Showing posts with label Confession. Show all posts
Showing posts with label Confession. Show all posts
9

Tak Semua Perempuan Suka Laki Badan Ketul2

Wah gian aku nak meng'update' blog hari ni. Dari isu medical, politikus sampai ke isu2 bodoh macam ni pun aku nak sentuh.

Aku bukan apa, sejak akhir-akhir ni aku tengok jadi trend pulak lelaki metropolitan sekarang pergi gym untuk membina 6 packs, dan muscles lain di badan. Adekah untuk meng'impress' kaum wanita atau hanya untuk kepuasan diri sendiri. Kalau tujuannya untuk menjadi perhatian kaum perempuan, percayelah, tak semua perempuan suka memandang ketulan-ketulan kat badan mereka ni.

Contohnye aku tengok pelakon2 hindustan sekarang ramai dah mula bina badan dan tak habis-habis nak show off body mereka yang konon menggiurkan tu. Kalau dulu Salman Khan, sekarang John Abraham pula.

Beriya-iya encik Naren (my punjab friend) suruh aku tengok cerita hindustan tajuk Dostana ni sebab excited nak aku usha body John Abraham yang ditayang-tayang di tepi pantai dalam 5 minit pertama (At that moment Naren sounded so gay). Terkejut jugak aku tengok, bukan sebab kagum, tapi kali terakhir aku tengok body mamat ni masih normal, tapi sekarang sudah ada breast. What the heck. Percaya atau tak terserah kamu, tapi aku memang tak suka laki badan ketul-ketul tak bertempat ni.

Kau ingat laki je ke boleh tengok body perempuan detail macam xray lepas tu siap komen-komen lagi? Ini aku pulak mewakili perempuan-perempuan lain nak komen body laki ok.

Contoh mamat yang aku tengok macam tak berapa nak waras ni.

Dia ni body builder kot kat Indonesia ni (obviously). Cuba kau tengok betul-betul muka dia dan badan dia. Macam kepala dengan badan tak synchronize. Macam kau tarok kepala tu atas badan orang lain. Turn off aku tengok. Geli sial. Serious geli.

Confession: aku dari kecik layan wrestling. Aku dulu peminat Stone Cold. Oh ye, Vince McMahon pun aku suka jugak. Jericho dengan Edge pun aku pernah suke. =P Malu weh.

Aku cakap pasal wrestling sebab aku nak komen pasal Triple H ni pulak. Dia ni kalau dalam WWE kejap orang suka, kejap orang benci. Tapi cuma satu persoalan yang bermain-main di minda aku setiap kali aku tengok body dia ni. "Triple H ni boleh tak rapatkan siku dia ke pinggang dia ekk?"
Nak bet? Aku bet sekupang dengan kau dia tak dapat buat tu.


Bagi aku la kan...

Kalau muka kau jambu dan kepala kau kecik, kau toksahla bina badan, cacat ok.

Kalau muka kau tak cukup jambu dan kau nak jugak badan ketul2, silekan, tapi berpada-padalah dan biarlah seragam. Tolonglah, jangan upper body je besar, lower body pulak keding macam kaki ayam.



This guy haa... perfecto!

Tak payah nak lebih2, macam ni sudah just nice. ;-)











7

Bulu Hidung=Penyapu

Hari ni aku selsema teruk. Kemarin aku bantai makan ulam ngan ikan panggang cicah budu sampai terlupa yang aku ni ada alahan terhadap budu, belacan dan lain-lain yang sewaktu dengannya. Aduh, aku rasa nak demam sekarang.

Confession: Masa aku kecik aku pernah memasukkan sesuatu ke dalam lubang hidung aku secara sengaja.
Ceritanye macam ni. Aku ingat lagi, cikgu sains darjah 4 aku nama dia Cikgu Mat, dia ajar kitorang semua pasal hidung.

"Kamu semua tahu tak bulu hidung kita tu Allah jadikan sangat berguna untuk kita?"

Aku mendengar penuh perhatian. Dalam hati aku, 'Oh bulu hidung pun ada gunanya? Ingatkan saja2 buat perhiasan.'

Cikgu Mat sambung, "Bulu hidung kitalah yang menghalang debu-debu atau habuk-habuk daripada masuk ke saluran pernafasan kita. Kalau awak semua tak percaya cubalah awak masukkan habuk dalam hidung awak tu, takkan boleh lepas punya. Sebab bulu hidung tu macam penyapu, dia akan mengeluarkan balik benda tersebut."

Aku kagum dengan kehebatan bulu hidung. Tak sangka aku bulu hidung dapat bertindak seperti penyapu. Lepas habis kelas Sains aku terus pergi toilet kat hujung bangunan sekolah aku, aku intai2 lubang hidung sendiri kat cermin, nak tengok aku ada bulu hidung ke tidak. Oh ada sedikit bulu2 roma halus! (Sikit je, taklah macam Mat Said wei!)

Aku excited terkinja-kinja sebab ada bulu hidung. Aku nak cuba try test power bulu2 hidung aku, lalu aku memasukkan sesuatu ke dalam lubang hidung aku. Aku masukkan cebisan plastik kecil yang digumpal kecik gila. Lepas dah masuk, aku tunggu, tak keluar2 balik. Penyapu rosak ke? Lepas tu aku terus rasa sakit gila hidung aku dan mula selsema beberapa hari.

Gumpalan kecil tu tak pernah keluar2 sampai sekarang, dan sampai hari ni lah aku menghidap resdung. Dan sampai hari ni juga aku alergi terhadap budu walaupun budu tu feveret aku nombor satu. Syukur, resdung aku tak teruk. Cuma kena serang bila aku makan makanan yang tak sepatutnya aku makan.

Aku bukan nak salahkan cikgu aku, tapi aku nak ingatkan kepada cikgu2 sekalian lah, janganlah bagitau murid kamu yang bijak pandai tu pasal boleh masukkan apa2 saja dalam lubang hidung. Kerana pasti sekurang2nya ada satu di antara mereka yang mempunyai daya ingin tahu yang lebih tinggi dari sewajarnya. Ya, aku lah antara kanak2 genius yang mempunyai daya ingin tahu atau curiosity yang lebih dari yang lain. (Ayat ni khas untuk mengcover kebodohan sendiri sebab aku tahu, kau orang mesti nak cakap aku bodoh kan kan? Cet!)

Kau orang janganlah cerita kat orang pasal ni. Malu aku weh!

Oh ye, kepada kau orang yang ada anak 'genius' macam aku ni, kau jangan lupa ingatkan anak kau supaya jangan pernah cuba masukkan apa2 barang sekalipun ke dalam lubang hidung diorang, walaupun cikgu Sains diorang kata bulu hidung tu berfungsi macam penyapu.

Kat bawah ni aku cerita sikit lah pasal resdung, penyakit common orang2 kampung macam aku ni.

Bacalah kalau kau orang nak baca. Ini aku tolong highlight dari paper Utusan tarikh bila entah.

Gejala resdung:

* Hidung tersumbat

* Lendir daripada hidung dan tekak

* Muka berasa sakit dan berat terutamanya pada bahagian antara mata

* Sakit tekak berpanjangan dan berulang-ulang

* Demam atau rasa tidak sedap badan yang berpanjangan akibat gejala di atas

* Gejala alahan hidung seperti bersin, gatal hidung dan sebagainya.

Punca resdung:

* Susunan tulang dalaman hidung yang sempit

* Hidung bengkok

* Mandi dan terjun di dalam air yang kotor

* Jangkitan gigi atas

* Ketumbuhan di dalam hidung

* Objek dimasukkan ke dalam hidung, contohnya putik kapas, maik dan kertas

* Tisu belakang hidung yang bengkak terutamanya kanak-kanak.

Komplikasi resdung:

* Jangkitan nanah di sekeliling kawasan mata

* Jangkitan otak (meningitis)

* Sakit tekak yang kronik

* Jangkitan tulang muka

* Memburukkan keadaan lelah

* Berdengkur yang kronik

* Jangkitan telinga dan tonsil, terutamanya kanak-kanak

* Alahan hidung atau hidung sensitif

* Selesema biasa yang melarat.

Rawatan:

Berdasarkan gejala pesakit dan hasil diagnosis, rawatan bersesuaian akan disyorkan.

* Antibiotik (10 hingga 14 hari bagi resdung akut)

* Ubat selesema

* Dekongestan; ubat titis atau semburan hidung

* Pembedahan hanya akan dipertimbangkan setelah rawatan-rawatan lain tidak berkesan ataupun jika ada sesuatu yang menghalang sinus dan ia tidak dapat disembuhkan dengan ubat-ubatan.

Tip menguruskan resdung:

* Bagi pesakit yang mempunyai alahan hidung disarankan agar tidak menyapu rumah tetapi menggunakan vakum atau mop

* Elakkan makanan yang boleh menyebabkan alahan

Setiap individu alah kepada makanan yang berlainan terutamanya ramai orang yang tidak boleh memakan makanan laut yang kaya protein atau belacan

* Banyakkan berehat. Berbaringlah menggunakan bahagian badan yang membuatkan anda bernafas dengan lebih baik kerana ia berupaya melegakan resdung

* Hirup sup atau cecair yang panas dan minum banyak air

* Lap muka anda dengan menggunakan tuala yang dibasahkan dengan air suam ataupun melakukan pernafasan wap

* Jangan menggunakan semburan hidung dekongestan lebih dari tujuh hari. Jika tidak, bengkak di dalam sinus akan menjadi lebih teruk selepas anda memberhentikan penggunaannya

* Bilas saluran sinus menggunakan larutan salina yang boleh didapati di farmasi

* Anda juga boleh menggunakan ubat-ubatan seperti acetaminophen dan parasetamol untuk merawat kesakitan

* Berbincanglah dengan doktor anda sebelum mengambil ubat demam kerana sesetengahnya boleh memburukkan gejala resdung ataupun menimbulkan lain-lain masalah.



3

I Feel Good

Rise and shine everybody!~ =D

(Eh eh meriah semacam pulak aku hari ni.)

Memang hari ni beta gumbira sekali, aku nak berlagak sikit pagi tadi aku pergi jog! (setelah hampir 6 bulan aku tak melarikan diri aku di mana-mana).

Confession- Aku tak pernah aktif bersukan dari aku sekolah lagi. Sekolah rendah aku masuk bola jaring, itu pun jadi reserve je dan sekolah aku tak pernah menang pun kalau bertanding. Form 1 aku masuk bola tampar, form 2 aku join bola baling, form 3 bola jaring, form 4 cuba2 basketball, form 5 aku jadi ahli kelab pingpong. Weh itu bukan aktif namanya, itu bermakna jiwa aku tak pernah lekat dengan mana2 jenis sukan.

Lepas tu dah habis sekolah aku start buat yoga, sebab aku tengok yoga ni macam senang, tak payah susah2 lari, tak payah susah2 baling2 bola. Jadi sampai sekarang aku amalkan yoga saje sebagai exercise utama aku, sebagai ubat sakit urat dan ubat depresi aku. Yoga bagi aku senaman yang unik dan cantik. Suka hati kau la nak kata haram pun.

Aku tak pernah suka lari tapi aku rasa betapa sihatnya kalau aku dapat mulakan hari2 aku di rumah dengan menghirup udara segar, membau klorofil dari dedaunan hijau dan mengeluarkan peluh dari liang2 romaku. Jadi tadi aku pergi jogging dengan adik aku, niat sampingan juga ingin menjadi trainer adik aku work out supaya dia dapat merampingkan badan. Tapi aku rasa macam tak berjaya sebab lepas jogging dia makan 2 bungkus nasi minyak lepas tu terus tidur. Takpelah besok aku cuba lagi. (bebel banyak aku ni, macam la body aku dah cukup slim)

Niat utama aku berjogging adalah supaya badan aku ni mendapat supply endorphine sebab aku sekarang asyik emo je. Endorphine, atau orang panggil 'feel good hormone' adalah hormon yang dilepaskan oleh kelenjar pituitary terutama ketika kita melakukan exercise. Aku tak mau cerita banyak lah mekanisme atau cara kerja hormon ni (sebab aku pun tak tahu), tapi kesimpulannya kalau kau exercise, kau akan rasa best lepas tu. Betul tak? Tapi ada orang kata pasal endorphine tu myth atau dongeng semata2, ada orang kata semuanya tergantung mindset. Apa2pun aku rasa takde orang boleh deny lepas exercise we feel great, we feel much better aite?

Satu lagi cara aku melepaskan stress adalah dengan membuat jus feveret aku. Kat Surabaya ada satu kedai jus, tepi jalan je tapi jus dia buat sedap2. Kau boleh mintak nak suruh dia campur banyak2 buah sampai kau cirit lepas tu pun takpe. Yang aku paling suka Jus epal+lobak+limau. Masa zaman aku bertenet dengan ex-bf aku dulu aku selalu order jus ni je. Sekarang ni zaman aku bertenet dengan Aliaa je kawan aku, walaupun hampeh bertenet dengan perempuan, namun jus ini tetap menggumbirakan hatiku. Aku meng'introduce' kat Aliaa lalu dia menyukainya jugak dan kami memanggil jus ni 'Jus Stress' sebab memang jus ni boleh hilangkan stress aku.

Sekarang aku kat rumah, aku tak lah stress mana tapi stress lah jugak (ape jadahla aku cakap), aku pun cuba2 lah membuat sendiri jus tersebut di rumah. To my surprise, sedap jugak aku buat, lagi puas hati sebab buat sendiri boleh letak banyak mana pun buah aku nak.

Cubalah jus yang enak berkhasiat dan kaya dengan vitamin ni. 1-2bijik epal hijau atau epal merah (aku prefer epal fuji), sebijik carrot, dan 2bijik limau raya cina yang belum habis hari tu, tambah air dan gula 3sudu besar (mind me, aku tak boleh hidup kalau tak manis.)


Ahhh I feel realllllly good today. Jangan sesape berani nak annoy aku! Aku nak annoy kau orang takpe.




Back to Top