4

Ohoi Lama Tak Update

Meh update sikit

1. Sebulan tak blogging kerana macbook saye sudah meninggalkan saye buat selama-lamanya. Kalau saya nak menghidupkan dia kembali saya kena sediakan duit sebanyak RM2400 atau mencari pakwe tech-savvy. Dari mana nak cekau duit sebanyak itu dan saya tak nak pakwe geek jadi saya mengambil keputusan untuk mengkuburkan saja macbook lama saya.

2. Sekarang sedang memakai laptop ayah saya (yg tak pernah dipakai oleh ayah). Semoga tidak akan jahanam di tangan saya atau terkena virus-virus dajal dari Indon.

3. Ini baru saja sampai Surabaya, belum mandi lagi. Mmm bucuk.

4. Sekarang tengah sakit kepala sebab dalam flight tadi ada orang berbau aneh duduk kat depan saya.

5. Flight AirAsia memang busuk pun tak kira penumpang dia busuk ke tak.

6. Hari tu saya sempat ber'mood' bunga-bunga cinta dan berwarna-warni tapi sekarang sudah kembali kepada 'mati-pucuk'ness.

7. Saya benci Psychiatry!!! Setelah masuk rotation di Jiwa saya rasa wajah saya sekarang kelihatan 5 tahun lebih tua kerana mengalami stress berat di jiwa.

8. Besok start rotation di Obgyn (sakit puan). Yea yea boleh tengok orang beranak. Saya pun nak beranak jugak tapi taknak anak haram.

9. Tolonglah, setiap kali balik cuti, mesti rasa tak sabar nak cuti lagi.

10. Tak sabar nak balik kerja, kasik duit kat mak & ayah, ada kereta sendiri, travel dengan kawan-kawan. Oh kahwin tak ada dalam list.





P/S: Homesick... :'(
8

TERBAIK laaa..



Dengan ini, saya menobatkan drama Nur Kasih ini sebagai drama Melayu paling berkualiti dan terbaik untuk abad ini, dengan barisan pelakon yang berlakon dengan kemantapan yang terserlah. Satu-satunya drama yang berjaya membuatkan saya suka melihat mimik muka hidung kembang kempis Jalaludin Hassan.

Sekian.




P/S: Macam mana nak jadi baik macam Nur. Nak Adam jugak... ("-_-)
4

Izyan & Pasangan?

Ahh bestnya udara kampung halaman saya. Hirup udara dalam-dalam... slurppp... ok itu macam hirup air tebu, bukan hirup udara

Anyway, I'm so glad to be HOME. Home sweet home, home is where I belong, home feels so safe, so welcoming, home is sooo homey! Oh I love home so much.

Sebelum terlupa, selamat hari raya Aidiladha to all. Semoga raya tahun ini lebih berkat dan bermakna bagi kita semua.

Setelah mengucapkan selamat raya boleh la aku membuka sesi mengumpat.

Balik rumah ni, baru lah aku boleh membelek-belek kad kahwin yang aku terima sepanjang ketiadaanku di rumah. Ada 3 kawan aku yang nak mengawan bulan Disember ni.

Saya ucapkan tahniah, dan semoga bahagia ke anak cucu.

Ada satu kad jemputan kawin ni ditujukan untuk "Izyan & pasangan." Apakah?? (Gaya sopan bagi wuttafuck??)

Aku bukan apa, baiklah yang pertama, aku rasa tak wajar mungkin sebab aku belum ada pasangan yang official, belum tunang belum kahwin macam hangpa. Alek2 dapat jemputan kahwin untuk aku dan pasangan?

Yang kedua, bukan aku saja yang kecik hati, tapi mak ayah aku. Depa kenal kau dari kecik, sekolah rendah sama-sama, kadang-kadang hantar tumpangkan kau pergi tusyen, tapi yang kau jemput, "Izyan & pasangan", Izyan dan pasangan yang tak wujud tu? Kesian mak tau, kecik hati tak dijemput.

Tulis la, "Izyan & keluarga" ke, kan lebih berkesopanan dan bertatasusila.

Jangan lupa kat orang-orang tua kita, tak kira betapa bahagia pun kau dengan pakwe kau, tunang kau, suami kau.




P/S: I'm wondering... Adakah hari ni akan menjadi hari yang bahagia untuk aku? Semoga... ("-_-)







Completely.. Unlike

Just had a brief conversation with my 4 year old niece on the phone.

Nurin     : Achik Irah! 

Me        : Ye Nurin..

Nurin     : Bakpe achik dok balik sini?

Me        : Esok achik balik!

Nurin     : Achik Irah beli mende ke Nurin?

Me        : Erk!


A while before I chatted with my other niece, Nilam, on facebook. She's 7 years old.

Me      : Nilam, jangan asyik main farmville je, pergi study. Kalau result bagus, achik belikan hadiah ye.

Nilam  : Takpe exam Nilam dah habis sebab tu Nilam main farmville.

Me      : Oo yeke? Nilam dapat berapa A?

Nilam   : Nilam dapat semua A, tapi tak payah kasi hadiah.

Me      : Wow congratulations! Kenapa taknak hadiah?

Nilam   : Sebab Nilam dah ada semua dah.

Me      : (Erk!)



Well, both of them left me in shock.
Nurin amused me with her spontaneous, greedy behavior. (She might as well had inherit that from me.)  ("-.-)
Nilam surprised me of how much she has grown up.



P/S: Time flies so freaking fast. Day by day, I'm feeling older and older.
4

Perkara Yang Aku Benci di Saat Ini

1. Nyamuk gigit bontot aku
Apa la nyamuk dajal sekor ni nak dengan aku. Kalau kau nak gigit, boleh gigit tempat lain tak. Tak senonoh ok aku nak kena garu-garu bontot aku. Ini nasib baik aku kat rumah sorang-sorang. Cuba kalau aku kat luar, boleh jatuh saham aku minggu ni kepada beberapa anak tangga. (Ok stop, hangpa toksah nak duk bayang lebih-lebih aku duk garu bontot ok. )

2. Limau masam
Petang tadi aku beli buah limau konon poyo nak mendapatkan antioxidant natural dari buah-buahan. Tapi mak aih, masam gila, boleh terpeleot otot muka aku lepas makan seulas. Aku memang tak pernah suka benda masam. Nampaknya sudah terbatal niat aku nak mengamalkan gaya hidup sihat.

3.Blog jual shawl
Blog-blog macam gini memang berjaya meng'pow' duit aku secara halus. Siapa weh yang start reka blogshop2 nih. Memang betul-betul tak sihat untuk shopaholic. Kesian la kat orang-orang macam aku ni, teraniaya dengan blog-blog macam tu. Setiap hari aku duk hadap, duk booking, duk order.






P/S: Exam Dermatology lusa. Pray for me, and I'll give you a free consultation on how to get rid of acne. Deal? ("-_-)
3

Kulit dan Kelamin

Sekarang saya tengah rotation di Dermatology, but here they call it 'Ilmu Kesehatan Kulit dan Kelamin'. So Dermatologist here is known as 'Spesialis Kulit dan Kelamin (SpKK)'.Gila aneh kan?

Ilmu Kesehatan Kulit dan Kelamin is indeed a very interesting subject to learn, or should I specify it only  to the 'kelamin' part? Ya, truthfully dermatology itself is boring without penyakit kelamin or sexually transmitted disease. STD, with its disgusting, sickening appearance of symptoms around the genitals, however comes with great moral value if we think about it.



1st scenario:
A 50 year-old man, came to STD clinic, complaining of pain during urination, and thick yellow discharge from his penis, which he has experienced for nearly one week.

He explained himself to the doctor without being asked to.


"Doc, saya kemarin itu tidak mau dilayani sama isteri saya... Maka nya saya ke Dolly*.. hubungan sama PSK*."


*Dolly, or Gang Dolly refers to a road where alongside of this road, situated a huge (the largest in Asia Tenggara as they claimed it to be) prostitution center with lots of 'working girls' for you to choose one (Eh, lebih dari sorang pun takde hal). Murah ada, mahal pun ada. Macam-macam ada!
*PSK= Pekerja Seks Komersial = prostitute = pelacur


The physical and lab exam was conducted, and the old man was diagnosed as Gonorrhea positive. It's a common sexually transmitted disease caused by bacteria.


Moral of the story;
Baguih orang tua ni, jujur je tak semena-mena cerita semua kat cik dokter. Cuba balik rumah cerita kat bini kau. Ada berani?


2nd scenario 
A f***ing 17-year-old boy. I repeat, a f***ing 17-year-old, innocent-looking BOY, came to STD clinic, with exact same symptoms as orang tua tak sedar diri tadi. And he was diagnosed to have Gonorrhea too.


Moral of the story;
Baguih budak-budak sekolah zaman la ni. Rajin diorang menabung ye. Buat kuaq duit tabung buat sewa perempuan satu malam, lepas tu buat bayar ubat pulak. Baguih!



3rd scenario.
A 26 year-old woman, presented with complaints of painful sores around her genital. From the clinical exams, she was suspected to have genital herpes, also a common sexually-transmitted disease. She had sex with her husband a few days before the symptoms started. Her husband works outside of Surabaya and seldom comes back.


Question of the day:


Patient: "Doc, dari mana saya dapat penyakit ini? Apa dari suami saya? Apa benar doc ini dari suami saya?"


Doctor: "Err... Tidak semestinya bu. "


Patient: "Memalukan sekali ya doc.. kalau ini dari suami saya.." Ibu ni sudah mula bergenang air mata.


Doctor: "Ehm..bu jangan pikir bukan-bukan dulu ya bu. Kita periksa secara keseluruhan dulu. "

Anyway, herpes is not necessarily transmitted sexually. Any skin to skin contact is capable of spreading herpes. So... Tak boleh nak tuduh melulu si suami lah ye. Tapi... erm.. kerja jauh, jarang jumpa pulak tu. Ermm ermm (busuk gila aku ni nak menghasut pulak. ehehe.)


Moral of the story;
Baguih suami dia ni, jauh-jauh kerja nak cari makan untuk bini.





Kau orang pikir la sendiri nilai-nilai moral yang dapat diambil dari cerita pasal pakcik tua yang jujur, budak sekolah yang suka menabung dan suami yang bekerja keras untuk isteri di atas.



Ini belum masuk cerita pasal gay. Sudahlah itu sahaja cerita menjijikkan yang boleh saya kongsi.
Dua pesan ikhlas dari saya;
1. Cuba lah untuk setia pada yang satu ye.
2. Pakai la condom wey!


Sekian.









P/S: Having met all this kind of people really does not help for my unresolved trust issues. How like that? ("-_-) Lelaki..lelaki.. Haih.




6

Tak Larat....



Haih... 'tak larat' gile..a phrase that only my ex-schoolmate would understand, tidak akan di'elaborate' dengan lebih lanjut. =P




P/S:  Teringin sangat nak tengok tulip betul kat Holland. Bila yek.


3

I Will Always Be Your Sister



Way to go!
Delete me from your friend's list, you might as well delete me from your life if you want..
Too bad for you, that's not possible cause I'm staying! Hahha..
I'm going to stay right here as your sister..
I will never move an inch away from you..
I will never give up on you.
You can hate me. You can hate your family. You can 'create' reasons to hate us.
You can stick to that 'problematic teenager' as your self identity for as long as you want.
You have never tried to fix anything, and you never let us try to fix you, and then you shut us out from your life, and tell the world that you're unhappy. How unfair is that?

But trust me, one day, I'm sure as hell that you will finally realize..
that family is the one who will stay by your side when you're in trouble, family is the one who will take care of you when you're sick, family is the one who will never, never ever give up on you, family is the one who only wants the best for you.

We might have different perceptions on something, we might fight over something not worth it, but we share this very same blood that can never draw us apart.

I feel sorry for you that you're stuck with a sister like me for lifetime.
Well face it!
I will always be your sister, no matter what happen.
I will always love you.
If you give me the chance, I'll be the best friend you ever knew.
Definitely not the one who will destroy you...

:"(




P/S: Happy birthday.. Have a blissful, wonderful birthday.





2

5 Simple Ways To Make Her Happy

Yah, kembali kepada topik-topik poyo sebegini.

Kau orang lelaki-lelaki buta cinta toksah la lepas baca post ni dan post2 lain yang sewaktu dengan ni, nak kata aku ni perempuan demanding atau control freak atau lain-lain cercaan. Aku ikhlas ni nak share dengan kau tentang beberapa rahsia hati perempuan yang sangat kompleks. Eceywah.

Ehem. Berdasarkan kajian melalui survey yang aku lakukan kepada beberapa gadis, aku rasa apa yang kami harapkan dari lelaki tu tak jauh bezanya. Fizikal, rupa paras itu relatif kurang penting bila dibandingkan hati budi dan perangai, dan juga bau badan. Jadi ingat, jaga perangai, dan jangan lupa pakai speed stick setiap hari.

Kadang-kadang lelaki ni bersifat terlalu kelelakian, sehingga mereka lupa nak mengekspresikan sayang mereka terhadap perempuan, sehingga perempuan tersebut merasa tidak disayangi, tidak dihargai, dan macam-macam lagi rasa crappy lain yang mereka create sendiri. Dah kata kompleks kan.

Jadi kau boleh apply la benda-benda simple ni kat awek kau orang, tak payah selalu pun takpe, once in a while is enough to show that you appreciate her.

1. "Good night awak. Sweet dreams, sleep tight. Love you. =)"
Sms macam tu malam-malam sebelum kau tidur, atau sebelum dia tidur dah cukup untuk buat dia senyum.  Dia akan happy sangat kalau tahu kau ingat dia during bedtime, atau first thing masa bangun dari tidur. Benda simple macam gini, tolong la buat. Lebih barokah, sakinah dan mawaddah lagi kalau kau telepon dia ajak dia baca doa sebelum tidur sama-sama. Ehehe ehehe.

2. Dedicate lagu
Budaya dedicate lagu ni sebenarnya aku dapat masa kat STF dulu. Sweet juga la budak-budak sekolah aku ni boleh create budaya macam gini. Apa salahnya kau dedicate kat dia lagu-lagu sweet yang meaningful once in a while. Kau nak buat lagu sendiri kan takde bakat, jadi cilok je lagu siapa2 untuk dedicate kat dia. Ingat, lagu meaningful. Kau pergi dedicate lagu Umbrella buat haprak apa pulak kan.

3. Perempuan suka dipuji
Tak ada kot perempuan tak suka dipuji. Sekali-sekala kau jumpa dia, walaupun kau tengok dia pakai baju macam tak sesuai je colour dengan kulit dia, kau buat-buat la kagum tengok dia. "Eh cantiknya syg saye hari ni!" lepas tu kalau nak termuntah kau telan la balik. Kurang-kurang kau dah buat dia berbunga-bunga, dan yang penting, dia makin confident dengan diri dia dan dia selesa bila dengan kau. Tapi nak puji, jangan la selalu. Puji biar mahal sikit bang.

4. Simpan gambar
Untuk menunjukkan kau selalu ingat dia, kau simpan lah gambar dia kat mana-mana. Dalam wallet ke, kat ofis ke, kat dalam bilik ke. And let her know that you keep her picture. Penting untuk dia tahu, yang kau tak malu nak tunjuk dia kat kawan-kawan kau.

5. Express your feelings
Kalau kau betul-betul care pasal dia, suruh dia take care. Kalau kau betul-betul risau pasal keselamatan dia, show it, be protective, be paranoid if you have to! Kalau kau betul-betul nak dia trust kau, convince her. Kalau kau betul-betul taknak hilang dia, jangan lepaskan dia. If you think that you're lucky that you found her, tell her that!





P/S: Simple je kan? Ehehe. ("-.-)



2

Melantun-lantun

Hmm agak menakutkan jugak ye. Kecepatan masa berlalu melantun-lantun seperti bullet train. Peh, sejak bila pulak bullet train melantun-lantun. Tapi serious melantun-lantun la masa berlalu. Kenapa aku tak jumpa perkataan lain selain melantun-lantun ha? Abaikan.

Tapi sebenarnya wujud ke perkataan melantun-lantun ni? Aku google sat naa..

Oh wujud je.

Ada yang cakap pasal perasaan melantun-lantun lah..
Ada yang cakap pasal dada melantun-lantun kat gym lah..
Ada pasal...belon melantun-lantun...

Err...

Aku nak cakap pasal... masa yang melantun-lantun.

Aku rasa terlantun-lantun berlari mengejar masa sekarang ni.
Hidup aku agak hectic. Hectic dalam erti kata kalau aku terlambat sikit je, aku akan ketinggalan.
Sebab itu lah aku kena sentiasa fokus dengan hidup aku sekarang.
Sebab itu la aku kena melantunkan diri 100% terhadap jalan yang aku dah pilih ni.

Sekarang banyak betul orang tak puas hati dengan doktor government hospital ye.
Aku berazam taknak jadi macam depa. Aku nak jadi dokter baikkk punya. Biar akal tak berapa genius, asalkan attitude jaga. Biar la orang nak pandang rendah, asal aku tak sombong macam depa. Biar la otak aku lembab sikit dari depa, asalkan aku usaha sungguh-sungguh dan ikhlas nak sembuhkan patient aku nanti.

Ya, tiba-tiba saja mendapat suntikan semangat bila mendengar/membaca banyak luahan hati orang yang pernah tak puas hati dengan layanan doktor2 dan nurse2 di hospital kerajaan. In fact, ayah aku sendiri pernah kena masa dia accident dulu.

Kalau tak silap kakak-kakak aku pernah cerita, ayah dulu accident, dibawa ke Hospital Kulai. Diorang tarok ayah atas wheelchair je. Luka badan ayah kat luar memang tak banyak. Lama diorang biarkan ayah. Bila kakak-kakak aku tanya kat jururawat, diorang pandang sebelah mata je, kata ayah cedera tak teruk.

Tak teruk kepala hangguk diorang, ayah aku lepas tu sebulan tak boleh jalan sebab ada backbone fracture.

Kenapa mereka jadi macam tu ye?

Sebab stress sangat? Kerja banyak, gaji sikit?
Mereka juga yang nak jadi doktor atau jururawat, sape suruh.

Mereka rasa mereka pandai dari orang lain?
Jadi doktor kan sebab nak dapat kerja mulia, kalau ada riak takabur di hati macam mana nak sampai tujuan jadi mulia tu doc?

Tapi bukan semua doktor pun macam tu. Kadang-kadang patients ni annoying juga. Patients dan keluarga patients. Paranoia yang berlebihan. Tapi benda tu sebagai doktor terpaksa la terima. Dunia ni memang penuh dengan macam-macam ragam manusia.



Ah aku suka masa melantun-lantun macam ni, tapi bila pikir tak lama lagi aku kena kerja, rasa gerun pulak...




P/S: I'm gonna keep u forever bloggy. Nanti dah kerja mesti terlantun-lantun aku nak mengumpat kat sini.









5

Dua Cerita Yang Sangat Berbeza

Cerita di siang hari...
Balik dari kelas, aku naik scooter seperti biasa. Aku sangkut plastic sandal aku kat tempat gantung barang kat scooter aku. Tiba-tiba tengah poyo-poyo pecut macam minah rempit, aku tak sedar plastic bag aku tercicir. Aku dah hampir sampai rumah, tiba-tiba dengar ada motor hon belakang aku. Aku berhenti.
Pakcik atas motor tu bagitau aku, plastik aku tercicir. Dia ajak aku pergi cari balik.
Aku cakap kat dia, "Nggak pa2 pak. Paling udah ada yang ngambil sandalku itu."
Tapi bapak tu ajak juga aku pergi cari balik. Dia sanggup follow aku sampai macam tu sekali cuma untuk bagitau aku plastic bag aku tercicir, aku tak sanggup nak tolak. Aku ikut dia. Akhirnya aku dapat balik sandal aku tu. Tak sempat aku nak paling cakap terima kasih kat bapak tadi, dia dah lesap.
Aku senyum dalam hati...


Kesimpulan: sangat gembira berjumpa orang Indon yang ikhlas menolong dan sangat baik hati.


Cerita di malam hari...
Aku keluar dinner dengan Naren pergi makan ketam masak cili yang aku masak lagi sedap kot. Semangat aku cerita kat Naren pasal laki tua yang baik hati tadi.
On the way back...
Lepas dari satu traffic light tiba-tiba ada motor lain hon belakang kitorang. Motor tu mendekat sebelah motor kitorang. Ada sorang lelaki lengkap berjaket dengan muka bertutupkan helmet.
Bila dia dah kat sebelah, tiba-tiba dia keluarkan pistol pelan-pelan dari jaket dia.
Dia acukan pistol tu betul-betul kat kitorang.

My heart stopped breathing for a while... I stared at him in horror.

Masa tu aku pikir...
- is this the way I'm gonna die?
- benci sangat ke diorang dengan orang Malaysia sampai sanggup nak bunuh kitorang macam ni.
- Naren la ni pergi pakai turban! Kalau tak sure orang tu tak tau kitorang orang Malaysia.
- eh scene ni macam itu cerita James Bond la. Cuma muka wa talak macho macam itu Michelle Yeoh. Muka Naren toksah cakap la, paling hero dia boleh dapat pun muka macam Rajni Kanth.
- mak... ayah...

Lelaki cilanat itu akhirnya memasukkan balik pistol dia dalam jaket dia dan blah macam tu je., mungkin sempat tertawa di sebalik helmet buruknya itu sebab puas hati kot tengok muka ketakutan aku.
Terketar-ketar aku masa tu.
Aku terus suruh Naren bawak aku balik. Rasa macam dunia di luar rumah tak selamat langsung.
Naren kata pistol tu air gun je. Entah macam mana dia recognize itu airgun di saat2 genting tu pun aku tak tau.
Still, air gun or not, someone actually pointed a real-looking gun to me just now. And I feel really really really insecure right now. I was terrified like hell.
God.. what a crazy place I'm living in right now.. :'(

Kesimpulan: F*** Indon





P/S: Nak belajar menembak! Nak beli air rifle, bila jumpa lagi orang saiko tu boleh terus tembak dia macam tembak tikus.



4

To Make Her Feel Safe...

Baru habis tengok Desperate Housewives season 6 episod 6. Sweet gila la Tom. Wujud ke kat dunia ni, laki understanding macam Tom. 

Tom Scavo: Here's the thing u gotta understand about Lynette. She grew up without her dad, her mom was a drinker, so she had to be responsible for everyone.
Old man: Yah well that's rough.
Tom Scavo: Yeah.. It left her with this constant fear that everything could suddenly fall apart. And that's why, she needs to control everything. Of course she can't. Nobody can. But... she can control me, if I let her. So I do. Because it makes her feel safe. And that is my job, as her husband. To make her feel safe...



If I had to choose, between an ignorant, self-absorbed good-looking guy, and a sensitive, faithful average Joe, I'd definitely choose Mr average Joe. =) Because Mr Average Joe is the one who offers me the only thing I need in a relationship, which is.. security.

(Oh shut up. Security here doesn't mean money ok. It means loyalty, commitment, honesty bla bla bla.. I don't need man's money. I have my own. =P )




P/S: Oh ye, tujuan aku nak laki tak ensem juga adalah sebab aku nak nampak lagi cantik atas pelamin. Ngehngeh. Ye, aku lah perempuan selfish. So what? (^.^)








 

4

Bila ye?




Bila ye saya boleh beli tu seketul?



Hmm... *sigh*


Terima kasih kepada ayah kerana telah buat saye kembali menjadi minah jenin yang suka berangan.
Ayah sejak akhir-akhir kalau call asyik cakap pasal kereta je. 
Tapi better la daripada mak yang sejak akhir-akhir ini asyik call menanyakan update pasal cerita-cerita personal saya dan dia itu. Ehehe sungguh busy body. ("-.-)








P/S: ("-.-) Tengah dalam mood yang sangat tidak sabar untuk habis belajar dan cepat-cepat blah dari sini. Tolon tolonn!

4

I Cannot Cry!!!

Tajuk bukanlah sebagai kata-kata semangat supaya aku tak menangis, tetapi dengan murni bermaksud aku tak boleh menangis, as in I wanna cry but I couldn't.


Kenapa entah sejak akhir-akhir ni bila aku rasa nak menangis mengenang nasib diri yang kadang-kadang pathetic, aku tak dapat, atau sangat susah untuk keluarkan air mata.


Nak kata sebab lacrimal gland (kelenjar air mata) aku bermasalah, aku rasa tidak. Sebab baru hari tu aku nangis tengok Upin Ipin The Movie. Ehehe ye, aku boleh ternangis pulak tengok part Raju nak berpisah dengan Opek. Jangan nak kutuk ye.


Bila tengok cerita sedih (part Raju dan Opek tu memang sedih ok!), tanpa dipaksa-paksa air mata aku keluar berjujuran penuh satu baldi. Tapi bila aku ada masalah dan ingin bersedih, rasa macam nak meneran je aku nak keluarkan air mata.


Kenapa ye?


Why can't I cry for myself anymore? Rasa terseksa jugak jiwa raga kalau tak boleh menangis macam ni. Bukan hati je jadi kering, air mata pun rupanya dah kering.


I wanna cry so badly. I wanna cry when I'm feeling sad, I wanna cry during my prayer, I wanna cry when I'm in trouble, when I feel nervous and scared, I wanna cry when I feel tired of being betrayed, tired of being hurt so bad inside, I wanna cry when I'm missing somebody, especially mak and ayah, I wanna cry when I feel so lonely. But I can't anymore.


Why..?











P/S: Wish me luck for my neuro exam this friday. I absolutely hope that I won't cry for that. ("-.-)
11

I Love L'Occitane

Saya adalah sejenis perempuan yang tidak cepat terpengaruh dengan marketing strategy salesgirl begini,
"Eh cantik u pakai ni. This blouse makes u look slimmer! And the colour suits you!"


Tapi saya selalunya sangat cepat terpengaruh dengan salesgirl yang begini
"When you use this moisturizer, it'll make your skin become more supple and radiant. You will see the great effect of this moisturizer in 1 month. It's dermatological tested for sensitive skin. Verrrry good as anti ageing since it protects your skin from free radicals, bla bla bla..."


Saya boleh la dikatakan jarang membeli baju-bajuan kalau nak dibandingkan dengan perempuan lain yang shopaholic, tapi lebih cepat tertarik untuk membeli skincare product. Saya suka cuba-cuba skincare product. Dan saya enjoy ditipu bulat-bulat oleh mereka. =D


Obsesi terkini adalah L'Occitane walaupun hanya membeli moisturizer kerana sangat tidak mampu untuk beli yang lain. Lemah kepala lutut saya kalau orang promote saya skincare products. Cukupla saya mencuba moisturizer saje dulu, kalau tak habis duit raya yang penat-penat saya mintak dari semua orang raya hari tu.


Lihatlah hasil perubahan kulit saya sebelum dan selepas menggunakan L'Occitane.



                                 Sebelum                                      Selepas


Tipu la tu kan. Ini rahsianya bukan L'Occitane tapi Photoshop. Jadi jangan lah kamu cepat terpedaya dengan wajah-wajah licin perempuan dalam gambar yang mereka tarok kat facebook profile ye.


Saya suka beli skincare product sebab saya suka sangat membelai kulit saya. Walaupun kadang-kadang hampeh takde perubahan  pun pada kulit saya, tapi saya tetap puas hati membeli skincare products yang natural dan against animal testing seperti L'Occitane. =P Saya teringin nak kulit cantik macam Kak Na saya. Pelik ye. Kenapa la saya tak dapat genetik tu, tak payah susah-susah bazir duit kat skincare product.


Bagi saya, perempuan sangat penting menjaga kulit ye. Eh eh sepatutnya post ni saya buat masa masuk dermatology minggu depan.Tak sabar nak masuk dermatology kerana neurology adalah sangat sangat memenatkan.










P/S: Orang kata, cuci muka dengan air wudhu' pun dah cukup untuk memberi sinar pada wajah. Ehehe ehehe. (Langkah bijak yang diambil sebelum kena sindir.) ("-.-)








0

Don't Let Me Fall

Don't Let Me Fall
(Lenka)



Underneath the moon
Underneath the stars
Here's a little heart
For you
Up above the world
Up above it all
Here's a hand to hold on to


But if i should break
If i should fall away
What am i to do
I need someone to take
A little of the weight
Or I'll fall through


You're just the one that I've been waiting for
I'll give you all that I have to give and more
But don't let me fall


Take a little time
Walk a little line
Got the balance right aha
Give a little love
Gimme just enough
So that i can hang on tight


We will be alright
I'll be by your side
I won't let you down
But i gotta know
No matter how things go
That you will be around


You're just the one that i've been waiting for
I'll give you all that i have to give and more
But don't let me fall
Don't let me fall


Underneath the moon
Underneath the stars
Here's a little heart
For you
Up above the world
Up above it all
Here's a hand to hold on to


You're just the one that I've been waiting for
I'll give you all that I have to give and more
But don't let me fall


You'll be the one that I'll love forever more
I'll be here holding you high above it all
But don't let me fall




















P/S: Saje gedik-gedik nak post lyric lagu gedik. Nape, tak boleh?? ;-P






Memualkan...

Sebenarnya aku tengah rasa mual dan jengkel yang amat dengan orang-orang tak dikenali yang cuba add aku di friendster atau facebook. Kebanyakannya mungkin adalah mat-mat rempit yang kurang kerja.


Kadang-kadang aku terpikir, apasal orang-orang ni sibuk nak add orang yang mereka tak kenal pun. Nak kata untuk tambah kawan, biasa kalau lepas aku approve tu takde pun follow up dengan message ke apa ke. Kalau ada pun, geli ketiak aku bila awal-awal dah flirt tah pape.


Jadi aku jarang approve orang yang tak dikenali. Friendster aku dah pasrah dan malas nak layan, memang penuh dengan rempit. Tapi facebook aku masih clean aku rasa.


Aku rasa diorang ni add sebab nak ngorat, tengok muka kat gambar cun sikit je terus nak add. Yang add sikit2 je tu mungkin aku boleh percaya lagi niat dia ikhlas nak berkenalan. Tapi kalau dah sampai 1000 contact dia penuh dengan perempuan, itu dah kira pervert tuh! Aku nak tanya.. apa ada pada rupa paras ha? Rupa je lebih, personaliti takde, best ke? Muka macam Fasha Sandha tapi otak kat kepala lutut, menarik ke? (Eh otak Fasha Sandha pun kat kepala lutut jugak.)


Tapi kenapa masih ramai laki memilih perempuan dengan cara, menengok muka dulu?


Itu lelaki. Perempuan pulak, amboi amboi amboi, kalau ada yang desperate tu bukan main lagi ditunjuk. Sungguh kurang keayuan. Ada aku terbaca dekat wall or photo comments laki, perempuan comment "Cutenyee u niii.. Nak ngorat bleh?". Gile laa macam mak nyah je gaya. Maknyah pun tahu jual mahal kadang-kadang. Apa la perempuan gi bagi ayat-ayat haram macam tu. Aku tahu laki mungkin suka, I mean..laki2 yang tak berkualiti mungkin suka la perempuan2 pesen ni kot. Tapi serious mual perut aku kalau tengok perempuan desperate macam ni. Pfftt!










P/S: Satu rahsia mengorat yang berkesan... Make her feel special. ;-)  Kalau kantoi kau treat dia exactly sama macam girls lain, serious turned off beb... Turned OFF.




2

Musim Mengawan

Dalam minggu ini sahaja, ada 3 orang kawan-kawan lama aku minta address aku sebab nak hantar kad jemputan kahwin. (Dah nak kahwin baru ingat aku. Itu nasib baik ingat. Ada jugak yang aku tahu-tahu dah ada anak satu. Entah bila kahwin pun aku tak tahu. Ini la nasib belajar jauh. Semua orang lupa kat aku) Baca belog kawan-kawan juga semua cerita pasal kahwin.

Apa ni, musim mengawan manusia ke sekarang ni?

Bila dengar kawan-kawan sebaya aku nak kahwin, bukan aku tak dapat rasa happy untuk mereka, tapi secara tak langsung jemputan kahwin mereka tu seakan-akan menghantui aku dengan suara-suara aneh "Irah.. Irahh.. Kau dah 24tahun. Kau bila lagi ni??"

Hari ni 20.10.2009. Kalau ikut plan aku 10 tahun lepas, aku sepatutnya kahwin setahun dari sekarang, 20.10.2010. Aku dah booking tarikh ni ye, jangan nak tiru, nanti takde sape datang kenduri aku. Tapi kemungkinan untuk hal itu menjadi realiti adalah sangat tipis sekali. Aku pun tak berharap itu akan menjadi realiti.

Sebenarnya banyak juga plan hidup aku yang dah bertukar.

1. Aku nak anak 10.
Memandangkan jadi doktor adalah sangat sibuk, jadi aku mengurangkan jumlah anak aku kepada 7.

2. Aku nak kerja hospital
Kerja kat hospital adalah sangat meng'stress'kan jiwa dan raga aku, aku rasa aku tak cukup kuat nak kerja hospital. Jadi aku mungkin akan buka klinik kat kampung je nanti.Kecuali kalau aku tak kahwin, maka aku akan consider untuk serahkan jiwa raga aku kepada hospital sampai mati pun kat hospital tu kalau boleh. 

3. Balik nanti kalau ikut nafsu serakah aku, aku nak terus beli kereta best.
Tapi setelah dipikir2, ku rasa aku nak pakai scooter je dulu. Setiap hari pergi hospital naik scooter. Weee! Ustaz aku kata hidup kena wasatiah. Wasatiah tu apa? Pergi bukak balik buku pendidikan Islam form 5 terbitan Pelangi.

Ini cuma beberapa dari plan hidup aku yang dah berubah arah sikit, mungkin setelah dipertimbangkan dengan lebih rasional.

Apapun, kepada kawan-kawan aku yang bakal berumahtangga dalam masa terdekat ni, aku nak pesan sikit...

1. Jangan lupa jemput aku walaupun kau orang tahu aku tak boleh nak pergi.

2. Jangan lupa pergi kursus kahwin, kursus masak-memasak, kursus menjahit, kursus mengurut badan dan macam-macam kursus lain sebelum kahwin.

3. Pilihlah warna baju kahwin, yang bukan saja sesuai dengan warna kulit kau, tapi haruslah sesuai juga dengan warna kulit laki kau. Jangan selfish ok. Laki kau pun nak nampak segak juga masa kahwin.

4. Jangan lupa pakai losyen tangan mulai dari sekarang supaya kulit tangan kau masa nak disarungkan cincin tak kelihatan kusam. Hehe.


Baiklah itu saja pesanan-pesanan berguna dari aku yang kau orang takkan dapat di mana-mana kursus kahwin pun.

Selamat berkahwin, congratulations! I'm really happy for you guys. Ok this time I really mean it. ("-.-)






P/S: Never stop dreaming.. Perhaps one day the dream that you wish will come true.. =D



4

Are You In Love?




Been in and out of love for..quite a few times, surely I know how it feels like, to love and to be loved by somebody. Hehee.. Dulu aku pernah jadi Dr Love ok kat sekolah, tapi client2 aku semua lari since aku masuk phase 'mati pucuk' for the past 2 years.

Well am I in love now?

Hmm to me, you're officially in love when....

When he makes you feel good about yourself, makes you love yourself and who you are inside, and all the things u do.

When you can accept him for who he is and all his flaws and he makes you feel loved just the same way.

When you don’t have to be anything you’re not when you’re with him, you feel the freedom to be yourself.

When.. just to have him by your side somehow makes you feel like, he took a little weight of what felt like a burden on your shoulder.

When u truly understand the meaning of sacrifice.

When you lose all control; you can’t control that tingling butterfly-in-your-stomach thing, you smile like an idiot every time you read his sms or even when look at his picture, you miss him like crazy when he’s not around.

This is the hardest part... When you can fully trust him...







P/S: So am I in love? Nahhh... I still have some unsolved trust issues.=P






Gua Nak Komen Sikit laaa...

Diorang kata kita (satu negara Malaysia) suka curi budaya diorang... Batik... Tarian Pundek.. Eh tarian pendet.. Lagu Negaraku.. dan banyak lagi...

Sebagai anak jati Terengganu aku cuma nak kata batik kita lain, lagi cun la kot tak payah nak justify pasal ni. Tarian Pundek tu aku jamin kita semua tak pernah dengar pun kot dari kecik, macam mana nak claim itu kita punya pulak? Lagu Negaraku, kenapa sekarang baru nak bangkitkan soal tu. Dah berpuluh tahun kita membesar, tiap hari semangat menyanyi lagu Negaraku kat sekolah.

Orang Indon kat Malaysia, mencuri merompak bawak parang, mengancam nyawa orang kita, mengganggu keamanan masyarakat kita, ada kita tuduh diorang satu negara sebagai MALING? Ada kita sampai suruh PM pergi jumpa Presiden Republik Indonesia untuk bincangkan masalah remeh begitu? Ada kita bakar bendera Indon, atau suruh anak-anak kita bakar bendera Indon kat sekolah?

Diorang kata. 'Orang Malaysia semua jahat! Suka mendera pekerja asing diorang yang kerja kat Malaysia.' (Sampai aku yang student ni pun selalu dipesan-pesan oleh lecturer untuk tidak mendera pembantu rumah. Wth?)

Bila pembantu rumah Indon ada yang mendera anak-anak, atau orang-orang tua yang kita amanahkan untuk diorang jaga, ada kita kata 'Semua orang Indon jahat?'
(Oh ok mungkin aku pernah la berkata begitu hehehe tapi aku tidak la maksudkan kata-kata itu dengan sesungguhnya.. )

Diorang konon nak 'sweeping' orang Malaysia kat Indon pakai buluh runcing ye?

Ini memang paling pathetic la. Habis mana kita nak sweep 2juta rakyat diorang yang cari makan cara halal atau tidak halal kat Malaysia nun?



Kesimpulannya aku bersyukur, cara kita berfikir haprak tak sama dengan cara diorang berfikir. Obviously we are more civilized. Pathetic la mereka tu, that's all I have to say....

Berhabuk

Uhuk uhuk!.. Gile ah..

Berhabuk gile dah blog ni.

Uhuk..

Dah lah.

Bungkus je ah.







P/S: Tak tak.. cayang bloggy! takmau ah bungkus. will come back to you again soon. =)
2

To Laugh My Ass Off...



The classic ones...






LOL!





P/S: You are perfect just the way you are. Allah knows what's best for us. ;-)


0

Public Health is finally Over

"Kiniii tiba masanya, hati gumbira berhari raya..."

Gileeeeee ah! Dah lama gile tak update blog yek. Lip lap lip lap dah nak raye.

Aku baru sampai Malaysia tercenta malam tadi, sudah dekat dengan keluarga, sudah jauh dari poo poo land yang busuk.

Makin lama belajar kat negara orang, bukan aku jadi makin suka, tapi jadi makin menyampah. That place will never grow on me.

Sekarang bagus la, satu Malaysia dah kongsi kebencian aku terhadap poo poo land. Baru korang tahu penderitaan aku selama ni ha.

Sebulan tak hapdet, aku sibuk beraktiviti di kampung2. Yah, biarlah gambar2 ni saja bercerita. Aku malas.

Ye, aku tau, jaket U kitorang macam baju cleaner.

At Jombang, bertugas kat Klinik Desa sana.

Berkampung kat sana selama 3 minggu, masak sendiri sebab tu asyik lauk telur goreng je.

Bergambar dengan lembu yang takde kaitan dengan aktiviti kesihatan.

Setiap hari cek patient yang kebanyakan cuma batuk dan flu dan demam.

Overall.. It was quite a nice experience lah to all of us. Sekarang aku kat Ophthalmology. Tiap2 hari tengok orang sakit mata je. Boring.




P/S: Oh umur blog ni dah dekat setahun walaupun sejak akhir2 ni sudah sunyi sepi. Still I haven't figure out what's the purpose of this blog.
5

Cuba Meng'update'kan Diri

Haiyaaa sudah manyak lama wa talak update ini blog. Lu olang apa kabar? Manyak sehat?

Wa halap lu olang sehat. Wa juga manyak takut sama itu H1N1.

Sikalang ini manyak olang sudah mati. Kalu bukan H1N1, olang mati sebab heart attack. Itu pasal manyak makan itu McDonald. Ya la, macam itu Michael Jackson, macam itu Mbah Surip. Lu olang talak kenal aa itu Mbah Surip? Lu Google la, manyak pelik itu olang.

Sudah sudah wa talak cakap banyak pasal olang mati.

Ini blog wa punya, wa mau update pasal diri wa la.

Idup wa sikalang.. manyak borring. Wa sudah manyak kali mau blogging aa, wa talak jadi. Wa talak life, wa talak life sikalang.

Sikalang wa dekat Public Health. Manyak sibuk juga. Bila wa talak sibuk wa pun talak tau. Surgery has tortured me for 8 weeks with all the challenging, tough job aa, whereas Public Health has nearly put me into wad sakit jiwa for all it's dreadful crappy stuff. Sikalang wa manyak rindu sama itu Prof Puruhito, biggest crush wa masa di surgery. =P

Tapi Public Health juga fun kalu wa manyak ikhlas. Wa ada visit itu kampung2, buat research, study pasal itu public health problems, macam itu H1N1 laa.

Tapi... hidup wa tetap boring. Wa nak balik ini raya. Tapi wa talak tau wa boleh cuti or not. Wa nak balik, nak balik.

Sikalang wa tengah relax. Indon meldeka ini Monday. Wa manyak suka. Wa boleh finish stok DVD haram wa beli banyak2.

Wa cakap ini macam pasal wa konon2 semangat itu 1Malaysia punya concept aa.

Wa tadi malam bace itu CheDet. Manyak kelakar itu olang tua. Wa manyak suka.

"The Government has decided that the teaching of science and mathematics would revert to Malay in the Government school, with Chinese in Chinese schools and Tamil in Tamil schools. How this is going to help integrate Malaysians I do not know. "

"The reason that has been given is that Malays, particularly kampung Malays just could not do well when the two subjects were taught in English. If we follow this kind of argument we should also stop trying to get Malays to do business because they really cannot do well in that field. They are best at working as wage-earners, particularly in Government service. We should encourage them not to try to go into business.
"

Haha manyak kelakar tapi manyak betul. Why aa ini olang tua kalau cakap apa2 semua betul. Wa manyak sayang sama ini olang tua.

Ok la wa sambut congceng congceng lain kali aa. Wa nak tengok itu Las Vegas punya series. Wuhuu manyak encem ini Josh Duhamel!



P/S: Waaaa mask sudah manyak mahal aa sikalang?



5

7 Things About Doctors That Are Not Exactly True

1. Doctors are trustworthy.
Na-ah. Doctors lie too, but only in certain conditions. =P
For instance, they can always get away from speed traps by police just by saying, "Hey I'm a doctor. Please sir, there's a dying patient in the emergency room waiting for me to get there immediately!"

2. Doctors are boring.
Not all lah, in fact they do have interesting, strange stories to share with you everyday. Stories that would either make you feel nausea or vomit right away but none that would bore you to death. You don't even have to watch SAW to get stories like that.
(Tapi memang mereka kebanyakannye boring. Skema. Boring!!!)

Ni dua ekor ni antara contoh doktor boring skema. Muka macam bagus je menyampah aku nengok.

3. Doctors live in perfectly healthy life, eat well, exercise regularly.
Believe me, they are still human being, who crave for donuts, ice cream and chocs, and steak and nasi lemak and nasi beriyani.. and nasi kandar and roti naan and sate kambing. Sorry, always got carried away when it comes to food. I also can't tell if they really have time to exercise 3 times a week like how they always educate others to do.


4. Doctors should understand how you feel.
Look, the more you deal with death, the more you deal with sick people, the more immune you become to all those sorrowful events, grief moment and depressed situation. Doctors do care about their patients, but don't expect that they would cry with you when you're sad and can tolerate all your hysterical shouting. They are trained to be an empathy listener, not sympathy.

5. Doctors are rich.
Let's put it in a more correct statement. Doctors are always over worked and under paid.

6. Doctors can understand each other's cakar ayam handwriting.
I seriously hate those messy handwriting and always have difficulty reading it. And trust me, I'm not the only one who complains a lot about their cakar ayam.

7. An apple a day keeps the doctor away.
Ini paling bohong. Alah kalau doctor tu kacak tiap2 hari kau rasa nak pergi jumpa, screw the apple kan. =P

Aku rasa tak wujud doktor kacak seperti ni. Muka-muka macam ni stok-stok muka himbo je.



5

The Terminal

Tajuk entry bajet macam cool je. Ini cuma another story of ke'suwey'an diri ini.

Hari jumaat hari tu sebenarnya aku nyaris tak dapat balik Malaysia lagi.
Alhamdulillah, aku sekarang dah kat rumah.

Ceritanya begini.. (walaupun tidaklah menarik, tapi mana tahu dapat jadi pengajaran kepada sekelompok manusia nyanyuk macam aku ni.)

Emm.. Ceritanya kompleks pulak, aku taktau nak mula dari mana. Lagipun dah lama betul tak mengarang, rasa macam bengap semacam kepala hotakku ini. Mungkin ni antara sebab akibat aku makan megi tak hingat punya masa zaman sekolah dulu.

Ok, marilah memulakan cerita. Begini, aku kan dah kecohkan kat kau ayah mak aku datang lawat aku seminggu kat sini. Isnin sampai Jumaat. Jumaat tu aku ikut diorang balik Malaysia. Plan baik punya, kasik semua orang jeles.

Setibanya hari jumaat, pagi tu aku memang excited tahap tapir terbatuk-batuk punya sebab beberapa jam lagi aku dah dapat hirup udara kotor KL. Aku yang susah senyum menjadi seorang yang pemurah senyum hari tu. Banyak aku sedekah senyum hari tu. Aku check in dengan parents aku, uruskan surat2 ape kejadah yang student sini kena uruskan, lepas tu naik. Tinggal pasport je nak kena cek dengan orang imigresen.

Aku senyum lagi sambil menyerahkan passport aku untuk dicop. Tiba-tiba orang imigresen sound aku, "Loh! Kamu ini nggak bisa pulang! Kenapa permit kamu nggak direnew??"

"Hah? Masa' sih. Kan masih valid tuh."

"Ini sampai 9 Juli 2009. Kamu ini gimana sih. Nggak bisa pulang kamu."

"..... Ya rabbi..." aku speechless dengan mata berkaca-kaca.

" Ya udah, kamu masuk ke kantor dulu."

Aku diheret (not literally lah) ke dalam ofis diorang. Ayah dengan mak tunggu kat luar2 terpinga-pinga tengok aku. Aku terpaksa hadap itu bos. Bos pun kata aku tak boleh balik. Lalu, dengan sukarelanya air mata aku mengalir. Oh sungguh memalukan saat-saat itu.

Tapi cubalah bayangkan perasaan aku. Dah berbulan2 aku plan nak balik hari tu, lepas tu pikir kena pisah dengan mak ayah masa tu jugak, oh kesedihan yang tak dapat dibayangkan. Aku tak suka menangis depan orang, apa lagi stranger, tapi masa tu memang tak tertahan dah.

Boleh pulak aku tak cek tarikh permit aku. Suwey betul. Aku buat permit 2 tahun terus dengan niat nak mengelakkan perkara2 macam ni terjadi, tapi akhirnya terjadi jugak kat aku.

Lama aku try kautim. Dia suruh aku balik lain kali, makin laju la air mata aku sebab tahu aku memang dah tak dapat balik sesuka suki aku.

Kautim punya kautim, ayah pun cuba kautim, last2 dia mungkin dah kesian sangat agaknya, atau mungkin dah rimas tengok aku asyik menangis, akhirnya dia cuba bincang dengan bos atas dia untuk lepaskan aku, dengan syarat aku kena dapatkan surat dari University aku masa tu jugak dan aku kena bayar buat permit baru.

Amazingly, dia tak paw pun duit kitorang. Wah, ada jugak orang Indon yang sudah civilized.




Moral of the story:
- sentiasalah check dan recheck dan recheck lagi dokumen2 penting kamu sebelum merancang untuk beli tiket balik.
- silalah menangis apabila keadaan darurat. air mata tu berguna juga.
- makanlah kismis banyak2, insyaAllah otak kau tak bengap macam aku.
- jangan terlalu gembira tentang sesuatu, sekelip mata saja nasib kamu boleh berubah.
- cubalah menjadi orang yang organised dan sistematik, tidak kira betapa busy pun kamu. apa guna ada iphone, ada blackberry weh.
- tak semua orang Indon tu tak jujur, kaki paw, kaki rasuah. At least I've met one that's not like that.
- apapun kau buat, jangan bongkak. Selalu lah berserah semuanya dengan Yang Maha Satu.





P/S: Sekarang tengah berperasaan gundah-gulana sebab kena balik sana lusa. Hadui.. Kenapa ilmu ikhlaskan hati tu tak sekacang belajar matematik moden ha.




Back to Top