show all posts
Showing posts with label Travel. Show all posts

Genap 5 Tahun di Surabaya

22 Ogos 2005
Seorang gadis berumur 20tahun, berbaju kurung hitam bermotifkan bunga mawar kuning tompok-tompok, tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Juanda, Surabaya. Bersama-sama dia sewaktu itu adalah bakal sahabat-sahabat seperjuangannya yang ketika itu semuanya datang bersama keluarga masing-masing. Hanya dia yang memakai baju kurung pada hari itu (tak tau ler ape kejadah yang dia pikiaq sampai pi pakai baju kurung nak travel jauh-jauh). Dan hanya dia yang datang tanpa ditemani ibu bapa maupun keluarganya. Dan hanya di mata dia, jelas kelihatan bengkak dek kerana tangisan yang tak dapat nak ditahan setelah berpisah dengan keluarganya di KLIA. 22 Ogos 2005, hari di mana Izyan Nadirah dan kawan-kawannya pertama kali menjejakkan kaki ke bumi Surabaya.

22 Ogos 2010
Gadis yang dulu tiba di Surabaya dengan wajah innocent, sekarang sudah semakin tough.
Yang dulu tidak lekang dengan long skirt konon-konon ayu, sekarang sudah menjadi minah rempit.
Yang dulu sangat mudah percayakan orang lain, sekarang hatinya sekeras batu.
Yang dulu, masih lurus seperti pembaris, sekarang sudah berliku-liku.

Look what Surabaya has done to Izyan Nadirah.
But it's not all bad. In fact, growing stronger is not bad at all. 
Learning more about life, and people, is not bad. 
And learning from mistakes is still the best way to learn something isn't it? =)

So Izyan Nadirah is very much grateful for she has been given chance to know Surabaya, and its culture, and its people. 

However, I must say that, I did not adjust myself to this place so well. I neither speak nor understand bahasa jawa, at all, not even one simple word. And my bahasa Indonesia is still not as good as others. 

And when people ask me, apa yang menarik kat Surabaya? 
Sebagai orang yang dah hidup di sini selama 5 tahun, I suck at answering this question. It would always begin with a long "errr....".

Dengan itu, untuk itu post ini akan saye tujukan untuk mempromot Surabaya. Moh kite terjah apa yang menarik di sini. 

1. Errr....

2. Gunung Bromo
If you love volcanoes and wish to see something like this, you can come here. Sebenarnya Gunung Bromo ni bukan situated in Surabaya pun, but it's in Jawa Timur, and is just about 3-4 hours from Surabaya (if I'm not mistaken). So this makes Gunung Bromo as one of the most recommended place to visit if you are in Surabaya.

3. Taman Safari
I have never been to any other Taman Safari except the one in Malang, Jawa Timur. Tapi saye rasa, ok la kot Taman Safari sini. Boleh pegang harimau, mak singa, anak singa, monyet dan lain-lain. I love animals. So I love Safari. On the way balik from Bromo to Surabaya you might wanna singgah to Taman Safari sekejap, cuci mata tengok binatang. =D

4. Shopping
In terms of shopping, which is considered wajib in travel itinerary, well, I have been to Jakarta, and I think Jakarta is a better shopping spot than here. Depending on what you wanna buy, if branded stuff lu balik KL la, tak payah cari sini. Tapi kalau nak cari kebaya, telekung, batik, kain, boleh lah ke sini, banyak pilihan dan murah-murah.Tapi jangan tanya saye, sumpah tak tau nak suggest kat mana. Not my expertise. Oh ya, kalau nak beg kulit murah-murah dan elok pun banyak juga, go to Tanggulangin, 2 hours from Surabaya.

5. Tempe penyet
Ayayay saye dengar kat Malaysia sudah ada Warung Penyet yeh. Mula-mula dengar, wuddaheck. Apa lagi bila dengar orang Malaysia suka. Tapi sekarang, saye rasa entah-entah saye pun rindu nak makan penyet once I go back for good. It's a simple meal, really. Tapi ini la yang kitorang kat sini duk makan almost everyday kalau malas nak masak. Tekak saye yang dulunya tak boleh terima pedas, sekarang sangat suka pedas. Perut dulu yang selalu 'cherry berry' setiap kali lepas makan sambal, sekarang sudah kebal.
Kepada peminat-peminat penyet di Malaysia, dengan bangganya saye nak bagitau penyet ni asalnya Surabaya ok.So make sure you grab some while you're here.


Kawan-kawan Surabaya, sila la tambah kalau ada yang kurang. Told ya I suck at this. (-_-)


P/S: Oh will I miss this place one day? Surprisingly, I think I will...



0

Trip to Sempu Island

Trip ni dah beberapa bulan yang lalu tapi tak sempat gua nak cerita kat sini.
Setelah mengalami depression berat sepanjang rotation di Pediatrics kami lantas mengambil keputusan untuk jalan-jalan pada suatu hari.


Diikuti oleh 8 orang termasuk saye tapi ade 6kotak je jadi harus memilih sesiapa yang boleh masuk kotak. Harhar.


Untuk dapat melihat pemandangan indah itu maka kami harus melalui rintangan dengan merentasi hutan belantara tanpa bantuan siapa2 kecuali diri kami sendiri. Jungle trekking 2 jam ok, ketat otot-otot betis ku. 


Terjadilah beberapa hal yang menggelikan seperti kaki masuk lumpur, kesimpulannya jangan pakai Crocs masa jungle trekking. Tetapi perjalanan diteruskan juga dengan hati yang cekal dan berkaki ayam. Rupa-rupanya sangat best bila berkaki ayam dalam hutan! Perasaan bercampur-baur seperti berada dalam cerita Pocahontas dan Apocalypto. Tak sangka bila berpijak pada bumi akan membuatkan saye lebih tidak berpijak pada bumi yang nyata. Sumpah best! (Meskipun begitu, balik Surabaya terus minum ubat cacing sebagai prophylaxis, cuak duh.)





Of course, in the end, it was worth it. Pulau Sempu, situated in Malang, Jawa Timur, small yet magical. It was the best trip I've had since a very long time. It could have been better if we did set up a camp an stay for a night by the beach. I just loveeeeeeeeee nature! ♥
Looking forward to have such nice trips again soon!



P/S: Soon, huh?
7

Latest Crush

Setiap kali pegi Taman Safari saye akan jatuh cinta.


Aren't they adorable?
Macho dan sangat handsome.


I just loveee this animal.


How I wish I can pet one of them.
(Bajet macam Princess Jasmine ler kononnye)
Look at his paws. Ngeee! Geram! (^.^)








Oh terlupa.
Ye encik Tapir. Don't worry dear. I oso lap U.
Lobang hidungmu tetap jua menjadi pojaan hatiku.




0

Trip to Jakarta

Kalau aku jadi orang berkuasa kat Jakarta, aku nak buat satu peraturan baru yang aku rasa sangat penting.

Dilarang kencing di tepi jalanan atau di tempat awam, sekiranya kantoi bersalah akan dikena denda minimum Rp1 juta.

Lepas tu aku akan buat banyak2 tandas awam free biar rakyat tak kencing merata.

Bila diorang kencing merata, kesian orang2 yang lalu lalang, apa lagi pelancong2 especially backpackers, uhh bau hancingnya kaw2 sehingga menusuk kalbu. Lagipun rakyat diorang sendiri suka kaki ayam bila jalan, nanti semayang tak cuci elok2 kan tak sah wudhu dia orang jugak.

Yang kedua, boleh tak diorang tak payah ada pakcik2 taxi yang ramai2 cuba nak menipu pelancong kat airport tu? Boleh tak semua pergi kaunter pakai tiket je. Sampai2 je Jakarta dah ada nak cari gaduh dengan aku sebab cuba nak tipu aku. Macam mana aku nak suka diorang ni? Cuba cakap kat aku.

Yang ketiga, Jakarta adalah satu bandar yang sangat patut ada LRT. Serious shit. Jam gila. Manusia di mana2 berpusu-pusu seperti semut.





Tapi aku tak mau la cerita benda tak best je. Ada benda best jugak. Ada la jugak sikit.

1. Nasi Padang. Perghh! Surabaya takde banyak nasi padang macam Jakarta. 4hari aku kat sana, 4hari makan nasi padang, perut tambah buncit, pipi tambah tembam.



2. Jakun aku melihat banyak shopping complex yang grand gila yang cuma untuk kunjungan 5% rakyatnya yang kaya dan mampu beli, juga cuma untuk pelancong2 dari luar negara.



3. Aku hanya dapat melihat barang2 sambil menelan air liur sahaja kerana tak mampu untuk beli. Oh aku sebenarnya tak suka window shopping. Membazir masa. Tapi bolehlah sekali sekala sebagai sumber inspirasi aku untuk kumpul duit.



4. Dapatlah kami shopping beberapa benda on sale 50% yang kami mampu beli.



6. Di kala kami mencari baju2 on sale untuk dibeli, ayah pula sibuk membeli pisau-pisauan. Ayah memang ada sesuatu dengan pisau, kalau dia nampak pisau dia pasti akan tertarik. Aku pun tak tau dia nak buat apa pisau banyak2. Nak bukak restoran lawan nasi lemak Pak Naser kot.



7. Dapat minum teh botol sosro! (errrr..) Eh jangan main2, Dr Mahathir pun suka teh botol ni.



Kesimpulannya, aku tak tau banyak lagi pasal Jakarta. Memang tak banyak tempat melancong. Atau mungkin separuh dari diri aku menolak untuk mengenal lebih dekat tempat tu. Maaflah aku banyak betul pengalaman aneh kat negara orang yang satu ini.

Jadi satu je aku boleh buat kesimpulan pasal Jakarta, kalau kau dah kaya raya nak shopping barang2 branded, kau tak payah gatal nak buang masa pergi London atau Paris. Datang je Jakarta masa sale, banyak lagi boutique yang belum ada kat Malaysia. Lepas penat2 shopping boleh pergi Spa. Lepas tu pulak pergi makan nasi padang. Wallah!~
Bahagia la hidup kau.
Tak macam Siti Nurhaliza yang kena tipu dengan Dato' K misai kontot tu.

Back to Top