3

A lil bit insecure...

Kadang-kadang saye tertanya-tanya ada ke orang yang baca bebelan saye yang membosankan, tidak cendekiawan dan tidak intelektual di belog ini. Hello? Is there anybody out there? Somebody? Yoohooo?~

Tapi kadang-kadang kalau boleh saye taknak tahu pun siapa yang baca belog ini kerana saye membebel bukanlah atas dasar nak suruh orang baca. Malah kadang-kadang saye menganggap saye membebel sorang-sorang saje dan tak ada sesiapa akan peduli dan ini cuma lah tempat luahan hati saya. 

Kerana anggapan tersebut, saye telah beberapa kali terlanjur menjadi tidak tahu malu di sini. Ehehe jadi, semoga saje tidak ada jiran-jiran kampung saye, makcik pakcik yang pernah terbaca belog ini. Kerana di mata mereka saye adalah seorang gadis yang ayu, bersopan-santun dan kau begitu sempurna. (Ok itu adalah suatu pengangkatan diri sendiri yang melampau.) (-_-")

Sejak akhir-akhir ni, kerana kesuntukan masa untuk menceritakan semua benda kat encik bloggy, dan tidak ada boyfriend tempat mengadu bergayutan seperti monyet, maka satu-satunya tempat saye menceritakan segala-galanya adalah kepada ayah saye. Kesian ayah, terpaksa mendengar cerita-cerita Irah yang tak menarik.

"Ayah, semalam Irah on call kat hospital sibuk sangat. Bayangkan Irah sorang jaga wad yang ada 40 patient! Doktor tak datang tengok pun. Dahlah nurse kurang ajar, pemalas, bla bla bla"

"Ayah, Irah kadang-kadang boleh je jawab soalan doktor, tapi kalau yang terus nak tengking-tengking tu, Irah susah la nak tahan, sure terus blank.." Dan akan diteruskan dengan nasihat dari ayah selama 30minit.

"Ayah, I think I finally love medicine!" =) Dan dia sangat lega mendengar ayat power nan satu ini.

"Ayah, tadi jumpa Madam W pasal nak uruskan visa, macam mana ni, dia nak paw 2 juta rupiah!." Dan dia sama-sama tolong cari jalan penyelesaian untuk masalah bodoh macam ni.

"Ayah, apa kata ayah tolong miss call Irah pagi-pagi masa ayah qiamullail boleh Irah join sekali. Ngeee.." Dan tiap-tiap pagi dia akan miskol anaknya yang tidur mati ini selama tak sampai 2 kali ringing.

"Ayah, Irah tak sabar nak balik... :'( "

"Ayah, tadi Irah periksa patient, Irah tengok dia macam kena Leptospirosis tapi doktor diagnose dia dengue, Irah tanya dokter lain tengok-tengok betul la dia suspect Leptopirosis!" --> ok yang ni niat nak banggakan ayah tapi ayah sepertinya blur tak tau nak kasi respon apa, mungkin dia tak paham bebelan saye kali ini.

Saya rasa sudah melampau juga tahap saya menceritakan semuanya kepada ayah saye sehingga suatu hari dia telefon saya dan terus bertanya, "Ok hari ni ada nak cerita apa pulak kat ayah?"  "Ehehe takde cerita dah, ayah. Takde takde. Ehehe." (-_-")

Sayang ayah sangat-sangat!

Sebenarnya dah semakin nak habis belajar ni semakin banyak cabaran hidup kat sini. Jiwa saye agak tak tenang, saye takut pikir pasal future saye. Tapi saye tak boleh nak cerita pasal ni kat ayah saye,  nanti dia risau. Saye boleh cerita kat awak je, encik bloggy. Saya nervous, sebab kali ni saya 100% tak dapat predict ape yang akan berubah dalam hidup saya tahun depan. Tahun demi tahun berlalu dan saye masih dapat menjangkakan apa yang saye akan buat dan capai dalam tahun berikutnya, but next year is a totally new chapter of my life. 

I'm just a little bit insecure. I don't need anyone telling me not to think too much about something that is beyond my power. A big hug and a heartwarming whisper telling me everything is gonna be all right, is all I really, ever need right now. 




 P/S: Oh well, I could always get hugs from Puss, but he better don't start whispering anything to me. (-_-")






0

Gerhana Bulan dan Lembaga Putih

Semalam adalah malam yang indah sebab aku dapat tengok eclipse dengan sangat jelas dari tingkap bilik aku. Dalam pukul 630pm (730pm waktu Malaysia), aku ke balcony rumah aku lepas dapat tahu akan adanya gerhana bulan. Sangat takjub melihat cahaya di bulan sangat terang sampai aku tak dapat fokuskan mata aku kepada bentuk bulan tu, silau. Bila tengok melalui lens kamera aku baru lah nampak bentuk bulan yang semilunar. Cantik, Subhanallah ♥ Tapi lepas tu mata aku tertangkap ada bayangan putih yang seakan-akan terbang kat atas bumbung rumah jiran aku, maka aku terus berlari masuk rumah dan tutup pintu dan melihat keindahan bulan dari tingkap yang tertutup rapat saje. Oh agak potong stim di situ, sial punya lembaga putih! (Sekarang berani la kata gini sebab dah siang)

Of course bukan aku yang mengambil gambar ni dengan DSLR aku, tetapi cuma mengambik dari google. Tadi aku search 'eclipse' kat google, page pertama keluar pasal Twilight Saga (Eclipse) yang bakal keluar tak lama lagi je. Hark tui. Kemudian aku search 'gerhana bulan' baru la keluar banyak berita pasal gerhana bulan malam tadi. Katanya 18 tahun sekali terjadi gerhana bulan partial macam ni, dan tahun ni 2 kali kita dapat tengok, yaitu semalam dan pada 21 Disember 2010.







P/S: Sangat suka bulan dan bintang. Boleh tak one day nak baring satu tempat yang lapang  dan tengok langit yang bulan yang cantik dan penuh dengan bintang yang berkelip-kelip dan tak ada lembaga putih yang mengganggu. ohh~~ (♥_♥)



2

Hidung Tak Mancung Pipi Tersorong-sorong

Benci sape yang cipta peribahasa ni. Sape buat peribahasa ni memang tak pikir ada orang yang sememangnya hidung dia tak mancung dan pipi dia tersorong-sorong. Macam aku! Gua terasa ok!

Memang aku dilahirkan dengan hidung yang kecik, lubang hidung yang kecik, batang hidung yang tak berapa kelihatan, dan pipi yang menggelebeh.



Walaupun dilahirkan begitu tidaklah bermakna aku mempunyai sifat-sifat dari maksud peribahasa tersebut ye. Kawan-kawan laki aku yang kurang aja suka mengutuk aku asyik kata aku memerlukan nose job, dan suka mengejek pipi aku yang bergerak-gerak bila aku berjalan, lepas tu diorang kata aku moonface sebab steroid long term, kurang aja kurang aja kurang aja! Ah lantak korang. Aku tetap berbahagia dengan pipi dan hidung yang Tuhan kasik kat aku ni. =D
Ini la muka-muka yang setiap hari cari gaduh dengan aku kat sekolah.




P/S: Walaupun body dah menghampiri body Serena Van Der Woodsen tapi pipi menten begitu, what to do? * tak mungkin orang yang tak pernah pegi gym macam aku ni body macam Serena. shit btul.









0

Letting Go

Today is a great day to let go of everything I don't need in my life. 

Oh bloggy kau tak tau kan aku dah kasi Leo kat orang? Ok in that matter bukan aku dah tak perlukan Leo, tapi aku rasa dia yang dah tak perlukan mama cat macam aku ni. Mama cat yang takde masa nak bermain-main dengan dia dan belai dia tiap hari, so I decided to give him away to a guy who is also a cat lover, and who happens to have two kids at home who will play with Leo everyday. So long, Leo. You have been a very nice company to me for the past 4 years. :')


And today I've let go of some of my old shoes. 4 pasang, termasuk kasut Nike first yang aku beli pakai duit biasiswa sendiri 7 tahun dulu. Phewh  itu antara benda paling lama stay dengan aku. Dan kasut-kasut lain adalah Adidas yang aku pernah sayang gila dan Vincci yang aku pernah pakai sekali je seumur hidup aku. Dan besok-besok it's time for more to go away. Ok should keep in mind that I don't need them anymore and somebody else could make better use of it than me. =)

Same goes to baju-baju buruk yang agak-agak dah sendat dengan badan aku yang ada six packs sekarang ni. =P Dan juga semua meaningless pictures which once were so meaningful to me. Ada ke gambar yang meaningless? Bukan kah a picture is worth a thousand meanings? Mungkin ya kalau gambar tu menarik seperti lukisan seorang Leonardo Da Vinci, tapi kalau setakat gambar-gambar sengih dengan orang yang dah takde kaitan dengan aku sekarang lebih baik dibakar saja hidup-hidup. Adios, baju-baju sendat dan gambar-gambar tak bermakna.

To let go of something you've been holding on to, is not that easy. Memang susah ok, walaupun cuma kasut dan baju buruk. Sebab semua tu pernah jadi benda yang kau sayang. It's exactly like when Andy had to let go of his toys. (menangis berjejeran air mata masa tengok part tu dalam Toy Story 3.) But I have reached a point where I think it's necessary to do so. It's getting unhealthy for me to hold on to something that is unpredictable, unstable and unsure.

"There is only one way of happiness, and that is to cease worrying about things that is beyond our power of will"

So what else for today? Oh ya this crappy feelings I've been clinging to for God knows why, I am letting you go for good today. And don't ever come back! I don't need you. I'm not gonna keep embracing those false hopes anymore.



P/S: Oh this feels good. Now I'm welcoming myself a calmer soul, all the positivity I can get, new people, new great experiences, and perhaps new shoes to fill those empty shoe rack. =D



Congratulations Puan Aemell

Bangga ok, kawan saye cun gile! Tak sangka budak kecik ni dah jadi isteri orang sekarang. Isk isk rasa nak menangis kegembiraan, dan nak menangis kesedihan juga sebab tak dapat pergi wedding dia. 

Aemell, congratulations to you and your significant half. He seems like a good guy, I'm sure he will take care of you. ;-)




P/S: Ko sangat sangat comel ok. Sekarang nak panggil ko chimpanzee pun dah tak boleh. =P
2

Precious

Menggodek-godek inbox yang tak pernah tergodek. Found this one email my niece sent me 2 years back;


Sunday, July 6 2008


From: Nilam Karmila
To: Izyan Nadirah

Hi  how  are  yuo.  I    Mis you    because   you  dont  come  here  long  time.  Why dont you come here  long time.

from nilam


I marked that email, and move it to a folder named 'Precious' along with other few emails from ayah.


P/S: Sometimes I just wished that time hasn't flew this fast.
0

Turning to a Quarter of Century

Oh tak sempat saye mengepost entry tentang usia saye yang telah melonjak ke 15 tahun (+10) baru-baru ini.

25! Phewh! I am now a 25-year old lady. Ecece lady tuh. I always figured that by 25 I would have finished my study, have a great job, being in a steady relationship and ready to start making 10 children. ;-P

Obviously, I have achieved none of them, not yet. Apart from finishing my study soon, others are not gonna happen anytime soon I must say.

But I am, a truly grateful 25-year old human being. I am blessed with the 25 years of life being given to me, 25 years of experience, of ups and downs, of a continuous learning process. Thank you, Allah. =)

Was having a bad cold flu during the day of me turning to a quarter of century. Maybe it was my body refusing to accept that I am now one year older.  However I still went out to celebrate with some of my friends. Thanks guys for the cake and fun. =)






P/S: Being 25 is awesome! Not sure if I can still say this and mean it when I turn 30 tho. (-_-")
0

Congratulations to all the lovely newlyweds!

Tahniah kepada kawan-kawan yang dah kawin atau yang bakal kawin yang aku tak berpeluang untuk turut sama meraikan hari bahagia korang, dan tidak berpeluang untuk memberi hadiah-hadiah kawin kepada korang. Tidak akan kusebut satu-satu nama di sini sebab aku yakin aku akan ter'miss' satu atau dua nama. Serious dah tak dapat nak catch up dengan korang nih. Alek-alek dah beranak.

Kepada yang akan kawin lepas aku dah balik Malaysia for good adalah sangat bertuah kerana akan mendapat hadiah best2 dari aku seperti voucher percutian dua hari dua malam di rumah aku di Kuala Terengganu.

Dan semoga korang bahagia meniti suka duka hidup berumah tangga dan beranak pinak sehingga ke anak cucu.

Truly very happy for you guys. And feel sorry couldn't make it to any of your weddings. Sila jangan buat hal yang sama bila aku kawin nanti. =P





P/S: Suka gila tengok gambar wedding orang. Hobby dari dulu. (^_~)








Back to Top