5

Aiskrim = marijuana

Aku rasa kalau macam ni, makin hari aku makin gemuk, bukannye makin kurus. Meleset jangkaan aku bahawe aku akan semakin kurus once aku dah start clinical posting.

Setiap hari aku makan aiskrim, macam aiskrim tu suatu ganja yang dapat melegakan depresi yang aku alami.

Personally, ada beberapa cara yang aku anggap sebagai terapi untuk menghilangkan stress aku.

1. Ice cream
Ramai perempuan tak boleh hidup tanpa coklat. Aku pulak not really a fan of chocolates. Ada certain coklat je aku boleh suka, cadbury black forest, segala jenis hershey's sebab dia cukup manis untuk aku, twix, snickers, m&m. Yang lain aku tak berapa minat. (Aku sengaja list kat sini untuk memudahkan kau orang pilih coklat kalau nak hadiahkan kat aku. ok?)
Tapi yang lebih ketara dapat mengurangkan stress aku adalah ais krim yang lemak manis berkrim, lazat sehingga menjilat jari. Kalau ada duit lebih aku lebih sanggup habiskan dengan membeli Haagen Dazs daripada membeli baju atau kasut baru.


2. Cuci kereta
Dalam banyak2 pencucian, aku paling suka mencuci kereta. Ini juga adalah terapi berkesan untuk aku. Aku suka betul dengan kereta. Dan selalunya aku akan bercakap-cakap dengan kereta, subsconciously sambil mengelap dengan penuh kasih sayang. Kau jangan nak kata aku gila. Aku rasa semua orang patut cuba bercakap dengan kereta mereka kadang-kadang. Mana tahu satu hari nanti kereta buruk kau boleh bertukar menjadi Camaro macam dalam cerita Transformers.

3. Pantai
Angin pantai, bunyi ombak, bau air laut, semua boleh tenangkan jiwa aku dalam sekelip mata. Rumah aku dulu dekat dengan pantai. Dari kecik aku suka pergi main tepi pantai. Bukan untuk berenang tapi untuk ambik angin dan melihat pemandangan. Cuma kadang-kadang pemandangan indah aku terganggu oleh scene pakcik tengah buang air besar di tepi pantai. Tak senonoh betul.

Pantai Teluk Lipat, Dungun

4. Drive laju2.
Selain itu, kalau hati aku tengah panas nak marah kat orang, memang aku tertekan minyak lebih dari selalunya. Dan seperti minyak kereta yang habis lebih cepat itu, secepat itulah juga marah aku mereda. Mungkin aku patut start hobi gokart pula.

5. Kanak-kanak
Ini lah satu2nya cara paling berkesan bagi aku. Dulu aku pernah stress tahap nak gila, tapi bila aku tengok Umar ketawa, aku pun terus ikut ketawa masa tu jugak dan lepas tu baru tersedar yang aku dah lama tak ketawa macam tu. Budak kecik memang ada power sabun pencuci Daia untuk membuatkan aku instantly happy.








Tapi sekarang aku tak dapat cuci kereta, tak dapat pergi pantai, tak dapat drive laju-laju, tak dapat main dengan anak2 sedara aku.

Sebab itu lah aku akan semakin gemuk...dan gemuk.. dan gemuk... sebab tiap2 hari aku pergi beli ganja kat Indomaret lepas balik dari hospital. Ganja yang mengandung lemak berlebihan.




7

Kahwin kahwin kahwin!

Ni aku jawab tag from Nad pulak. Nah dush dush hamik kau, update bertubi-tubi dari aku.

1. How old are you?
21 April ni umur aku 24 tahun (di samping mengkecohkan tarikh lahir sendiri)

2. Are you single?
Single mingle

3. At what age do you think you’ll get married?
Entahla belalang. Ni semua kuasa Tuhan.

4. Do you think you’ll be marrying the person you are with now?
Who ar? Ramai sangat dalam list. =P Nope ekceli, I don't think so.

5. If not, who do you want to marry?
Shahrukh Khan

6. Who will be your bridesmaid & bestman?
Bini Shahrukh Khan dengan...Anak laki dia.

7. Do you want a garden/beach or traditional wedding?
Aku minah kampung mesti la nak tradisional.

8. Where do you plan to go on honeymoon?
Dah kata kawin dengan Shahrukh Khan mestila nak gi honeymoon kat India. Taj Mahal. Lepas tu menari-nari keliling tiang dengan dia, tumpaase aa ye, yun mush kura ye..kuch kuch hota haii~

9. How many guests do you think you’ll invite?
Tengokla bajet aku masa tu. Sibuk je kau.

10. Will that include your exes?
Pecah kaca pecah gelas,
kalau diorang jemput aku, aku jemput diorang jugak.
(Eh marah cikgu BM aku kalau baca pantun aku camni.)

11. How many layers of cake do you want?
Yang pastinya aku takkan buat kek bentuk bantal bertimbun-timbun la.

12. When do you want to get married, morning or evening?
Pagi.

13. Name the song/tune you’d like to play at your wedding:
'Selamatt pengantin baruu semoga ke anak cucuu' pap pap pap (bunyi kompang)

14. Do you prefer fine dining or just normal spoon & fork?knife?
Pakai tangan la. Kan sweet kalau laki bini suap pakai tangan je.

15. Champagne or red wine?
Weh marah tok kadi aku nanti! Aku nak sirap bandung. Susu tak boleh kurang. Nanti tak kaw.

16. Honeymoon right after the wedding or days after the wedding?
Entahla, tak honeymoon pun tak ape la. Kecoh je la.

17. Money or household items?
Money kalau setakat nak bagi rm2 je toksahla terima kasih.

18. How many kids would you like to have?
Dah banyak kali aku bagitau. 10. minimum 7.

19. Will you record your honeymoon in DVD/CD?
Nak. Walaupun muke aku buruk.

20. Whose wedding plan would you like to know ?
Aku nak tag Salleh Yaakob sorang je.



Ok bercakap pasal kahwin ni, aku ada cerita pasal 3 sekawan yang sedang single, 2 perempuan diberi nama cik kuali dan cik mangkuk dan satu lelaki bernama encik senduk.

Pada suatu hari yang sempoi, mereka sedang bercakap mengenai subjek yang takde kaitan langsung tentang kahwin. Tetapi entah macam mana tiba-tiba keluar topik pasal 'kahwin'.

cik mangkuk: Aku rasa tak kisah la kahwin bila pun. Salah ke perempuan kahwin lambat-lambat sangat ha?

encik senduk: Eleh tak payah cakap banyak, mangkuk. Aku rasa kau kahwin paling awal antara kita tiga orang.

cik kuali: Betul betul betul!

cik mangkuk: Apehal pulak?

encik senduk: Tengokla nanti, kalau kau lambat sikit cari calon mesti mak bapak kau mula lah carikan.

cik mangkuk: Mane ade. Entah2 kau yang dulu. Tapi aku rasa kuali dulu yang kawin. Mesti balik ni jumpa calon tak sampai 6 bulan terus kahwin.

cik kuali: Tak, aku rasa senduk kahwin dulu, dahla tak boleh hidup kalau takde awek. Bajet je player tapi selalu je pikir nak kawin.

encik senduk: Ok fine. Nak bet??

cik mangkuk: Jom bet! Sape kahwin paling lambat, dia dapat hadiah kahwin worth rm1000 dari 2 orang yang kahwin lebih awal. Ok?

cik kuali: Oraitt!

encik senduk: Okeh!

Lalu jari kelingking disilangkan dengan satu sama lain dan terjadilah janji kanak2 ribena antara 3 sekawan itu. Tetapi bet itu adalah bet serious dan aku adalah antara 3 sekawan itu, sebab itulah aku ceritakan di sini, supaya nanti aku tak lupa pasal bet ni. =P

Ini aku describe sikit pasal mereka.

cik kuali- dia ni asyik horny je. dia simpan stuffed toy sampai sekarang. dia paling tua antara mereka 3 orang tapi dia paling childish. dia anak sulung. bapak dia macam tak kesah dia kahwin bila pun.

cik mangkuk- dia ni..orang kampung, tak berapa sosial, jenis malu-malu taik ayam. mak bapak dia bukan jenis suka carikan menantu. dia suka berangan nak kaya walaupun malas belajar. dia nak anak ramai walaupun nak kawin lambat.

encik senduk- dia claim diri dia as 'player yang fobia dengan komitmen'. dia kata dia nak kerja dulu. tapi sebenarnya dia jenis laki cepat je sunyi kalau tak de awek. tapi dia paling muda antara 3 orang.


Siapakah antara mereka yang akan menang bet tersebut? Well, we'll see about that for the next..perhaps 4-5 years eh. ;-)
9

Tak Semua Perempuan Suka Laki Badan Ketul2

Wah gian aku nak meng'update' blog hari ni. Dari isu medical, politikus sampai ke isu2 bodoh macam ni pun aku nak sentuh.

Aku bukan apa, sejak akhir-akhir ni aku tengok jadi trend pulak lelaki metropolitan sekarang pergi gym untuk membina 6 packs, dan muscles lain di badan. Adekah untuk meng'impress' kaum wanita atau hanya untuk kepuasan diri sendiri. Kalau tujuannya untuk menjadi perhatian kaum perempuan, percayelah, tak semua perempuan suka memandang ketulan-ketulan kat badan mereka ni.

Contohnye aku tengok pelakon2 hindustan sekarang ramai dah mula bina badan dan tak habis-habis nak show off body mereka yang konon menggiurkan tu. Kalau dulu Salman Khan, sekarang John Abraham pula.

Beriya-iya encik Naren (my punjab friend) suruh aku tengok cerita hindustan tajuk Dostana ni sebab excited nak aku usha body John Abraham yang ditayang-tayang di tepi pantai dalam 5 minit pertama (At that moment Naren sounded so gay). Terkejut jugak aku tengok, bukan sebab kagum, tapi kali terakhir aku tengok body mamat ni masih normal, tapi sekarang sudah ada breast. What the heck. Percaya atau tak terserah kamu, tapi aku memang tak suka laki badan ketul-ketul tak bertempat ni.

Kau ingat laki je ke boleh tengok body perempuan detail macam xray lepas tu siap komen-komen lagi? Ini aku pulak mewakili perempuan-perempuan lain nak komen body laki ok.

Contoh mamat yang aku tengok macam tak berapa nak waras ni.

Dia ni body builder kot kat Indonesia ni (obviously). Cuba kau tengok betul-betul muka dia dan badan dia. Macam kepala dengan badan tak synchronize. Macam kau tarok kepala tu atas badan orang lain. Turn off aku tengok. Geli sial. Serious geli.

Confession: aku dari kecik layan wrestling. Aku dulu peminat Stone Cold. Oh ye, Vince McMahon pun aku suka jugak. Jericho dengan Edge pun aku pernah suke. =P Malu weh.

Aku cakap pasal wrestling sebab aku nak komen pasal Triple H ni pulak. Dia ni kalau dalam WWE kejap orang suka, kejap orang benci. Tapi cuma satu persoalan yang bermain-main di minda aku setiap kali aku tengok body dia ni. "Triple H ni boleh tak rapatkan siku dia ke pinggang dia ekk?"
Nak bet? Aku bet sekupang dengan kau dia tak dapat buat tu.


Bagi aku la kan...

Kalau muka kau jambu dan kepala kau kecik, kau toksahla bina badan, cacat ok.

Kalau muka kau tak cukup jambu dan kau nak jugak badan ketul2, silekan, tapi berpada-padalah dan biarlah seragam. Tolonglah, jangan upper body je besar, lower body pulak keding macam kaki ayam.



This guy haa... perfecto!

Tak payah nak lebih2, macam ni sudah just nice. ;-)











5

Culprit



Dangg..
Why him people, why?
Do we really need another culprit in this peaceful, harmony country that we love so much?
Do we need another manipulative jackass to be one of our leaders?





11

Kacang Durjana

Dari Lamongan ke Malang, sang ibu membawa anaknya ke hospital untuk diubati. Kata doktor di sana, anaknya harus dirujuk ke General Hospital di Surabaya. Lalu besok paginya juga dia dan suaminya membawa anaknya ke hospital di Surabaya, meninggalkan 3 orang lagi anaknya di rumah. Anak yang satu ini menangis tiada henti, digendongnya dengan tabah.

Kata ibu, anaknya tersedak kacang ketika bermain bersama kakak2nya. Anak berusia 14 bulan itu, diinfus dan disuruh puasa. Untuk menunggu hasil pemeriksaan lab saje mengambil masa berjam-jam. Duduklah sang ibu, cuba menenangkan anaknya yang kesakitan, sesak, dan lapar, menangis minta diberi susu. Sayu hati ibu, mendengar anaknya meminta susu, tetapi apakan daya, dia harus dipuasakan. Doktor meminta ibu menunggu untuk dilakukan bronchoscopy untuk membuang kacang di bronchus itu. "Alat dan tempat operasinya terbatas, masih dipakai." kata doktor.

Hasil lab tiba, tetapi yang diminta doktor tidak ada. Marahnya doktor kepada jururawat bukan kepalang. Anak yang sudah cukup menderita itu, harus diambil lagi darahnya. Meraung dia apabila tangan kecilnya itu disuntik lagi.

Dari tengahari ke petang, masih belum ada khabar gembira dari doktor. Dari petang ke malam, masih juga belum boleh dilakukan bronchoscopy. Ibunya tidak makan, dan tidak minum. Sesekali dikunyah roti yang dibawa oleh sang suami, tetapi jelas kelihatan tidak berselera. Ibu mana yang berselera, melihat anak yang dipangku menangis kesakitan.

Badan anaknya kian panas. Kerana sudah dibiarkan terlalu lama, anaknya terkena infeksi dan risiko untuk komplikasi lain semakin tinggi lalu segera diberikan antibiotik oleh doktor. Jam 2 pagi, ibunya masih setia memangku anaknya. Sesekali belakangnya diurut oleh suaminya. Wajah mereka sugul, melihat kami penuh dengan harapan untuk segera anaknya dirawat, walaupun kos biaya perawatannya mungkin terlalu mahal untuk ditanggung mereka. Tetapi tetap saja, doktor juga tidak dapat mempercepatkan proses, atas sebab yang sama, ruang operasi dan alatan yang terhad dan sedang digunakan untuk pesakit lain.

"Dokter, tolong dikasik ubat tidur saja sama anak saya. Kasihan sama ibunya doc, udah 2 malam gak tidur. Tolong, doc." rayu sang suami. Aku yang baru pertama kali di hospital yang cuma sebagai student yang membantu doktor, terpinga-pinga mendengar permintaan suaminya itu. "Maaf pak, gak bisa begitu. Sabar ya pak, mungkin sebentar lagi udah bisa operasi." Mereka mengangguk tanpa protest lagi dan terus cuba menenangkan anak di pangkuan mereka.

Jam 7 keesokan harinya, akhirnya anaknya disiapkan untuk bronchoscopy untuk membuang kacang durjana itu.





Kesimpulannya, jangan kasik anak kecik bawah 2 tahun makan kacang.

Yang kedua, bersyukurlah kau orang Malaysia. Kalau kat Malaysia jadi kes macam ni, aku tahu mesti orang dah mengamuk sakan bakar hospital. Lab setengah hari baru siap, untuk buang kacang yang boleh menyebabkan maut tu sampai dekat 2 hari kena tunggu, patient pulak dibiarkan tercongok macam tu je.

Aku benci orang Malaysia tak tahu bersyukur asyik nak marah government. Sial kau. Cuba tengok orang lain. Jangan tahu nak protest je.







4

Nak Ais Krim. =(

I haven't slept for nearly 30 hours. I look pretty much like a zombie Kampung Pisang right now. And I desperately need a tub of Ben and Jerry's.

I never felt like I need ice cream as desperately as I need it now.

Nak ais krim. Sekarang jugak!

Patut la aku masa sekolah rendah tak pernah bersedih, sebab balik sekolah, keluar pagar sekolah je ada pakcik jual ais krim atas motor dan aku jadi pelanggan setia kepada aiskrim berharga 50sen tu. Sedap, walaupun kadang-kadang aku nampak peluh pakcik tu menetes dalam tong ais krim tu masa dia mencedok ais krim.

Nak ais krim nak ais krim nak ais krim! :'-(

Kau nak tahu, aku dah takde cuti sampai 26 July 2010. Itu pun cuti 2 minggu je. Tak ke gila tuh? Aku rasa macam nak gila je sekarang.


Sekarang kamu semua bertanggungjawab untuk belanja aku aiskrim.





P/S: Sori encik bloggie, aku lupa aku ada date dengan kau Sabtu lepas. Aku nak tidur dulu, lepas tu kita sambung tenet ok.










6

Transformasi

Hari-hari santai untuk aku berhibernasi semakin dekat kepada titik berhenti. Suatu transformasi akan berlaku. (Sile cuba bace dengan intonasi poyo iklan AF ye)

Aku rindu kat kau la wahai encik blog yang hensem. Tapi apakan daya, jari jemariku tidak dapat meluahkan hati yang penuh kasih sayang ini denganmu sekerap dulu lagi. Sob..sob..

Antara sebab2nya;

1. Internet sini slow gila sehingga menguji kesabaran hati nuraniku yang boleh meledak bila-bila masa sahaja.
2. Aku lebih rela mengusha Dr Sloan, himbo dalam Grey's Anatomy daripada menunggu internet yang lembab ni loading.
3. Sekali lagi aku cakap, 'suatu tranformasi akan berlaku', kali ni sebut sambil angkat kening sebelah ok.


Transformasi kepala dogol la aku ni. Bukan ada apa pun, cuma minggu depan aku dah start clinical posting, start dengan ENT (ear, nose and throat), tapi hospital sini panggil department ni THT (tahi hidung tompok2). Eh tipu, THT - telinga, hidung, tenggorokan.

Mungkin lepas ni kamu semua boleh upah aku untuk korek telinga kamu atau cabut bulu hidung kamu atau menggaru leher kamu. Terimalah itu sebagai gurauan semata-mata, itu kerja bini bukan kerja doktor.

I'm freaking out. Aku takut, takut, takut. Untuk setahun setengah lagi di sini, mesti ada episod2 weep and smile, up and down, success and failure, kembang and kempis dalam hidup aku.

Pray for me.




P/S:Nanti Sabtu kite dating lagi ek ek ek. Aku nak cerita pasal perempuan kat kau. (Gedik sial aku hari ni.)








18

Sejarah Pendidikan Aku Yang Berliku-liku

(This entry will bore you to death, read at your own risk, ini cuma luahan hati aku kepade bloggie.)

Di kala kesibukan budak-budak lepasan SPM mengisi borang permohonan untuk melanjutkan pelajaran mereka, tak kira sama ada ke matrikulasi, diploma, STPM atau A-Level, teringat pulak aku sejarah hidup aku sebagai student lepasan SPM. Aku tak berapa suka cerita pasal kegagalan aku kat orang, tapi aku rasa tak salah kalau aku luahkan kat sini, pengajaran untuk mengingatkan aku yang aku sebenarnya boleh berada di mana aku berada sekarang atas seribu rahmat dari Allah swt.

Sebagai minah separa ‘geek’ yang membawa pulang 5A masa UPSR, 8A masa PMR, maka tentulah mak ayah aku berharap sekurang-kurangnya 7A masa SPM. Tapi aku yang sebenarnya tak cukup prepare pun untuk SPM ni sangat bertuah kerana akhirnya aku bawak balik 9A untuk SPM. Sebenarnya dari aku kecik, cita-cita aku cuma nak masuk UKM. Kalau kat sekolah, cikgu tanya, “Siapa antara awak ni cita-cita nak belajar oversea?” Semua akan angkat tangan kecuali beberapa orang seperti aku. Aku tak pernah teringin nak belajar jauh-jauh.

Sebelum SPM aku dah isi borang matrikulasi, merancang dengan kawan-kawan aku untuk sama-sama mintak matrikulasi Penang sebagai pilihan utama. Kemudian aku isi jugak borang UPU, mintak matrikulasi perubatan di UIA sebagai pilihan pertama. Akhirnya setelah result SPM diumumkan, aku dapat tawaran ke matrikulasi Penang. Sebenarnya aku teringin sangat nak masuk matrik dengan kawan-kawan aku, tapi ayah suruh tunggu UPU untuk matrikulasi perubatan di UIA. Aku ikut kata ayah, walaupun separuh hati aku tak setuju. Aku tolak matrik dan gamble tunggu UIA walaupun belum pasti akan dapat perubatan atau akan dilelong ke course2 lain. (Boleh tak kerajaan tukar system bodoh ni, kesian budak2 kena gamble macam ni.)

Sambil menunggu tawaran dari UPU, aku apply jugak biasiswa JPA dan pergi interview. Mula-mula aku isi borang mintak dentistry, tapi masa interview aku tukar mintak perubatan, menampakkan masa tu memang aku tak tau lagi aku nak jadi apa.

Ketika kawan-kawan aku dah seronok belajar di matrik, akhirnya tawaran oleh UPU keluar. Malangnya nasib aku, aku tak dapat pilihan pertama, tapi pilihan kedua saje iaitu Matrikulasi Farmasi di UIA. Itu kegagalan pertama tapi aku terima, mungkin ada hikmah di sebaliknya. Aku pergi jugak ke UIA sebab memang takde pilihan lain dah. Minggu pertama orientasi, macam haram. Aku dah rasa sangat tak best suasana belajar kat situ. Aku dengan kawan-kawan aku, AliaaMai, FaizaFaiz and Wan(geng baru) kerja kitorang skip orientasi je. Aku serious tak boleh nak adapt. Dalam hati aku berharap lagi aku dapat JPA. Masa tu baru aku paham kenapa Kak Mia (kakak aku yang juga alumni UIA) selalu discourage aku masuk UIA.

Lepas seminggu merana di UIA, aku dapat surat tawaran oleh JPA untuk aku masuk ke Taylor’s College buat A-Level dan sambung kursus perubatan di Australia. Gembiranya hati bukan main, bukan sebab boleh belajar luar Negara, tapi mostly sebab boleh keluar dari UIA. =P Masa aku dapat Taylor’s College tu, ada jugak kawan sekolah aku yang terkejut, “Ha? Koyan dapat Taylor’s?? Biar betul.” Ouch. Sakit jugak lubuk jiwa aku dengar orang underestimate aku sebegitu sekali. Memang aku bodoh je masa sekolah, result SPM was truly a miracle. Taylor’s College, aku selalu kata aku paling benci tempat ni. Tempat bermulanya cerita tentang kegagalan aku.

Di Taylor’s College, kolej di mana Melayu adalah minority dan dipijak terang-terangan, aku cuba jugak bertahan untuk setahun setengah kat situ. Aku dapat roommate yang berhati busuk seperti bangkai, yang aku tak tahu kenapa, dia tak boleh tengok orang lain bukak buku, dia mula lah kata macam-macam, “Fuyooo rajin gila study.”, “Waa gile siot kau study. Gile siot!” lalu keluar bilik sambil hempas2 buku. Ok, itu manusia pelik pertama yang aku jumpa setelah keluar sekolah, kudos to STFians, aku tak pernah jumpa spesis cacat macam ni kat STF dulu. Aku ni jenis tak kuat kena pressure, jadi aku memang tak boleh study kalau orang kata macam tu kat aku. Ok dah bocor satu kelemahan aku.

Masa tu aku ada boyfriend, yang setia melayan emo2 aku, yang selalu datang lawat aku, yang sort of telah menjadi tempat aku tempias stress aku dengan budak2 Taylor’s, yang aku spend almost every weekend untuk study bersama, atau tengok wayang, asalkan aku boleh lari dari bilik aku sendiri. Thanks to you Berg, well,.. sort of. Lepas tu entah mungkin sebab stress, aku selalu gaduh dengan mamat ni, selalu sangat2 sampai akhirnya aku benci jugak dengan perubahan diri sendiri dan mintak putus. Alaa you know lah, drama-drama remaja berkapel. Ha ha. And everything that happened after that was a big mistake, those days when I wasn't thinking quite straight are none of which I'm proud enough to put here.

A-Level susah. Susah sebab aku tak study. Sebab environment, sebab drama-drama hidup yang aku saje create, juga drama2 yang memang aku tak dapat elak, dan mostly sebab aku sendiri yang tak kuat untuk handle, akhirnya aku tak lepas A-level. Aku tak lepas subject Biology, yang lain B. Disebabkan seketul tak lepas ni maka aku tak dapat pergi Australia. Itu kegagalan paling teruk dalam hidup aku. Aku cuba buat rayuan JPA, tapi ada pulak kawan aku yang result sama aku siap bawak peguam pergi fight JPA, akhirnya JPA kata semua result macam aku ni terminated from JPA scholarship. Boom! Aku tak tau nak buat apa lepas tu. Aku selalu dapat apa aku nak dalam hidup ni, tapi rupanya baru aku sedar, hidup aku sebenarnya baru bermula dari titik itu.

Aku boleh nampak kekecewaan melalui mata ayah aku. Aku boleh nampak kemarahan mak aku. Tok Wan aku, pakcik aku semua kata aku gagal sebab kuat sangat bercinta. Haha. Entahlah. Aku rasa kalau bercinta result aku lagi elok. Ada motivasi. Masa tu sebenarnya ada drama lain selain pasal 'bercinta' atau pasal 'roommate bengong' yang mengganggu jiwa aku, juga aku tak boleh share di sini.Clueless, boyfriend-less, hopeless, akhirnya aku terpaksa isi borang UPU lagi, untuk mintak mana-mana diploma yang layak dengan result SPM aku. Masa ni kawan-kawan aku semua dah habis matrikulasi dan dah masuk Universiti. Aku pulak masih terhegeh-hegeh, tak tahu mana takdir akan bawak aku. Aku mintak accountancy kat Uitm, subjek yang aku tak pernah belajar. Sambil tu jugaklah aku mintak untuk masuk universiti-universiti kat Indonesia ni. Aku sebenarnya dah putus harapan nak belajar medic masa tu.

Nak masuk Universiti sini aku kena ambik exam yang susah nak mampus jugak. Lepas ambik exam aku cakap kat ayah, “Ayah jangan berharap dah lah Irah ambik medic, Irah tak boleh jawab pun ujian diorang tadi.”. Seminggu ayah aku tak kawan dengan aku sebab aku tak usaha pun untuk jawab betul2 exam tu. Aku dah nekad, kalau aku tak dapat Unair (universiti aku sekarang), aku dah taknak pikir dah pasal ambik medic. Aku nak ambik accountancy. Aku siap suruh Dik Wan ajar aku basic pasal accountancy. Itu la kali pertama Dik Wan ada peluang nak mengajar aku. Mesti dia bangga. Hehe.

3hari sebelum aku nak daftar UITM, dan aku sebenarnya dah ready mental dan fizikal untuk masuk UITM, tiba2 Pak Joko (agent) call aku, dan bagitahu aku diterima masuk Unair. Aku terkedu. Aku betul2 dah give up nak ambik medic. Hati aku dah boleh pasrah dan dah boleh terima untuk aku masuk Uitm. Kalau masuk Unair, ayah kena bayar yuran tahun pertama sebab masa tu belum dapat pinjaman dari Yayasan Terengganu. Aku taknak susahkan ayah dah. Aku dah penat pikir.

Ayah gembira sampai peluk aku masa tahu aku dapat Unair. Tapi aku cakap kat ayah, aku tak sure lagi nak pilih mana. Malam tu ayah ajak aku keluar naik kereta, heading to nowhere. Dalam kereta dia brainwash aku, “Irah, ayah bukan apa. Ayah takkan paksa anak ayah nak jadi apa pun. Tapi ayah dah lama kerja dan ayah tahu kerja mana yang elok, kerja mana yang tak. Kerja doctor ni mulia, jauh dari rasuah, dan dapat pahala lagi sebab tolong orang dengan ikhlas. Dan cuba Irah pikir betul2 kenapa Irah dapat tawaran masuk Unair ni, even when you least expected it. Think about it, not everyone got the second chance in their life. This is your second chance, dan mesti ada hikmah Irah dapat ni. Pasal duit jangan risau, that's my job as your father. Ayah akan usahakan, and I have faith in you, but now I need to know if you really want this or not.”

Ye, sekarang sedar tak sedar aku dah tahun ke-4 di Unair. Ayah aku terpaksa merayu dengan bos dia untuk awalkan bonus dia tahun tu, untuk bayar tahun pertama aku kat sini. Dan aku pulak, sampai sekarang asyik mengeluh belajar kat sini tak best. How ungrateful I am. Bagi sesetengah budak sini, diorang bangga dapat sini, sampai ada yang berlagak macam bagus. Tapi cerita aku pulak, kegagalan yang membawa aku ke sini, sampai ada je kawan2 aku (even my own brother) insult aku sebab belajar kat Indon je.

Apa2 pun deep inside, aku betul2 rasa yang seribu rahmat aku dapat berada di sini, seribu rahmat aku masih diberi peluang ke-2, seribu rahmat aku masih dipilih untuk belajar perubatan. Aku bersyukur, aku sangat-sangat berterima kasih, and it's about time for me to focus on my future dan study sungguh2. (Nothing is ever 'too late' right? =P) The failure in my past has taught me that I can never be too sure because anything can happen in future, but right now what I'm really sure is I really don't want to taste a second failure in my life.



P/S: Bloggie, u really rock my world. Bukan saje tempat aku luah perasaan, malah menjadi tempat aku motivasi diri sendiri. If you are huggable, I would've given you a big fat hug! Muahx! (^ ^) (Oops sisa-sisa lovey dovey malam tadi belum habis.)


13

Lovey Dovey

Setelah sekian lama aku merasakan diri aku seperti sudah mati pucuk, hari ni tiba-tiba aku terperangkap dalam mode lovey dovey. Salah satu sebabnya ialah kerana poster ni yang terpampang di dinding bilik aku.

Terima kasih kepada cik Aliaa kerana sanggup bertungkus lumus mendapatkan Gerry Butler yang sexy ni untuk aku. Berbulan-bulan dia cuba mintak dengan bapak jual Dvd tu untuk bagi kat kawan dia yang angau kronik dengan Gerard Butler ni, akhirnya hari tu dapat jugak setelah poster ni dicopot dari dinding kedai tu. Sekarang dengan adanya Gerry dalam bilik aku, tidur aku setiap malam sentiasa dibuai mimpi2 indah. =D I owe you for this Aliaa!

Selain daripada tu, aku yang sepatutnya balik Malaysia hari ni tapi tak jadi, telah menghabiskan masa aku dengan berhibernasi di rumah dan membaca novel-novel cinta sambil tersengih sorang-sorang. Hidup lagi rupanya hati aku ni.


Alangkah bagusnye kalau aku boleh baca buku2 ilmiah dengan hati terbuka dan ikhlas macam baca novel. (of course without the sengih2 part)



Aku suka membaca. Tapi aku nak tanya, laki apsal tak ramai suka baca novel ha?
I kinda have a thing for guys who love to read. Hmmm cair.. (^ ^)

Ok abaikan saje, ini antara gejala-gejala lovey dovey yang sedang melanda diri aku sekarang.



P/S: Oh ye, Happy 143 (I Love You) day to all my friends. Now I know why, it's 143 day patut la gua gedik semacam.



6

SPM Rawkkks!

Hari ni budak2 tahu result SPM. Aku ingat lagi 6 tahun lepas, masa aku berdebar-debar tunggu result SPM aku keluar.

Malam tu aku tak boleh tidur lena. Kejap2 terjaga. Aku tunggang terbalik sembahyang hajat, walaupun aku tahu, what done is done. Masalah aku dari kecik adalah, aku tak pernah yakin dengan diri sendiri. Aku tak pernah rasa apa yang aku usahakan dah cukup, sebab sebenarnya memang tak cukup pun. (See?)

Semua orang takut masa nak tahu result SPM. Walaupun kat luar nampak cool, kat dalam pasti bagai nak histeria, sebab masing-masing dibebani harapan oleh mak ayah, dan harapan oleh diri sendiri. Aku tak tahu mana yang lebih menakutkan, tengok result sendiri kat sekolah ataupun telefon dari rumah untuk tahu result. Disebabkan rumah aku dengan sekolah aku adalah beratus-ratus kilometer jaraknya, jadi aku tak ada pilihan lain selain dengan menelefon.

Dulu masa nak tahu result PMR, mak aku ada kat sebelah aku masa aku telefon untuk tahu result dan bila cikgu nak bagitahu result aku, aku hulur gagang telefon kat mak untuk mak dengar dan aku di sebelah bersedia untuk mendapat cubitan sekiranya result aku teruk. Tapi masa SPM, mak dan ayah aku pergi haji. Aku kena telefon sorang2. Aku ingatkan tanpa mak kat sebelah, aku lebih selesa, tapi rupanya aku lebih gelabah tanpa sokongan, atau ugutan daripada mak di sebelah.

Line telefon sekolah asyik engaged je. Tapi bila line masuk, aku pulak yang letak gagang cepat2 macam budak tak tentu hala. Tangan aku berpeluh dingin, perut memulas sampai berkali-kali aku terpaksa masuk toilet. Aku tahu mak ayah aku kat Mekah mesti doakan aku. Akhirnya aku cuba untuk telefon lagi. Puan Saidah (cikgu Sejarah aku) jawab, dan bagi tahu result aku satu-satu setiap subject. Seksa sungguh nak mendengar satu-satu sampai cukup 9 subjek. Lepas dia dah bagitahu semua pun aku masih tak percaya. Aku suruh dia cek betul2. "Dah betul dah tu Izyan, percayalah, saya tak salah dah. Tahniah ye."

Aku letak gagang, sambil senyum lega. Alhamdulillah, result aku betul2 di luar jangkaan aku.

Melihat di mana aku berada sekarang, aku boleh je nak kata SPM was nothing dan tidak menentukan apa2 untuk future. Tapi bila aku ingat balik, aku tak boleh kata macam tu. Pengalaman ambik SPM adalah pengalaman ambik ujian yang paling best dalam hidup aku, setakat ni.

Ujian kat Universiti, boleh repeat2, tapi SPM cuma sekali dalam hidup. Ujian kat Universiti, kebanyakannya aku ambik bersama orang-orang yang asing dan mementingkan diri sendiri di sekeliling aku, tapi SPM aku berjuang dengan kawan-kawan yang aku sayang dan dah kenal selama 5tahun. Ujian kat Universiti, kalau aku dapat result elok ada orang dengki, kalau aku dapat result tak elok, ada orang pandang rendah, tapi result SPM, elok atau tak elok, aku boleh kongsi kegembiraan atau kesedihan dengan kawan-kawan aku.

SPM was definitely..something.

Kau orang pulak macam mana pengalaman ambik result SPM? Ada yang ketar2 lutut, ada yang berlagak macho,ada yang terkencing dalam seluar, ada yang pengsan maybe? =P




P/S: Dik Ma, it doesn't matter how many 'A's you scored for your SPM. What does matter is, your life outside school is just about to begin, and you have to be prepared. Those grades seem to be pretty much nothing if we screwed up as a person in the end. So grow up and be a good girl, be good to yourself, and to mak and ayah.
You will meet all kind of crappy, nasty human being later in your life, but don't let them get in your way.

(Sekian dulu nasihat poyo untuk adik aku, dari seorang kakak yang poyo dan suka bagi ceramah.)

3

Same Shit Same Place Different Day

Selain daripada pengalaman pernah merancang untuk berkahwin umur 25tahun dan beranak setiap tahun sehingga anak cukup 10 orang, dan sekarang ia nampaknya agak mustahil untuk menjadi realiti, hari ni aku mendapat lagi pengajaran yang mengingatkan aku bahawa, 'kita cuma mampu merancang, Allah yang menentukan segalanya.'

Aku tak jadi balik Jumaat ni. Lecturer tiba-tiba announce jadual berubah. Tiket aku dah beli, burn macam tu je. Pathetic. Hidup aku kat sini memang pathetic. These fucktards memang tak sistematik langsung buat kerja. I hate this place. Hell I hate this place, and I can't help it.

Tapi aku syukur je. Mesti ada hikmah aku tak dapat balik. Mesti ada punya. Ada mesti punya. Mesti mesti ada. Ada punya mesti. Ok kesihatan mental aku nampaknya kurang stabil kerana baru menelan pil chi kit tek aun sebentar tadi. Ya, that's another reason why I hate this place.


Well Abu, maybe some other time eh. Miss you so much. :'(




8

Childhood Wishlist

I was one of those kids, who bring home good results to their parents and ask for something as a token of appreciation in return.

Well actually it stays that way up until now although the results I bring home recently may not necessarily as excellent as they were in primary school.;-P But still, most of the times ayah has fulfilled my wishes.

Aku rasa hopeless. Orang lain yang sama umur dengan aku dah dapat bantu keluarga, dah dapat bagi duit tiap2 bulan kat mak bapak. Tapi aku merangkak lagi tengah study. Ayah sekarang dah pencen, mak memang tak kerja. Aku pulak dari kecik suka mintak2 dengan ayah. Ayahhh, nak tu, makkk nak ni. Kalau tak dapat apa yang aku nak, balik rumah masuk bilik, merajuk. Sungguh buruk perangai aku. Antara benda2 yang aku tak boleh duduk diam selagi tak dapat masa aku kecik;

1. Pencil Box canggih
Korang pernah jumpa tak pencil box ada bar warna warni yang boleh tekan2, kalau tekan warna biru, keluar tempat letak sharpener, tekan warna merah, keluar tempat letak pemadam. Masa aku darjah 2, aku nampak pencil box canggih ni kat KL, aku mintak dengan mak, mak tak kasik sebab mahal. Aku diam je walaupun dalam hati aku meronta-ronta nak pencil box tu. Tahun tu, aku pergi umrah dengan mak, ayah ngan abang aku. Aku kagum tengok Kaabah untuk kali pertama dalam hidup aku. Mak kata, siapa doa depan Kaabah doa dia dikabulkan Allah swt. Lepas tu aku terus doa mintak pencil box canggih tu depan Kaabah lepas solat. Balik Malaysia, aku jumpa pencil box canggih yang lebih murah dan mak akhirnya belikan aku pencil box tu. Betul, doa depan Kaabah InsyaAllah dimakbulkan. =P

2. Berus gigi canggih
Benda ni dari darjah 4 aku usha setiap kali pergi kedai. Aku teringin gila nak pakai berus gigi gerak sendiri ni. Mak aku rupanya sampai sekarang masih ingat angan-angan aku nak berus gigi ni masa kecik, dan akhirnya tahun lepas aku dapat berus gigi ni dari mak aku. Walaupun sekarang baru dapat, namun aku tetap teruja masa pertama kali pakai berus gigi ni. (Ceh, sebenarnya bukan best mana pun, sekarang aku dah berbalik kepada berus gigi tradisional. =P) Walau macamanapun, mekacih mak, you rock!



3. Overall jeans
Baju pesen ini sangat glamour masa aku kecik dulu. Aku yang dengki melihat kecomelan kawan aku pakai baju ni, terus mintak mak belikan. Mak malas nak layan, tapi aku menangis 2-3hari mintak mak belikan. Pergi kedai, tengok semua yang jeans mahal2, akhirnya mak belikan aku yang bukan jeans, jenama Kiko. Takpelah, asalkan boleh pakai overall dan berlagak comel di depan kawan-kawan.


4. Pearl necklace and earrings
Aku masa kecik dah pandai mintak rantai mutiara dengan subang yang juntai2 tu dengan ayah aku. Aku dulu mek jangok, benda ni aku tak suka admit sebenarnya. Gedik betul aku masa tu. Ayah sampai sanggup carikan untuk aku masa dia ada kerja kat KL. Tapi bukan mutiara betul lah. Lepas tu bukan main lagi aku menggedik pergi beli belon dengan cikedis kat kedai runcit pun pakai subang juntai2. Sekarang dah besar takde pulak aku berminat dengan barang2 kemas ni.

5. Pensil warna Luna
Zaman sekolah dulu semua orang suka mewarna. Tapi aku ni tak puas hati pakai pensil warna yang ada 12 batang je, aku pujuk2 mak aku suruh belikan aku yang 36batang. Setiap kali pergi kedai alatulis mesti mintak dengan mak aku, buat muka sedih. Akhirnya aku dapat, tapi mak kata dengan syarat kena kongsi dengan Dik Wan. Aku setuju, tapi balik rumah terus gaduh2 berebut dengan Dik Wan.

6. Spoon watch
Masa darjah 6, di kala jam Baby-G menjadi trend remaja hingusan masa tu, aku pun tidak terkecuali untuk mengikut trend itu. Tapi ayah belikan aku jam Spoon warna pink masa birthday aku, kononnya dia kata Baby-G dah ramai sangat orang pakai. Aku punya lah seronok tidak terkira masa dapat tu. Tapi rasanya tak sampai sebulan aku pakai, jam tu hilang sebab aku pergi tinggalkan atas meja aku masa pergi toilet. Hari masa jam tu hilang, aku tak berani balik rumah, takut mak cubit aku. Sampai petang aku menangis kat sekolah, petang tu aku telefon mak, mintak maaf sebab hilangkan jam Spoon. Mak suruh balik rumah. Aku balik, tapi tetap kena cubit bertubi-tubi dengan mak aku. Malam tu, ayah balik kerja, ayah datang pujuk aku yang masih tengah menangis dalam bilik sebab kena marah dengan mak. Sayang ayah. (Sayang mak jugak. =P)


7. Kasut LA gear
Kasut ni memang kononnya paling cool lah zaman kecik2 dulu. Masa tu Dik Wan yang asyik mintak dengan ayah tapi ayah belikan jugak untuk aku sepasang. Aku tahu ayah bukan banyak duit pun tapi dia cuba jugak untuk penuhi permintaan kami yang ngokngek ni.




Yeah I was so tamak haloba as a kid, and I still am as a grown up. I don't normally let my wishes left abandoned and unfulfilled. I know there is no way I can repay my parents for all their sacrifices, but I am sure, deep in this empty chest I know that I have the best father and the best mother in the world, and I perfectly know that I will never stop loving them and will spend my entire life giving them the best I can give.

Childhood memories are worth keeping. They remind me of how lucky I was, particularly when I see those poor little kids who beg for money from strangers just to get some food to fill their empty stomach, and those who sell newspapers to pedestrians who hardly even noticed their presence and their hopeful little voices while for all that I care when I was their age was to show off my LA gear shoes to my friends in school.

My parents may have not showered me with wealth and money, but I am still grateful for what I have, I am truly grateful.




3

Personality Test

Tag from Nad. Well I love answering quizzes. Some of them even help to define myself into words, including this one.

http://www.quizbox.com/personality/test82.aspx

Your view on yourself:

You are down-to-earth and people like you because you are so straightforward. You are an efficient problem solver because you will listen to both sides of an argument before making a decision that usually appeals to both parties.

The type of girlfriend/boyfriend you are looking for:

You like serious, smart and determined people. You don't judge a book by its cover, so good-looking people aren't necessarily your style. This makes you an attractive person in many people's eyes.

Your readiness to commit to a relationship:

You prefer to get to know a person very well before deciding whether you will commit to the relationship.

The seriousness of your love:

You like to flirt and behave seductively. The opposite sex finds this very attractive, and that's why you'll always have admirers hanging off your arms. But how serious are you about choosing someone to be in a relationship with?

Your views on education

Education is very important in life. You want to study hard and learn as much as you can.

The right job for you:

You're a practical person and will choose a secure job with a steady income. Knowing what you like to do is important. Find a regular job doing just that and you'll be set for life.

How do you view success:

You are confident that you will be successful in your chosen career and nothing will stop you from trying.

What are you most afraid of:

You are afraid of things that you cannot control. Sometimes you show your anger to cover up how you feel.

Who is your true self:

You are full of energy and confidence. You are unpredictable, with moods changing as quickly as an ocean. You might occasionally be calm and still, but never for long.




Now the persons I'm gonna tag can answer the quiz if you guys are not busy, got nothing to do, and got no life like me. =P
1. Moony
2. SyikinFad
3. YanieIkhsan
4. Dayen
5. Syorre



3

Bottoms Up

Umar dan Abu

Sebenarnya takde idea pun nak menaip.
Takde mood aku nak curhat kat kau, bloggie.
Kau tahu tak curhat tu apa?
curhat=curah hati

Contoh lain;

jaim=jaga imej
ortu=orang tua
pulkam=pulang kampung

Ok cukup. Sebenarnya banyak lagi perkataan aneh sampai nak terburai isi perut aku ketawa masa kali pertama dengar kawan Indon aku bagitau maksud kata2 tersebut kat aku. Tapi tidak perlulah aku menyebarkan penyimpangan tatabahasa mereka ni di sini.
Cukuplah kita pakai 'capub' dan 'lampi' saje ye.

Talking2 pasal pulang kampung, Jumaat ni aku balik Malaysia tanahairku lagi. Gumbira hatiku tidak terkira. Cuti 10 hari yang aku cuba curi-curi balik sebab bukanlah cuti yang official sebenarnya.

Oklah, aku betul2 takde mood nak menuleh. Babai.
See ya, wouldn't wanna be ya!
9

10 Gaya Perempuan Tidak Cool

Aku rasa sangat tak adil kalau aku buat post pasal lelaki tidak cool saje. Jadi untuk menjadi adil, meh aku post pasal perempuan juga. Sila lah tambah kalau ada idea tambahan. Kerana aku tak suka jugak kutuk kaum aku lebih-lebih. 10 je cukup lah. =P

1. Perempuan Simpan Bulu Ketiak Panjang
...dan dengan riang ria keluar berjalan-jalan pakai sleeveless tanpa rasa malu. Ada weh perempuan macam ni. Aku sendiri pernah nampak!

2. Perempuan Yang Suka Sekeh Kepala Boyfriend/Suami di Khalayak Ramai
Ini jenis perempuan yang rasa dia sangat-sangat otai tapi sebenarnya tidak sama sekali, malah memalukan diri sendiri. Ok lah, boleh je kau sekeh kalau laki kau dajal macam Norman Hakim.

3. Perempuan Suka Angkat Middle Finger
Ini juga, sangat menjengkelkan sekiranya dijadikan tabiat. Jika kamu disinggung hati oleh sesiapa, tidak ada gunanya kamu mengangkat jari hantu kamu setinggi mana pun, lebih baik kamu tampar saje orang yang sakitkan hati kamu tu. Bukan ke lebih efektif dan lebih cool daripada angkat mid finger dan jerit f*** you. That just doesn't work babe, only makes you look even more pathetic.


4. Perempuan Suka Duduk Kangkang
Mungkin duduk kangkang kelihatan cool untuk perempuan seperti Ellen DeGeneres. Tapi sekiranya kamu seorang perempuan tulen, cubalah elakkan daripada duduk kangkang, kerana sebenarnya, ia kelihatan betul-betul tidak sopan. Cuba untuk tidak duduk kangkang, terutama ketika bertemu bakal mak mentua untuk pertama kali ye.

5. Perempuan Suka Cakap Kuat-kuat Di Tempat Crowded
Ada beberapa jenis gang perempuan yang suka cakap kuat-kuat dalam flight, dalam komuter, dalam bas, mahupun ketika melabur dalam toilet awam. Memang aku rasa mereka ni cakap kuat sebab bajet cool, nak tarik perhatian dan sengaja nak orang lain dengar. People like them, they don't realize, bila mereka cakap kuat macam pakai speaker, others can only hear their foolishness.
Contoh conversation yang aku pernah dengar dan terus diserang rasa mual dengan serta-merta.

Aku dalam flight dan 3 orang stewardess AirAsia tengah bercakap-cakap dengan kuat ketika sedang menjual makanan dan minuman.
Stewardess 1: I lapar laa you all, cepat la sampai Malaysia. Tak sabar dah!~
Stewardess 2: Jomla kita pergi makan McD bile dah sampai nanti.
Stewardess 3: Ha? McD? Eiii tak main la McD okeyyyyy! I nak pergi Starbucks.~
Stewardess 1: Entah you ni. Tak nak la McD. Takde kelassss okeyyy!
Stewardess 2: Oklah oklah Starbucks. Takpun Dome okeyy girls.~
(hikhik hikhik ekeke ekeke ) Mereka sambung ketawa macam bunyi dubuk. Fucking hell.

6. Perempuan Suka Gaduh Main Tarik-tarik Rambut
Cuba gunakan cara lain selain tarik-tarik rambut. Penumbuk kan ada. Penyepak pun ada. Penampar halilintar pun ada.

7. Perempuan Keluar Kedai Runcit Pun Make Up Tebal Seinci
Sangat tidak cool. Cuba lah sekali-sekala tunjukkan muka kamu yang cun tanpa secalit make up tu. Sampai bila nak bertopeng saje.

8. Perempuan Bertudung Yang Pakai Baju Lengan Pendek Ketat
Ini gaya minah rempit. Semenjak dua menjak ni aku tengok pemakaian sebegini sangat menyakitkan mata aku. Baju lengan pendek dengan jeans ketat gila, tapi pakai tudung. Aku sebagai bakal mak mentua orang 30 tahun lagi, tidak berkenan dengan pemakaian sebegini. Lebih baik tak payah pakai tudung.

Stok2 macam minah kat bawah ni ha. Tapi baju minah ni tak ketat ok, kau jangan nak mengata sangat. Sape entah dia ni. Tapi aku rasa sekarang dia tak pakai dah macam ni, kecuali kalau setakat nak keluar beli topup. =P


9. Perempuan Merokok in Public
Sori la, aku masih conservative untuk menganggap perempuan (terutama yang bertudung) merokok kat tempat awam itu adalah perkara biasa. Pemandangan kurang indah itu masih luar biasa bagi aku. Aku masih akan terkejut melihat mereka, seperti baru melihat naga betina baru sendawa keluar asap sambil minum kopi.

10. Mana-mana Perempuan Penggoda Suami Orang Macam Memey Suhaiza
Sebelum aku sendiri kelihatan tidak cool kerana mulut mencarut nak mengutuk, baik aku biarkan juga ini tanpa huraian. Babai~

7

First Promise

Hari ini boleh dikatakan sebagai hari yang agak bermakna dalam hidup aku. Seperti biasa aku bersiap mandi pagi dan gosok gigi, cuma hari ni aku agak tidak keruan memilih baju kurung yang ingin dipakai, kerana baju kurung itu akan menjadi saksi aku berikrar sebagai student medic buat pertama kali.

Mula-mula aku rasa event ni macam poyo. Tapi sewaktu aku sama-sama berikrar dengan kawan-kawan satu batch aku, aku jadi rasa lain. Aku rasa seperti diberi satu tanggungjawab baru yang berat seperti batu yang menghempap bahu sexy aku. Aku akan jadi dokter muda di hospital sini selama setahun setengah. Aku akan betul-betul terlibat dengan kerja doktor kat hospital untuk kali pertama.

Rasa cuak dan semangat bercampur aduk. Cuak sekiranya aku tak dapat memenuhi tanggungjawab baru ini, dan semangat untuk memikirkan yang ini cuma satu langkah saje lagi untuk aku jadi doktor yang sebenar-benarnya, dan satu langkah lagi untuk aku balik ke Malaysia buat selama-lamanya.

During the next 18 months, will I change to become a better person?
Will I really like my job?
Can I cope there?
Will I wake up in the morning smiling, to think that today I'm gonna meet new patients with new diseases to learn and to help with?

Can I really keep my promises as a dokter muda?



Fakultas Kedokteran Universitas Airlangga

Janji Dokter Muda

Saya, Dokter Muda Fakultas Kedokteran Universitas Airlangga, berjanji bahwa;

1. Saya akan menghargai kesempatan yang diberikan kepada saya untuk menyelesaikan pendidikan saya di Rumah Sakit Umum Dr. Soetomo, dan di tempat-tempat lain di mana saya bertugas sebagai Dokter Muda.

2. Saya akan menjalankan tugas saya dengan cara yang terhormat dan bersusila, sesuai dengan martabat dan tradisi luhur pekerjaan dokter.

3. Kesehatan penderita senantiasa akan saya utamakan

4. Saya akan merahasiakan segala sesuatu yang saya ketahui karena pekerjaan saya sebagai Dokter-Muda.

5. Dalam menunaikan kewajiban saya terhadap penderita, saya tidak akan terpengaruh oleh pertimbangan kebangsaan, kesukuan, keagamaan, politik kepartaian atau kedudukan sosial.

6. Saya akan menghargai para penderita sebagai manusia-manusia yang ikut menambah ilmu pengetahuan saya.

7. Teman sejawat akan saya perlakukan sebagai saudara kandung.

8. Semua tenaga paramedik akan saya hormati sebagai karyawan yang bersama-sama menunaikan tugas terhadap penderita.

9. Saya akan memakai dan memelihara semua alat kedokteran dengan cara sebaik-baiknya.

Saya ikrarkan janji ini dengan sungguh-sungguh dengan mempertaruhkan kehormatan diri saya.


4 Maret 2009,
Yang Berjanji,

Izyan Nadirah



Kehormatan diri akan gua pertaruhkan! Ok ayat last itu agak dramatik dan bombastik. Takut aku dengar.


Well, I've promised, and I will keep it. I chose this path, so I will walk through it, no matter how bent the road is, no matter how complicated it will be, no matter how demanding it can be. I might stumble across some points, but I promise I will keep waking.




For those who have faith in me, wish me luck.



Muka tembam ini juga akan berkurang 2inci dalam masa satu bulan setelah jadi dokter muda. Lu tengok la nanti kalau tak pecaye!


5

I Miss Home

I miss home, terribly. :'(
When will you grow up Irah?


Listening to Home by Chris Daughtry


MusicPlaylist
Music Playlist at


"Home"

I'm staring out into the night,
Trying to hide the pain.
I'm going to the place where love
And feeling good don't ever cost a thing.
And the pain you feel's a different kind of pain.

Well I'm going home,
Back to the place where I belong,
And where your love has always been enough for me.
I'm not running from.
No, I think you got me all wrong.
I don't regret this life I chose for me.
But these places and these faces are getting old,
So I'm going home.
Well I'm going home.

The miles are getting longer, it seems,
The closer I get to you.
I've not always been the best man or friend for you.
But your love remains true.
And I don't know why.
You always seem to give me another try.

So I'm going home,
Back to the place where I belong,
And where your love has always been enough for me.
I'm not running from.
No, I think you got me all wrong.
I don't regret this life I chose for me.
But these places and these faces are getting old,

Be careful what you wish for,
'Cause you just might get it all.
You just might get it all,
And then some you don't want.
Be careful what you wish for,
'Cause you just might get it all.
You just might get it all, yeah.

Oh, well I'm going home,
Back to the place where I belong,
And where your love has always been enough for me.
I'm not running from.
No, I think you got me all wrong.
I don't regret this life I chose for me.
But these places and these faces are getting old.
I said these places and these faces are getting old,
So I'm going home.
I'm going home.
6

If I Die Tonight

Aku taip entry baru ni cuma kerana aku rimas melihat gambar Jehan Miskin menghiasi muka depan blog aku dalam entry sebelum ini. Seperti yang kamu lihat, blog aku kini telah bertukar wajah lagi dan kali ini malah bertukar tajuk. Di situ telah meng'kantoi'kan keperibadian diri aku yang cepat bosan dengan sesuatu.

Sebenarnya kalau kamu berada di dalam kasut aku sekarang, kamu juga mungkin sudah terjelepuk kebosanan di samping memberi komen kasutku besar. Aku dan mereka yang lain dipaksa pulang ke Surabaya, cuma untuk menghadiri satu event tak penting, yang diwajibkan oleh Universiti tercinta aku. Ptuih. Sekarang kelas aku belum bermula, dan sesungguhnya aku tak tahu bila ia akan bermula, jadi selain daripada tidur, menonton infotainment, DVD, internet dan membaca novel, aku tak tahu lagi nak buat apa.

Kalau kamu tahu hari ini adalah hari terakhir kamu hidup, macam mana kamu akan menghabiskan hari terakhir kamu ni? (Tiba-tiba saje mengajukan soalan cepumas, kurang kesopanan betul aku ni)

Mungkin ini yang akan aku buat.

1. Tidak berganjak dari tikar sembahyang.
2. Mengeluarkan semua duit dalam simpanan dan membeli batu nisan dan kain kapan sendiri sebelum sisanya disedekahkan pada fakir dan anak yatim.
3. Cium peluk orang-orang yang aku sayang puas-puas.
4. Cuba menghubungi musuh-musuh sekolah rendah yang aku pernah main tarik rambut dan sepak terajang dulu untuk meminta maaf.
5. Cuba menghubungi Brad Pitt untuk mengajak dia masuk Islam.
6. Membakar diary aku sebelum dibaca oleh sesiapa.
7. Berterima kasih kepada kawan2ku, kerana telah menjadi kawan aku dan tak perlu minta maaf, kerana mereka pasti memaafkan aku.
8. Memaafkan semua orang, yang pernah buat salah dengan aku.
9. Meminta mak masak sedap2 untuk aku makan kali terakhir.
10. Yang pasti aku takkan tidur dah walau satu saat pun pada hari terakhir aku boleh bernyawa.




Kesimpulannya, mulai hari ini, aku nak kurangkan tidur, dari 8 jam, menjadi 6 jam sehari.
Jangan nak kutuk. Ini dah kira antara pengorbanan besar aku dalam hidup.









Back to Top