Kadang-kadang saye tertanya-tanya ada ke orang yang baca bebelan saye yang membosankan, tidak cendekiawan dan tidak intelektual di belog ini. Hello? Is there anybody out there? Somebody? Yoohooo?~
Tapi kadang-kadang kalau boleh saye taknak tahu pun siapa yang baca belog ini kerana saye membebel bukanlah atas dasar nak suruh orang baca. Malah kadang-kadang saye menganggap saye membebel sorang-sorang saje dan tak ada sesiapa akan peduli dan ini cuma lah tempat luahan hati saya.
Kerana anggapan tersebut, saye telah beberapa kali terlanjur menjadi tidak tahu malu di sini. Ehehe jadi, semoga saje tidak ada jiran-jiran kampung saye, makcik pakcik yang pernah terbaca belog ini. Kerana di mata mereka saye adalah seorang gadis yang ayu, bersopan-santun dan kau begitu sempurna. (Ok itu adalah suatu pengangkatan diri sendiri yang melampau.) (-_-")
Sejak akhir-akhir ni, kerana kesuntukan masa untuk menceritakan semua benda kat encik bloggy, dan tidak ada boyfriend tempat mengadu bergayutan seperti monyet, maka satu-satunya tempat saye menceritakan segala-galanya adalah kepada ayah saye. Kesian ayah, terpaksa mendengar cerita-cerita Irah yang tak menarik.
"Ayah, semalam Irah on call kat hospital sibuk sangat. Bayangkan Irah sorang jaga wad yang ada 40 patient! Doktor tak datang tengok pun. Dahlah nurse kurang ajar, pemalas, bla bla bla"
"Ayah, Irah kadang-kadang boleh je jawab soalan doktor, tapi kalau yang terus nak tengking-tengking tu, Irah susah la nak tahan, sure terus blank.." Dan akan diteruskan dengan nasihat dari ayah selama 30minit.
"Ayah, I think I finally love medicine!" =) Dan dia sangat lega mendengar ayat power nan satu ini.
"Ayah, tadi jumpa Madam W pasal nak uruskan visa, macam mana ni, dia nak paw 2 juta rupiah!." Dan dia sama-sama tolong cari jalan penyelesaian untuk masalah bodoh macam ni.
"Ayah, apa kata ayah tolong miss call Irah pagi-pagi masa ayah qiamullail boleh Irah join sekali. Ngeee.." Dan tiap-tiap pagi dia akan miskol anaknya yang tidur mati ini selama tak sampai 2 kali ringing.
"Ayah, Irah tak sabar nak balik... :'( "
"Ayah, tadi Irah periksa patient, Irah tengok dia macam kena Leptospirosis tapi doktor diagnose dia dengue, Irah tanya dokter lain tengok-tengok betul la dia suspect Leptopirosis!" --> ok yang ni niat nak banggakan ayah tapi ayah sepertinya blur tak tau nak kasi respon apa, mungkin dia tak paham bebelan saye kali ini.
Saya rasa sudah melampau juga tahap saya menceritakan semuanya kepada ayah saye sehingga suatu hari dia telefon saya dan terus bertanya, "Ok hari ni ada nak cerita apa pulak kat ayah?" "Ehehe takde cerita dah, ayah. Takde takde. Ehehe." (-_-")
Sayang ayah sangat-sangat!
Sebenarnya dah semakin nak habis belajar ni semakin banyak cabaran hidup kat sini. Jiwa saye agak tak tenang, saye takut pikir pasal future saye. Tapi saye tak boleh nak cerita pasal ni kat ayah saye, nanti dia risau. Saye boleh cerita kat awak je, encik bloggy. Saya nervous, sebab kali ni saya 100% tak dapat predict ape yang akan berubah dalam hidup saya tahun depan. Tahun demi tahun berlalu dan saye masih dapat menjangkakan apa yang saye akan buat dan capai dalam tahun berikutnya, but next year is a totally new chapter of my life.
I'm just a little bit insecure. I don't need anyone telling me not to think too much about something that is beyond my power. A big hug and a heartwarming whisper telling me everything is gonna be all right, is all I really, ever need right now.
P/S: Oh well, I could always get hugs from Puss, but he better don't start whispering anything to me. (-_-")
Posted by



3 comments:
Tak apa, Kak Na pun still insecure.. kalau dah sampai ajal agaknya baru hilang that feeling.. that is normal la irah.. tulis je apa2.. Kak Na still baca untuk mengisi hari2 yg kadang2 agak boring.. busy tapi boring.. hehe..
koyan,ko masih simpan si binatang tu...(aku x igt ape name dy,puss???)hihihi...simpan sbb bes dipeluk kan..
haah puss ye bukan puss lain. hahaha. simpan purely sebab sedap dipeluk! sayang la nk buang yg ni gak, kena beli beruang koala besar dan sedap dipeluk kalau nak ganti dia ni. =D
Post a Comment