1
Pesanan kepada adik Fatin Liyana
Setahun kemudian...
Hai semua. Ini lah saya yang sudah pun terlupa saya memiliki blog ini.
Hari ini selepas menengok adik Fatin Liyana (wah adik gituu) di TV9, bercakap tentang kemenangan beliau memenangi award blog terbaik, saya jadi teruja untuk menulis sebijik entry..
Entry ini ditujukan khas buat adik fatin. *feel so old already*
Adik...
1. Sila lah menulis sepuas-puasnya sementara masih ada waktu lapang.
2. Sila lah berfesyen secantik-cantiknya, lilit tudung di sekeliling badan selagi masih ada waktu.
3. Sila lah jaga kulit muka anda selagi masih ada waktu untuk mencalit night cream di wajah.
4. Sila lah makan sebanyak2nya sebelum anda hilang selera untuk makan dgn jari sendiri.
5. Oh sila lah travel sepuas-puasnya sekarang! nanti cuti kahwin pun dua hari saja boleh dapat.
6. Live your life to the fullest!! Before you start having no life.
Saya rindu untuk menulis. Walaupun pembaca official cuma berjumlah 40 orang, bukan 40000. :D
Tapi sekarang saya sedang dibawa arus kehidupan yang betul-betul mencemburui minat saya.
Cukup lah sekadar satu entry untuk setahun.
Subscribe to:
Posts (Atom)
Posted by


