5

The Terminal

Tajuk entry bajet macam cool je. Ini cuma another story of ke'suwey'an diri ini.

Hari jumaat hari tu sebenarnya aku nyaris tak dapat balik Malaysia lagi.
Alhamdulillah, aku sekarang dah kat rumah.

Ceritanya begini.. (walaupun tidaklah menarik, tapi mana tahu dapat jadi pengajaran kepada sekelompok manusia nyanyuk macam aku ni.)

Emm.. Ceritanya kompleks pulak, aku taktau nak mula dari mana. Lagipun dah lama betul tak mengarang, rasa macam bengap semacam kepala hotakku ini. Mungkin ni antara sebab akibat aku makan megi tak hingat punya masa zaman sekolah dulu.

Ok, marilah memulakan cerita. Begini, aku kan dah kecohkan kat kau ayah mak aku datang lawat aku seminggu kat sini. Isnin sampai Jumaat. Jumaat tu aku ikut diorang balik Malaysia. Plan baik punya, kasik semua orang jeles.

Setibanya hari jumaat, pagi tu aku memang excited tahap tapir terbatuk-batuk punya sebab beberapa jam lagi aku dah dapat hirup udara kotor KL. Aku yang susah senyum menjadi seorang yang pemurah senyum hari tu. Banyak aku sedekah senyum hari tu. Aku check in dengan parents aku, uruskan surat2 ape kejadah yang student sini kena uruskan, lepas tu naik. Tinggal pasport je nak kena cek dengan orang imigresen.

Aku senyum lagi sambil menyerahkan passport aku untuk dicop. Tiba-tiba orang imigresen sound aku, "Loh! Kamu ini nggak bisa pulang! Kenapa permit kamu nggak direnew??"

"Hah? Masa' sih. Kan masih valid tuh."

"Ini sampai 9 Juli 2009. Kamu ini gimana sih. Nggak bisa pulang kamu."

"..... Ya rabbi..." aku speechless dengan mata berkaca-kaca.

" Ya udah, kamu masuk ke kantor dulu."

Aku diheret (not literally lah) ke dalam ofis diorang. Ayah dengan mak tunggu kat luar2 terpinga-pinga tengok aku. Aku terpaksa hadap itu bos. Bos pun kata aku tak boleh balik. Lalu, dengan sukarelanya air mata aku mengalir. Oh sungguh memalukan saat-saat itu.

Tapi cubalah bayangkan perasaan aku. Dah berbulan2 aku plan nak balik hari tu, lepas tu pikir kena pisah dengan mak ayah masa tu jugak, oh kesedihan yang tak dapat dibayangkan. Aku tak suka menangis depan orang, apa lagi stranger, tapi masa tu memang tak tertahan dah.

Boleh pulak aku tak cek tarikh permit aku. Suwey betul. Aku buat permit 2 tahun terus dengan niat nak mengelakkan perkara2 macam ni terjadi, tapi akhirnya terjadi jugak kat aku.

Lama aku try kautim. Dia suruh aku balik lain kali, makin laju la air mata aku sebab tahu aku memang dah tak dapat balik sesuka suki aku.

Kautim punya kautim, ayah pun cuba kautim, last2 dia mungkin dah kesian sangat agaknya, atau mungkin dah rimas tengok aku asyik menangis, akhirnya dia cuba bincang dengan bos atas dia untuk lepaskan aku, dengan syarat aku kena dapatkan surat dari University aku masa tu jugak dan aku kena bayar buat permit baru.

Amazingly, dia tak paw pun duit kitorang. Wah, ada jugak orang Indon yang sudah civilized.




Moral of the story:
- sentiasalah check dan recheck dan recheck lagi dokumen2 penting kamu sebelum merancang untuk beli tiket balik.
- silalah menangis apabila keadaan darurat. air mata tu berguna juga.
- makanlah kismis banyak2, insyaAllah otak kau tak bengap macam aku.
- jangan terlalu gembira tentang sesuatu, sekelip mata saja nasib kamu boleh berubah.
- cubalah menjadi orang yang organised dan sistematik, tidak kira betapa busy pun kamu. apa guna ada iphone, ada blackberry weh.
- tak semua orang Indon tu tak jujur, kaki paw, kaki rasuah. At least I've met one that's not like that.
- apapun kau buat, jangan bongkak. Selalu lah berserah semuanya dengan Yang Maha Satu.





P/S: Sekarang tengah berperasaan gundah-gulana sebab kena balik sana lusa. Hadui.. Kenapa ilmu ikhlaskan hati tu tak sekacang belajar matematik moden ha.




5 comments:

aiza89 said...

huwaaaaaaaaaaaaa..aritu pun, aiza telah mengalami lebih kurang cam akak. but dengan berkat menangis melalak gak, dapat gak balik cuti dua bulan setengah kat mesia ni.untill now tak balik2 lagi ke Medan.KAHKAHKAH! ;)

Kapten Luffy said...

nasib baik ko tak tidur kat terminal jer

mcm filem... jd artis filer terminal ko

fuyooooo

Izyan Nadirah said...

waaa jelesnye ngan awk aiza!! isk isk nak balik jugakkkkkk!

Anonymous said...

oit..

orang indonesia tak suka dipanggil indon.. diorang yg cakap..

Izyan Nadirah said...

do i look like i care,dear? they call us malingsia for God sake

Back to Top