Showing posts with label Boredom. Show all posts
Showing posts with label Boredom. Show all posts
2

Women Driving BMW

Wah sudah terlalu lama tak bergurau manja dengan encik bloggy. Sorry la gua sekarang dah bahagia kat rumah, tidak ada apa-apa lagi yang mau dikongsikan dengan lu. Ngahahaaa *gelak kepuasan*

Sebenarnye aku baru perasan la, aku cuma ada idea nak menulis sesuatu hanya bila time2 aku sepatutnya tengah khusyuk bukak buku untuk study. Sekarang sepatutnya aku kena revise balik pasal semua benda yang aku belajar sepanjang 5 tahun lepas, sebab seminggu lagi dah nak interview dengan SPA di Putrajaya. Semua orang suruh chillaxxx gitu, tapi kalau dia tanya maksud hypertension pun aku tergagap-gagap nak jawab sape nak tolong aku? Hah hah? Mana nak sembunyikan muka dan susuk tubuh aku yang semakin gempal sejak cuti dua bulan ni? Hah hah?

Anyway, apa yang aku nak discuss sorang-sorang kat sini hari ni bukan pasal darah tinggi atau kencing manis, tapi pasal tajuk di atas. 

Ye, apa benda pertama di pikiran kau bila tengok seorang gadis muda drive BMW?



A) Minah ni mesti anak orang kaya.

B) Perghhhh sure ada 'ayah gula-gula' ni. 

C) Ini datin mana la, sanggup dia kahwin dengan laki tua semata-mata sebab duit.

D) Wow nampak muda gila makcik tu! Bergetah lagi.

E) This woman got taste! Saya bangga dengan perempuan begini. 




Sekarang memang makin ramai perempuan pakai BMW atau kereta-kereta lain yang sewaktu dengannya. I am one of those women who love cars. Ini lah benda keduniaan yang aku paling suka. I'm not really into shoes and handbags, or jewelry and accessories. I'm into cars!
Tapi ada seorang makcik pernah berpesan pada aku, "Toksah la nanti bila dah ada duit, nak bawak kereta besar-besar, nanti takde orang nak mengorat awak! Kalau dah ada boipren, takpe.. "

Walaupun the 'Bohsia-jangan-pilih-jalan-hitam' part of me did say something like...'Waklu makcik! Ada aku kesah? ' namun apabila disalurkan keluar ikut mulut tiba-tiba berbunyi, "Hmm betul jugak tu makcik. Saye dah ler takde boifren lagi." 

Persoalannya sekarang, betul ke lelaki tak berani nak approach perempuan yang pakai kereta hensem hidung kembang macam Beemer?
Dan adakah perlu kita sebagai perempuan beli Myvi when we can actually afford a Merc, semata-mata nak bagi can laki mengorat kita?

Well it's up to you.

As for me, I cannot afford any of those handsome cars pun, BUT IF I can, screw what others want to pikiaq lah. Bukannya nak suruh depa keluaqkan duit depa pun. (-_-")



P/S: Being materialistic and being a pisau cukur is different. Get that straight. 
0

GLEE-ism


I am a BIG fan now. Each episode gives me incredible endorphin rush! :D

All of them have such great voices, I can't decide which one is my favourite gleek. 
It is such a great entertainment. Kudos to Glee Club! ;)

Was totally overjoyed when my most favorite song was sung by Mr Schue and Puckerman.
Over The Rainbow. :')

P/S: Dedicate! 

5

I Hate Pink

I never liked pink.


Pink is definitely not my colour.


Pink is too girly for me. Me ganas, not girly. Grr!


I hate pink!



You do believe me, don't you? Don't you???
(-_-)




P/S: Kalau laki suka pakai pink pulak macam mana? Shhh. Jangan komen banyak, ayah aku suka pink. (-_-")

4

Kalau lah saya pendek..





 Mesti tiap hari saye confident nak pakai high heels. 

Mesti tiap hari lenggang lenggok pegi sekolah pakai high heels. (err ok over, part lenggang lenggok doesn't sound like me.)

Mesti tak payah risau bila pakai high heels akan kelihatan seperti tiang lampu bergerak.
Mesti rak kasut saye penuh dengan fancy high heels, bukan dengan these boring, hideous Crocs flats. =(





Jadi sila lah kamu bersyukur, jadi pendek mungkin tak best, tapi percayelah, jadi tinggi juga tidak selalu best ok. (-_-)



P/S: ceh bajet macam tinggi sangat je. eheee.=P






2

Hidung Tak Mancung Pipi Tersorong-sorong

Benci sape yang cipta peribahasa ni. Sape buat peribahasa ni memang tak pikir ada orang yang sememangnya hidung dia tak mancung dan pipi dia tersorong-sorong. Macam aku! Gua terasa ok!

Memang aku dilahirkan dengan hidung yang kecik, lubang hidung yang kecik, batang hidung yang tak berapa kelihatan, dan pipi yang menggelebeh.



Walaupun dilahirkan begitu tidaklah bermakna aku mempunyai sifat-sifat dari maksud peribahasa tersebut ye. Kawan-kawan laki aku yang kurang aja suka mengutuk aku asyik kata aku memerlukan nose job, dan suka mengejek pipi aku yang bergerak-gerak bila aku berjalan, lepas tu diorang kata aku moonface sebab steroid long term, kurang aja kurang aja kurang aja! Ah lantak korang. Aku tetap berbahagia dengan pipi dan hidung yang Tuhan kasik kat aku ni. =D
Ini la muka-muka yang setiap hari cari gaduh dengan aku kat sekolah.




P/S: Walaupun body dah menghampiri body Serena Van Der Woodsen tapi pipi menten begitu, what to do? * tak mungkin orang yang tak pernah pegi gym macam aku ni body macam Serena. shit btul.









4

Kepada Orang Gemuk, Anda Boleh Kelihatan Kurus

Kepada mereka yang badan yummy, ada je cara untuk menipu orang lain dan kelihatan kurus. I stumbled across an article on how to dress yourself thin. Take a look at these pics. =)

From this one which shows her flabby (and hairy) arms,..
to this one, that only shows her nice curve.

Ewhh... Big NO NO!
But this one look really good! No one would ever notice her real fatty hips.

Bukan nak kutuk orang gemuk, tapi aku serious tak paham kenapa ada orang gemuk yang sangat confident memakai bikini. Sangat-sangat tak paham.


Kesimpulannya, lebih tutup aurat, lebih nampak kurus. Ngahaha.

For more pics, sila stumblekan diri anda di sini



P/S: Sekarang ni, any tips on how to lose fats on these cheeks, anyone?
3

After a Long Pause..

Sudah sangat lama tak membebel di sini sejak ada twitter, tempat baru saya mencurah segala-galanya. Silalah korang semua bukak twitter, dan membebel di sana bersama saya. Saya rasa bosan kat sana membebel sorang-sorang. Silalah follow Shahrukh Khan juga kerana dia rupanya adalah seorang mat paria hebat juga in real life, mengalahkan Rajnikanth yang asyik suka basahkan kening sendiri dengan air liur tu.

Di tengah keheningan malam, saya yang baru saja rasa bersemangat nak membaca buku-buku ilmiah, tiba-tiba datang juga semangat untuk menulis. Kenapa selalu begini. Kenapa bila nak jadi rajin je, selalu banyak dugaan. Kenapa setan-setan kecil selalu menggoda saya yang lemah terhadap godaan ini. 

Takpelah, I should forgive myself for this one time. Dah lama merasakan diri ni takde life. Kalau kamu semua tengok pola tulisan saya, sudah berubah sejak bulan March tahun lepas. Sebelum tu saya adalah seorang Izyan Nadirah yang lebih bergembira dari saya sekarang yang selalu murung dan tension. Betul tak? =P Bila semua ni akan berakhir, saya tak tahu. Doakan lah semoga bulan 9 ni saya tamat belajar dan boleh balik for good ye. Cepat tadah tangan sekarang dan doa dengan saya, 
"Ya Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, kembalikanlah Izyan Nadirah ke tanahair tercintanya tahun ini, supaya dia dengan ikhlas dapat berkhidmat untuk negaranya. Amin."

Terima kasih kerana mendoakan. Sayang korang. Muah muah muah. =) 

Sekarang setan-setan kecil sudah pergi. I am back to work.



P/S: Kepada budak lepasan SPM yang bercita-cita nak belajar medic, sila lah pikir balik minimum 40kali. (-_-)




3

Azam Tahun 2010






Aku nak body macam ni sebelum balik Malaysia for good tahun ni. Tengok la nanti!




P/S: Babai aku nak pergi melantak prosperity burger dulu.
4

Perkara Yang Aku Benci di Saat Ini

1. Nyamuk gigit bontot aku
Apa la nyamuk dajal sekor ni nak dengan aku. Kalau kau nak gigit, boleh gigit tempat lain tak. Tak senonoh ok aku nak kena garu-garu bontot aku. Ini nasib baik aku kat rumah sorang-sorang. Cuba kalau aku kat luar, boleh jatuh saham aku minggu ni kepada beberapa anak tangga. (Ok stop, hangpa toksah nak duk bayang lebih-lebih aku duk garu bontot ok. )

2. Limau masam
Petang tadi aku beli buah limau konon poyo nak mendapatkan antioxidant natural dari buah-buahan. Tapi mak aih, masam gila, boleh terpeleot otot muka aku lepas makan seulas. Aku memang tak pernah suka benda masam. Nampaknya sudah terbatal niat aku nak mengamalkan gaya hidup sihat.

3.Blog jual shawl
Blog-blog macam gini memang berjaya meng'pow' duit aku secara halus. Siapa weh yang start reka blogshop2 nih. Memang betul-betul tak sihat untuk shopaholic. Kesian la kat orang-orang macam aku ni, teraniaya dengan blog-blog macam tu. Setiap hari aku duk hadap, duk booking, duk order.






P/S: Exam Dermatology lusa. Pray for me, and I'll give you a free consultation on how to get rid of acne. Deal? ("-_-)
2

Melantun-lantun

Hmm agak menakutkan jugak ye. Kecepatan masa berlalu melantun-lantun seperti bullet train. Peh, sejak bila pulak bullet train melantun-lantun. Tapi serious melantun-lantun la masa berlalu. Kenapa aku tak jumpa perkataan lain selain melantun-lantun ha? Abaikan.

Tapi sebenarnya wujud ke perkataan melantun-lantun ni? Aku google sat naa..

Oh wujud je.

Ada yang cakap pasal perasaan melantun-lantun lah..
Ada yang cakap pasal dada melantun-lantun kat gym lah..
Ada pasal...belon melantun-lantun...

Err...

Aku nak cakap pasal... masa yang melantun-lantun.

Aku rasa terlantun-lantun berlari mengejar masa sekarang ni.
Hidup aku agak hectic. Hectic dalam erti kata kalau aku terlambat sikit je, aku akan ketinggalan.
Sebab itu lah aku kena sentiasa fokus dengan hidup aku sekarang.
Sebab itu la aku kena melantunkan diri 100% terhadap jalan yang aku dah pilih ni.

Sekarang banyak betul orang tak puas hati dengan doktor government hospital ye.
Aku berazam taknak jadi macam depa. Aku nak jadi dokter baikkk punya. Biar akal tak berapa genius, asalkan attitude jaga. Biar la orang nak pandang rendah, asal aku tak sombong macam depa. Biar la otak aku lembab sikit dari depa, asalkan aku usaha sungguh-sungguh dan ikhlas nak sembuhkan patient aku nanti.

Ya, tiba-tiba saja mendapat suntikan semangat bila mendengar/membaca banyak luahan hati orang yang pernah tak puas hati dengan layanan doktor2 dan nurse2 di hospital kerajaan. In fact, ayah aku sendiri pernah kena masa dia accident dulu.

Kalau tak silap kakak-kakak aku pernah cerita, ayah dulu accident, dibawa ke Hospital Kulai. Diorang tarok ayah atas wheelchair je. Luka badan ayah kat luar memang tak banyak. Lama diorang biarkan ayah. Bila kakak-kakak aku tanya kat jururawat, diorang pandang sebelah mata je, kata ayah cedera tak teruk.

Tak teruk kepala hangguk diorang, ayah aku lepas tu sebulan tak boleh jalan sebab ada backbone fracture.

Kenapa mereka jadi macam tu ye?

Sebab stress sangat? Kerja banyak, gaji sikit?
Mereka juga yang nak jadi doktor atau jururawat, sape suruh.

Mereka rasa mereka pandai dari orang lain?
Jadi doktor kan sebab nak dapat kerja mulia, kalau ada riak takabur di hati macam mana nak sampai tujuan jadi mulia tu doc?

Tapi bukan semua doktor pun macam tu. Kadang-kadang patients ni annoying juga. Patients dan keluarga patients. Paranoia yang berlebihan. Tapi benda tu sebagai doktor terpaksa la terima. Dunia ni memang penuh dengan macam-macam ragam manusia.



Ah aku suka masa melantun-lantun macam ni, tapi bila pikir tak lama lagi aku kena kerja, rasa gerun pulak...




P/S: I'm gonna keep u forever bloggy. Nanti dah kerja mesti terlantun-lantun aku nak mengumpat kat sini.









11

I Love L'Occitane

Saya adalah sejenis perempuan yang tidak cepat terpengaruh dengan marketing strategy salesgirl begini,
"Eh cantik u pakai ni. This blouse makes u look slimmer! And the colour suits you!"


Tapi saya selalunya sangat cepat terpengaruh dengan salesgirl yang begini
"When you use this moisturizer, it'll make your skin become more supple and radiant. You will see the great effect of this moisturizer in 1 month. It's dermatological tested for sensitive skin. Verrrry good as anti ageing since it protects your skin from free radicals, bla bla bla..."


Saya boleh la dikatakan jarang membeli baju-bajuan kalau nak dibandingkan dengan perempuan lain yang shopaholic, tapi lebih cepat tertarik untuk membeli skincare product. Saya suka cuba-cuba skincare product. Dan saya enjoy ditipu bulat-bulat oleh mereka. =D


Obsesi terkini adalah L'Occitane walaupun hanya membeli moisturizer kerana sangat tidak mampu untuk beli yang lain. Lemah kepala lutut saya kalau orang promote saya skincare products. Cukupla saya mencuba moisturizer saje dulu, kalau tak habis duit raya yang penat-penat saya mintak dari semua orang raya hari tu.


Lihatlah hasil perubahan kulit saya sebelum dan selepas menggunakan L'Occitane.



                                 Sebelum                                      Selepas


Tipu la tu kan. Ini rahsianya bukan L'Occitane tapi Photoshop. Jadi jangan lah kamu cepat terpedaya dengan wajah-wajah licin perempuan dalam gambar yang mereka tarok kat facebook profile ye.


Saya suka beli skincare product sebab saya suka sangat membelai kulit saya. Walaupun kadang-kadang hampeh takde perubahan  pun pada kulit saya, tapi saya tetap puas hati membeli skincare products yang natural dan against animal testing seperti L'Occitane. =P Saya teringin nak kulit cantik macam Kak Na saya. Pelik ye. Kenapa la saya tak dapat genetik tu, tak payah susah-susah bazir duit kat skincare product.


Bagi saya, perempuan sangat penting menjaga kulit ye. Eh eh sepatutnya post ni saya buat masa masuk dermatology minggu depan.Tak sabar nak masuk dermatology kerana neurology adalah sangat sangat memenatkan.










P/S: Orang kata, cuci muka dengan air wudhu' pun dah cukup untuk memberi sinar pada wajah. Ehehe ehehe. (Langkah bijak yang diambil sebelum kena sindir.) ("-.-)








0

Don't Let Me Fall

Don't Let Me Fall
(Lenka)



Underneath the moon
Underneath the stars
Here's a little heart
For you
Up above the world
Up above it all
Here's a hand to hold on to


But if i should break
If i should fall away
What am i to do
I need someone to take
A little of the weight
Or I'll fall through


You're just the one that I've been waiting for
I'll give you all that I have to give and more
But don't let me fall


Take a little time
Walk a little line
Got the balance right aha
Give a little love
Gimme just enough
So that i can hang on tight


We will be alright
I'll be by your side
I won't let you down
But i gotta know
No matter how things go
That you will be around


You're just the one that i've been waiting for
I'll give you all that i have to give and more
But don't let me fall
Don't let me fall


Underneath the moon
Underneath the stars
Here's a little heart
For you
Up above the world
Up above it all
Here's a hand to hold on to


You're just the one that I've been waiting for
I'll give you all that I have to give and more
But don't let me fall


You'll be the one that I'll love forever more
I'll be here holding you high above it all
But don't let me fall




















P/S: Saje gedik-gedik nak post lyric lagu gedik. Nape, tak boleh?? ;-P






2

Musim Mengawan

Dalam minggu ini sahaja, ada 3 orang kawan-kawan lama aku minta address aku sebab nak hantar kad jemputan kahwin. (Dah nak kahwin baru ingat aku. Itu nasib baik ingat. Ada jugak yang aku tahu-tahu dah ada anak satu. Entah bila kahwin pun aku tak tahu. Ini la nasib belajar jauh. Semua orang lupa kat aku) Baca belog kawan-kawan juga semua cerita pasal kahwin.

Apa ni, musim mengawan manusia ke sekarang ni?

Bila dengar kawan-kawan sebaya aku nak kahwin, bukan aku tak dapat rasa happy untuk mereka, tapi secara tak langsung jemputan kahwin mereka tu seakan-akan menghantui aku dengan suara-suara aneh "Irah.. Irahh.. Kau dah 24tahun. Kau bila lagi ni??"

Hari ni 20.10.2009. Kalau ikut plan aku 10 tahun lepas, aku sepatutnya kahwin setahun dari sekarang, 20.10.2010. Aku dah booking tarikh ni ye, jangan nak tiru, nanti takde sape datang kenduri aku. Tapi kemungkinan untuk hal itu menjadi realiti adalah sangat tipis sekali. Aku pun tak berharap itu akan menjadi realiti.

Sebenarnya banyak juga plan hidup aku yang dah bertukar.

1. Aku nak anak 10.
Memandangkan jadi doktor adalah sangat sibuk, jadi aku mengurangkan jumlah anak aku kepada 7.

2. Aku nak kerja hospital
Kerja kat hospital adalah sangat meng'stress'kan jiwa dan raga aku, aku rasa aku tak cukup kuat nak kerja hospital. Jadi aku mungkin akan buka klinik kat kampung je nanti.Kecuali kalau aku tak kahwin, maka aku akan consider untuk serahkan jiwa raga aku kepada hospital sampai mati pun kat hospital tu kalau boleh. 

3. Balik nanti kalau ikut nafsu serakah aku, aku nak terus beli kereta best.
Tapi setelah dipikir2, ku rasa aku nak pakai scooter je dulu. Setiap hari pergi hospital naik scooter. Weee! Ustaz aku kata hidup kena wasatiah. Wasatiah tu apa? Pergi bukak balik buku pendidikan Islam form 5 terbitan Pelangi.

Ini cuma beberapa dari plan hidup aku yang dah berubah arah sikit, mungkin setelah dipertimbangkan dengan lebih rasional.

Apapun, kepada kawan-kawan aku yang bakal berumahtangga dalam masa terdekat ni, aku nak pesan sikit...

1. Jangan lupa jemput aku walaupun kau orang tahu aku tak boleh nak pergi.

2. Jangan lupa pergi kursus kahwin, kursus masak-memasak, kursus menjahit, kursus mengurut badan dan macam-macam kursus lain sebelum kahwin.

3. Pilihlah warna baju kahwin, yang bukan saja sesuai dengan warna kulit kau, tapi haruslah sesuai juga dengan warna kulit laki kau. Jangan selfish ok. Laki kau pun nak nampak segak juga masa kahwin.

4. Jangan lupa pakai losyen tangan mulai dari sekarang supaya kulit tangan kau masa nak disarungkan cincin tak kelihatan kusam. Hehe.


Baiklah itu saja pesanan-pesanan berguna dari aku yang kau orang takkan dapat di mana-mana kursus kahwin pun.

Selamat berkahwin, congratulations! I'm really happy for you guys. Ok this time I really mean it. ("-.-)






P/S: Never stop dreaming.. Perhaps one day the dream that you wish will come true.. =D



Berhabuk

Uhuk uhuk!.. Gile ah..

Berhabuk gile dah blog ni.

Uhuk..

Dah lah.

Bungkus je ah.







P/S: Tak tak.. cayang bloggy! takmau ah bungkus. will come back to you again soon. =)
2

To Laugh My Ass Off...



The classic ones...






LOL!





P/S: You are perfect just the way you are. Allah knows what's best for us. ;-)


5

Cuba Meng'update'kan Diri

Haiyaaa sudah manyak lama wa talak update ini blog. Lu olang apa kabar? Manyak sehat?

Wa halap lu olang sehat. Wa juga manyak takut sama itu H1N1.

Sikalang ini manyak olang sudah mati. Kalu bukan H1N1, olang mati sebab heart attack. Itu pasal manyak makan itu McDonald. Ya la, macam itu Michael Jackson, macam itu Mbah Surip. Lu olang talak kenal aa itu Mbah Surip? Lu Google la, manyak pelik itu olang.

Sudah sudah wa talak cakap banyak pasal olang mati.

Ini blog wa punya, wa mau update pasal diri wa la.

Idup wa sikalang.. manyak borring. Wa sudah manyak kali mau blogging aa, wa talak jadi. Wa talak life, wa talak life sikalang.

Sikalang wa dekat Public Health. Manyak sibuk juga. Bila wa talak sibuk wa pun talak tau. Surgery has tortured me for 8 weeks with all the challenging, tough job aa, whereas Public Health has nearly put me into wad sakit jiwa for all it's dreadful crappy stuff. Sikalang wa manyak rindu sama itu Prof Puruhito, biggest crush wa masa di surgery. =P

Tapi Public Health juga fun kalu wa manyak ikhlas. Wa ada visit itu kampung2, buat research, study pasal itu public health problems, macam itu H1N1 laa.

Tapi... hidup wa tetap boring. Wa nak balik ini raya. Tapi wa talak tau wa boleh cuti or not. Wa nak balik, nak balik.

Sikalang wa tengah relax. Indon meldeka ini Monday. Wa manyak suka. Wa boleh finish stok DVD haram wa beli banyak2.

Wa cakap ini macam pasal wa konon2 semangat itu 1Malaysia punya concept aa.

Wa tadi malam bace itu CheDet. Manyak kelakar itu olang tua. Wa manyak suka.

"The Government has decided that the teaching of science and mathematics would revert to Malay in the Government school, with Chinese in Chinese schools and Tamil in Tamil schools. How this is going to help integrate Malaysians I do not know. "

"The reason that has been given is that Malays, particularly kampung Malays just could not do well when the two subjects were taught in English. If we follow this kind of argument we should also stop trying to get Malays to do business because they really cannot do well in that field. They are best at working as wage-earners, particularly in Government service. We should encourage them not to try to go into business.
"

Haha manyak kelakar tapi manyak betul. Why aa ini olang tua kalau cakap apa2 semua betul. Wa manyak sayang sama ini olang tua.

Ok la wa sambut congceng congceng lain kali aa. Wa nak tengok itu Las Vegas punya series. Wuhuu manyak encem ini Josh Duhamel!



P/S: Waaaa mask sudah manyak mahal aa sikalang?



0

Kerja orang takde kerja.

1. Bekas kekasih saya adalah :
Salman Khan.

2. Saya sedang mendengar :
Unbelievable- Craig David. Kejiwangan.

3. Mungkin saya patut :
Berhenti mengharapkan kebaikan dari orang lain.

4. Saya suka :
makan aiskrim.

5. Sahabat-sahabat baik saya :
dulu ramai..tapi tak tau diorang ingat saya lagi ke tidak.

6. Saya tak paham :
kenapa dunia ni selalu kejam

7. Saya kehilangan :
kucing kesayangan saya, Mon.

8. Ramai yang berkata saya..:
muka macam dah kawin atau dah ada boyfriend. betul ke?

9. Makna nama saya :
perhiasan yang berseri

10. Cinta itu adalah :
something very powerful

11. Di suatu tempat, seseorang sedang :
berak cirit kat toilet.

12. Saya akan cuba :
untuk lupekan masalah bodoh dan belajar tentang tulang temulang malam ni

13. Ayat SELAMANYA membawa maksud :
forever and ever

14. Telefon bimbit saya :
sungguh malang mempunyai tuan seperti saye yang tak reti menjaga handphone

15. Bila saya terjaga dari tidur :
saye bangun dengan bersemangat dan terus melompat dari katil.hiyahh! (penipuan besar)

16. Saya paling meluat apabila :
dengar orang berlagak. sombong betul.

17. Pesta / parti adalah :
sesuatu yang saye tak berapa minat.

18. Haiwan yang paling comel yang saya pernah temui ialah :
tapir

19. Peringkat umur yang paling menyeronokkan bagi saya ialah :
3-4tahun. sebab tak payah pergi sekolah

20. Hari ini :
saye makan megi je.

21. Malam ini saya akan :
study, saye tahulah saye takkan buat tapi tidak perlulah kamu bertanya soalan ni banyak kali mcm ni.

22. Esok pula saya akan :
kena duty kat ward dari 7pagi-7malam. baiklah saye akan cube ikhlaskan.

23. Saya betul2 inginkan :
cuti. nak balikkkk.. :'(

24. Ketika anda lihat wajah anda di hadapan cermin pagi ini :
eh hodohnye saye. tapi saye syukur saye tak cacat.

25. Pusat membeli-belah atau arked permainan :
pusat beli belah adalah rumah kedua saye walaupun saye tidak membeli belah.

26. Makanan Barat atau Jepun :
jepun.

27. Bilik yang terang atau gelap :
gelap!

28. Makanan segera adalah :
sesuatu yang tidak sehat tapi sedap

29. Ayat terakhir yang anda katakan pada seseorang?
"Gerry, i love u." kata saya kepada poster gerard butler di dalam bilik saye.

30. Siapa yang anda nak Tag?!
taknak tag sape2 boleh tak?

10

1st Class


Hugh Jackman as Wolverine, body mamat ni, perghhh..
1st class!
Perfect!
Kalah Gerard Butler in 300.
Enough said.



=P




P/S: Gimme a break guys. Ingat kau orang je ke boleh usha body perempuan? And this guy memang worth untuk diusha. Shhh! Jangan kata ape2.






9

Apabila Ketua Pengawas Kata Aku Geek

"Koyan, geek gila kau sekarang!" kata bekas headgirl sekolah aku yang selalu aku anggap sebagai perempuan yang paling skema dan berwawasan dalam sekolah aku dulu.

Di saat dia berkata begitu pada aku, terasa seperti ketukan berat memukul kepalaku dan membuat fikiranku melayang-layang...

1. Should I think of that as a compliment? The geekiest person I've known in this whole planet thinks that I'm a geek! How cool is that huh?

2. Atau adakah headgirl aku yang pernah minat Mark Westlife itu telah bertukar menjadi minah jamming rock kapak dan menganggap aku yang masih memuja Boyzone ini sebagai geek?

3. Atau adakah 2 minggu clinical posting telah mengubah aku menjadi seorang minah geek?

Oh tidak tidak. I am not a geek. Aku tak pernah menjadi geeky dan bakat-bakat sebagai seorang geek tidak pernah ada dalam diriku.

Tapi kenapa aku rasa aku semakin suka tolong orang.

Kenapa aku rasa overnight di hospital selama 18jam adalah tugas yang tidak berat untuk aku.

Kenapa aku rasa kehidupan yang busy ini semakin mengujakan dan meningkatkan adrenaline ku?



Oh tidak. Aku takkan pernah termasuk dalam kelompok2 ahli medic yang skema, geeky, nerdy, dorky, dan lain-lain yang sewaktu dengannya.

I am not a geek.






Am I?








6

Transformasi

Hari-hari santai untuk aku berhibernasi semakin dekat kepada titik berhenti. Suatu transformasi akan berlaku. (Sile cuba bace dengan intonasi poyo iklan AF ye)

Aku rindu kat kau la wahai encik blog yang hensem. Tapi apakan daya, jari jemariku tidak dapat meluahkan hati yang penuh kasih sayang ini denganmu sekerap dulu lagi. Sob..sob..

Antara sebab2nya;

1. Internet sini slow gila sehingga menguji kesabaran hati nuraniku yang boleh meledak bila-bila masa sahaja.
2. Aku lebih rela mengusha Dr Sloan, himbo dalam Grey's Anatomy daripada menunggu internet yang lembab ni loading.
3. Sekali lagi aku cakap, 'suatu tranformasi akan berlaku', kali ni sebut sambil angkat kening sebelah ok.


Transformasi kepala dogol la aku ni. Bukan ada apa pun, cuma minggu depan aku dah start clinical posting, start dengan ENT (ear, nose and throat), tapi hospital sini panggil department ni THT (tahi hidung tompok2). Eh tipu, THT - telinga, hidung, tenggorokan.

Mungkin lepas ni kamu semua boleh upah aku untuk korek telinga kamu atau cabut bulu hidung kamu atau menggaru leher kamu. Terimalah itu sebagai gurauan semata-mata, itu kerja bini bukan kerja doktor.

I'm freaking out. Aku takut, takut, takut. Untuk setahun setengah lagi di sini, mesti ada episod2 weep and smile, up and down, success and failure, kembang and kempis dalam hidup aku.

Pray for me.




P/S:Nanti Sabtu kite dating lagi ek ek ek. Aku nak cerita pasal perempuan kat kau. (Gedik sial aku hari ni.)








Back to Top